AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Mencari Rumah Sewa Berdekatan

Mencari Rumah Sewa Berdekatan

09/06/2012 Anarm 27 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Sekarang ni tengah pening nak mencari rumah untuk disewa. Tarikh nikah pun dah semakin dekat. Seboleh-bolehnya nak angkat barang masuk rumah sewa baru sebelum bulan Ramadhan ni.

Kalau dah mula puasa mesti tak larat dan malas nak angkat-angkat barang. Nanti penat asyik terbayang air sirap, kurang pulak pahala puasa. Dah kahwin lepas raya nanti boleh terus bawa isteri masuk bilik rumah sewa. Nak beli rumah belum mampu lagi.

Cari rumah untuk disewa

Ada sesiapa tahu mana-mana rumah sewa dalam area Bangi ke Kajang ke? Dapat rumah teres lagi bagus. Bajet sewa rumah sebulan dalam RM700 lebih kurang. Ada tak? Ada tak?

Ingat nak cari dekat dengan ofis aku kerja kat Bangi Seksyen 8. Takpun kat kawasan yang senang dapat public transport. Nanti bakal isteri nak pergi kerja kalau hari hujan dia boleh jalan je bawa payung pergi naik public transport.

Dekat-dekat nak kahwin ni banyak pulak benda nak kena buat. Rasanya dah buat persiapan tu awal dah. Rupanya ada lagi kerja-kerja yang tertinggal. Sesiapa yang nak berkahwin tu sila buat perancangan seawal yang boleh supaya tak pening kepala bila tarikh kahwin dah dekat.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : apartment kajang, bilik sewa sg ramal, cari rumah sewa, kahwin lepas raya, rumah dekat ofis, rumah sewa 2012, rumah sewa bangi, rumah sewa kajang, rumah sewa murah, rumah suami isteri, rumah untuk disewa

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Makan Buffet Free di Eastin Hotel
Next article:
Kemaskini WordPress 3.4 “Green”

27 Comments

  1. raza says

    02/07/2012 at 7:33 PM

    saya ada rumah untuk di sewa d cheras prima….dble stry terrace…bolehle lihat

    Reply
  2. puanbee says

    16/06/2012 at 9:57 PM

    Salam dah komen ke belum entah , kelmarin ada baca , rasa mcm dah komen , tp tk de pulak komen akk

    tak pe komen sekali lagi .. nanti insyallah tanya2 adik , dia duk kawasan bangi sana

    Reply
  3. bistari says

    14/06/2012 at 1:33 PM

    http://www.iproperty.com.my
    ko search je..ade rezeki ade la rumahnye..tapi better g cari la..sebab kalo jumpe tuan rumah leh kawtim..takut nnti kite jumpe dengan agent nanti..kene paw lak deposit dgn die..

    Reply
    • Anarm says

      14/06/2012 at 1:49 PM

      @bistari, iProperty tu pon agent.. tapi macam susah pulak nak cari direct contact tuan rumah.. semua yg aku call macam agent je..

      Reply
  4. zhazmi says

    14/06/2012 at 3:40 AM

    untung la dah dkat nk kawin.. haha..
    cuba tgk dalam surat khabar ke kot2 ada rumah ksong..

    Reply
  5. dzuandiey says

    14/06/2012 at 1:34 AM

    cabaran mencari rumah sewa..penat tu…cari taman..senang..hehe.. :-) :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      14/06/2012 at 2:03 AM

      @dzuandiey, area2 taman dah try cari semua penuh.. penat dah nak pusing2 taman.. cari secara online pulak lah..

      Reply
  6. zuls says

    12/06/2012 at 9:57 PM

    kawasan rumah aku ni sewa RM800, dah tengok-tengok kat kawasan surada? :D

    Reply
    • Anarm says

      13/06/2012 at 3:32 PM

      @zuls, surada aku pusing2 hari tu takde nampak plak rumah untuk disewa.. petang kang nak try round lagi sekali.. tanya2 orang situ ke.. tengok environment kat situ pon nampak macam selesa je..

      Reply
  7. Shaiful says

    11/06/2012 at 2:02 PM

    kalau area Bangi ngan Kajang saya tak tau tapi kalau area kkb,ok no hal. :biggrin:
    Apapun selamat Pengantin Baru

    Reply
  8. Cik Norfa says

    11/06/2012 at 10:02 AM

    elok jgk cari rmh sewa awal be4 kawen. sbb nnti dah kawen tertangguh2..last2 duk rmh mertua. lps kawen mmg seharusnya duduk rmh sendiri. sbb baru nak rasa hidup bersama kan…good luck!

    hurmm..smp skrg saya pun msh cr rmh sewa dgn hubby. tp tkpela…masih selesa lg duk rmh mak..cuma tk boleh lama2. huhuhu

    Reply
    • Anarm says

      13/06/2012 at 3:31 PM

      @Cik Norfa, untunglaa duduk rumah mak.. saya dok jauh dari kampung.. nak tumpang rumah mak pun tak dapat.. memang kena cari rumah sewa sendiri..

      Reply
  9. Bro Framestone says

    11/06/2012 at 9:45 AM

    Carikan untuk bro juga.

    Sewa dalam lingkungan itu juga..

    Lokasi serdang ataupun Cheras (cheras lagi bagus) dan boleh park kereta banyak2.. dan tidak aan disaman

    Reply
    • Anarm says

      13/06/2012 at 3:29 PM

      @Bro Framestone, aku cari rumah pon tak jumpa2 lagi ni.. adoyaii..

      Reply
    • dzuandiey says

      14/06/2012 at 1:36 AM

      @Bro Framestone, pakat duduk berjiran la nanti..haha :happy:

      Reply
  10. Jebeng Otai™ says

    10/06/2012 at 11:37 PM

    yela..mmg kene wat shortlist ape yg belum dibuat..tkut2 tertinggal pula nnt..

    Reply
  11. Orang Kampung says

    10/06/2012 at 10:18 PM

    Assalamualaikum..semoga berjaya dpt rumah sewa idaman :biggrin:

    Reply
  12. akubiomed says

    09/06/2012 at 9:05 PM

    Cuba cari rumah kampung di kawasan sungai ramal dalam tak jauh dari Bangi.

    Reply
  13. Fadzmie says

    09/06/2012 at 8:34 PM

    Tak nak try duk apartment ke? Kalau macam area antara Bangi dengan Kajang, rasanya Sri Camelia Apartment tu macam okay jugak. Tapi jalan raya nak ke highway dari tempat tu macam agak padat lah. :happy:

    Reply
  14. azman says

    09/06/2012 at 8:27 PM

    Memang hal yang biasa tu bro,nak tak nak kena tempoh juga,saya dulu pun sama,pening juga nak cari rumah sewa,last2 dapat juga – cabaran tu :whistle:

    Reply
  15. sweetkurma says

    09/06/2012 at 4:32 PM

    uittt bestnya nak kawin :wub:

    Reply
    • Anarm says

      13/06/2012 at 3:27 PM

      @sweetkurma, memang best.. tapi nak cari rumah tu tak best.. susah btol..

      Reply
    • dzuandiey says

      14/06/2012 at 1:38 AM

      @sweetkurma, senangnya dalam hati…hihihi..sambung cepat akak.. :-0

      Reply
      • Anarm says

        14/06/2012 at 2:01 AM

        @dzuandiey, meh nak sambung… “kalau beristeri duaa”.. opss.. haha..

        Reply
  16. ariff says

    09/06/2012 at 4:10 PM

    selamat mencari rumah sewa

    Reply
  17. Eizil says

    09/06/2012 at 4:08 PM

    Tang rumah sewa ni, waktu aku baru nak kahwin aritu pun jenuh mencari rumah, tambahan kawasan pengkalan chepa ni payah gak nak cari rumah sewa, dapat cari rumah 2 bulan sebelum majlis, nasib baik cari awal… :D kalau tak tak pepasal takder rumah untuk didiami selepas kahwin…

    semoga dapat mencari rumah yang menepati dengan apa yang bro inginkan.

    Reply
    • Anarm says

      13/06/2012 at 3:27 PM

      @Eizil, aku tak jumpa2 lagi cari rumah.. adehh..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy