Cara Optimize Database Blog WordPress

cara optimize database wordpress

Ramai blogger WordPress tidak ambil tahu sangat tentang optimize database blog mereka. Mungkin tak berapa pandai atau mungkin juga takut bila menyentuh tentang perkara berkait dengan database.

Untuk pengetahuan semua, database merupakan teras bagi blog yang menggunakan WordPress (self-hosted).

Database yang tidak dipantau dan dijaga akan menyebabkan berlaku overhead atau empty spaces yang tak diperlukan atau mungkin juga berlaku masalah-masalah lain.

Komputer korang bila dah digunakan setiap masa, lama-lama ianya akan jadi slow. Kita perlu lakukan proses mencuci dan defrag untuk kembalikan potensi komputer kita.

Sama juga dengan database blog WordPress. Bila dah terlalu banyak digunakan, lama-lama blog akan jadi berat dan loading lambat.

Contohnya seperti Post Revision atau autosave yang berlaku ketika kita sedang menulis entri. Post Revision tersebut akan menambah saiz database.

Benda tu tak diperlukan lagi lepas kita dah publish entri. Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan optimize database blog WordPress korang.

Korang boleh masukkan code define('WP_POST_REVISIONS', false); pada fail wp-config.php (baris kedua) untuk disable fungsi post revision tu atau tukarkan ‘false‘ kepada angka bilangan post revision yang korang nak.

Ada 2 cara yang boleh digunakan untuk lakukan proses optimize database, sama ada dengan menggunakan plugin WordPress atau dengan cara manual di phpMyAdmin (cPanel).

Optimize Database WordPress dengan Plugin WP-DBManager

Plugin WP-DBManager membolehkan korang jalankan proses optimize database, repair database, backup database, restore database, delete backup database, dan lain-lain.

Plugin ni juga korang boleh set proses tu dijalankan secara automatik mengikut tetapan untuk backup dan optimize database.

optimize database blog dengan plugin WP-DBManager
Fungsi Optimize Database pada Plugin WP-DBManager

Pada pandangan aku, untuk optimize database tak perlu gunakan plugin, sebab plugin akan menambah database pada blog korang.

So, aku sarankan buat secara manual. Tapi terpulang pada korang la nak pilih cara yang mana satu. #JustSaying

Optimize Database Blog WordPress dengan phpMyAdmin

Untuk optimize database blog dengan phpMyAdmin, korang hanya perlu buat beberapa langkah mudah.

  1. Login ke cPanel blog WordPress korang.
  2. Klik phpMyAdmin di kategori Databases.
  3. Klik pada database blog korang (senarai database di sebelah kiri) dan korang akan nampak paparan seperti gambar di bawah.
  4. database overhead
    Anak panah menunjukkan ‘Overhead’ yang terdapat pada database

  5. Select table yang korang nak optimize, atau boleh juga klik pada Check All / Uncheck All / Check tables having overhead.
  6. Pilih Optimize table pada drop down menu yang bertulis “With selected:”.
  7. optimize table

  8. Anda telah berjaya optimize database blog anda.

Pastikan korang backup terlebih dahulu database blog korang sebelum lakukan proses optimize database untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingini.

62 Comments

  1. Alhamdulillah……… jenuh saya semula cari artikel ni berjam-jam :dizzy: . Firt time saya Optimize Database Blog dengan phpMyAdmin sekejap tadi. Syukur tiada apa-apa masalah yang timbul. Jazakallahu khairan kathira. :smile:

  2. biasa pakai plugin ja. boleh try gak cara manual ni. Thanks Anarm.

    p/s: terkejut jugak bila bro bagitau guna 42 plugin. apa yang banyak sangat tu.

    • @Mr.Kerro, rasanya tak boleh.. sebab plugin cache tu guna untuk simpan cache blog page, untuk lajukan blog.. takde kaitan dengan overhead.. overhead ni bila kita buat benda2 kat blog macam update plugin ke, save draft entri, publish entri baru, dan lain2.. proses tu semua guna database.. bila dah banyak sgt proses, fail baru replace fail lama, delete tu delete ni, update tu update ni, lama2 jadi overhead.. ada empty space, data tak tersusun, over limit ke, lebih kurang camtu lah.. optimize table tu dia akan defrag balik database.. macam defrag komputer jugak la lebih kurang..

    • @niq, banyak gak tu plugin sampai 30+.. elok sangat la kalau pakai phpmyadmin je.. lagipun, plugin2 yang connect dengan database ni org ckp tak elok sangat pkai kat blog.. berat..

  3. stuck dkt no. 3..
    kluar ni plak

    Note: Enabling the database statistics here might cause heavy traffic between the web server and the MySQL server.

    so.. macam mane ek?

    • @syafiq, pelik.. aku tak pernah plak jadi camtu.. biasa aku buat, lepas select Optimize table, dia terus jalan proses, lepas tu keluar “Your SQL query has been executed successfully”.. pakai hosting mane?

  4. Assalamualaikum, anak menggunakan phpadmin aku dah pernah try, tapi berkaitan config.php belum pernah buat, thank q diatas info ini mesti cuba..

  5. Aku suka masuk cpanel, kemudian optimize table kat phpmyadmin je. Sumbat banyak-banyak plugin boleh, tapi silap-silap orang tak masuk lagi blog aku. :devil:

  6. thanks bro, aritu ko ade bgtau cara manual tapi aku tak tau nak buat, akhirnya ada jugak tutorial…aku pun skang tengah cuba nak kurangkan guna plugin mana2 yang tak penting tapi kena tunggu tutorial dari ko lagi la :biggrin:

  7. terima kasih anarm, aku da try da tp guner cpanel la, memang senang la, sbnrnyer ader bnyk funtion kat cpanel yg aku x tau guna, tp yg optimize tu aku da faham da, thanks

  8. ps2 kalau letak code define(‘WP_POST_REVISIONS’, false); adakah fungsi autosave pada wordpress akan hilang?? kalau function autosave hilang sakit jugak la…

    • @Jebat Malaya, fungsi autosave akan hilang.. kalau taknak hilang, boleh setkan limit.. contohnya, buat limit 3 autosave yg akan disimpan.. kat coding, ‘false’ tu tukarkan kepada ‘3’.. nanti post revision akan simpan hanya 3 autosave yg latest..

  9. ala baru jer install plugin tu 2-3 hari lepas. rupa-rupanya senang jer nak cuci benda ni.. haihhh..

    terbaiklah sifu!

    • @MuJE, senang je.. cuma ramai yg lebih suke proses tu buat dengan cara lebih senang / auto – guna plugin.. aku guna cpanel je.. malas nk tambah plugin.. blog ni dah pakai 42 plugin..

Leave a Reply