Aku tengok blog-blog yang menggunakan WordPress sekarang ni banyak yang mengalami masalah serangan spam trackback.
Antaranya blog IzwanYusof.com yang diserang 100 spam trackback dalam masa 2 hari, blog ShahrilHafiz.com yang diserang dengan trackback sampah, dan banyak lagi blog-blog lain yang berdepan dengan ancaman spam berbentuk trackback ni.
Ada yang bagitau masalah spam ni berpunca daripada penggunaan plugin ‘Growmap Anti Spambot‘.
Aku pon rasa macam tu juga sebab blog-blog yang mengalami masalah ni kebanyakannya menggunakan plugin anti-spambot tersebut.
Growmap Anti Spambot (GASP) dikatakan menjadi plugin alternatif yang paling berkesan menggantikan plugin Akismet dalam usaha menghalang spam di ruangan komen pada blog.
Akismet dikatakan dah tak berfungsi dengan baik kerana banyak komen spam yang tak berjaya dihalang dengan berkesan dan ada je komen-komen spam terlepas masuk ke bahagian komen, dilihat dan diklik oleh pelawat (link dalam komen spam).
Sekarang ni, GASP pulak yang menjadi sasaran spammer dengan serangan trackback spam yang bertalu-talu di bahagian komen.
Trackback Spam di blog Anarm.Net
Spam Trackback dan Keburukannya
Spam berbentuk Trackback ni mempunyai banyak keburukan. Antara keburukannya :
- Boleh mendatangkan kemarahan tuan punya blog, asyik nak kena delete spam je
- Mempunyai link yang berkemungkinan boleh membahayakan kita dan juga komputer kita
- Menambah saiz database pada blog WordPress
- dan mungkin banyak lagi…
Penyelesaian Masalah Spam Trackback
Bagi pengguna plugin Growmap Anti-Spambot, korang boleh gandingkan plugin tu dengan plugin Simple Trackback Validation with Topsy Blocker.
Plugin ni merupakan plugin yang telah diupgrade daripada plugin asal iaitu Simple Trackback Validation Plugin (nak guna plugin ni pon boleh jugak).
Kedua-dua plugin Simple Trackback Validation ni berfungsi dengan cara:
- checks for topsy.com trackbacks and marks this as spam (bagi plugin Simple Trackback Validation with Topsy Blocker)
- checks if the IP address of the trackback sender is equal to the IP address of the webserver the trackback URL is referring to. This reveals almost every spam trackback (more than 99%) since spammers do usually use bots which are not running on the machine of their customers
- retrieves the web page located at the URL included in the trackback. If the page doesn’t a link to your blog, the trackback is considered to be spam. Since most trackback spammers do not set up custom web pages linking to the blogs they attack, this simple test will quickly reveal illegitimate trackbacks. Also, bloggers can be stopped abusing trackback by sending trackbacks with their blog software or webservices without having a link to the post
Selain menggunakan plugin, korang boleh juga tangani masalah trackback spam ni menggunakan kaedah manual iaitu dengan cara:
- Login ke Dashboard WordPress blog korang
- Pergi ke Settings > Discussion > Comment Blacklist
- Masukkan Perkataan, Nama, URL, e-mail, atau IP address bagi komen yang ingin dihalang
Komen dengan Perkataan / Nama / URL / email / IP berikut akan dilabel sebagai spam
Mana-mana blogger yang suka buat spam di ruangan komen pun korang boleh senaraihitamkan blogger tu dengan menggunakan fungsi yang ada pada WordPress ni. Terbaik!
Thanks encik Anarm ke atas info ni…
mana nak tahu satu perangkap ke.
jangan sampai blog kita senang ceroboh sudah. :angry:
menarik.. terima kasih share.. IR pon dpt spam jugakk :angry:
brokencode.com serang aku sekarang.. benci!!!!
thanks utk backlink tu..siyes tak prasan kat ruangan trackback kt blog coz dah disable trackback kat GASP..sampai skrg tak tukar2 lagi.. hehe.. nanti kena tukar gak r pasni.. :biggrin:
Salam bro,
Saya asih lagi menggunakan akismet untuk menapis komen-komen spam.dan buat masa ni ianya berfungsi dengan baik.
yeah betul. gunakan gasp spammer pun leh spam komen. thanks anarm sebab membantu
aku masih guna akismet. mmg berkesan halang spam trackback, sebab kebelakangan ni mmg banyak diorg spam trackback. mungkin cara baru kot. dulu main blog commenting je
@Affan, erm… aku memang awal2 buang akismet.. bergantung harap pada GASP je. kalau in case dlm mse 3 bulan ada ader serangan bentuk mcm ni, aku pakai la plugin anarm ni :D
smpai skang aku duk fikir lagi.. kenapa pengguna-pengguna blogspot tak kecoh pon pasal trackback spam / komen spam dan sebagainya… bot-bot ni pun memilih jugak ye (yang terbaik untuk di spam) :P
@FD,
bukan. kadang2 diorg pun tak perasan, pengguna blogspot tak dapat notification lagipun ;D
ada sekali tu aku cek2 entry lama, tgk2 ada spam. padahal dah lama, masa gua blogspot lagi.
tujuan spam hanya satu kasi orang yang baca tu masuk ke link diorang. maka kalau dulu comment spam amat tak diminati sebab link diorang tu akan mencemarkan reputasi blog tersebut maka itu juga yang terjadi daripada track
dan cara ini lebih mudah bagi mereka sebab mereka hanya perlu letakkan link tersebut didalam website mereka dan secara automatik akan terkeluar di laman orang tersebut. pembaca luar akan membaca dan melihat trackback dan masuk.
TERBAEK.
aku konfius antara trackback dan backtrack :D
Buat masa ini masih in control tetapi masa akan datang tidak tahu lagi. Yang menarik pada WordPress sendiri ada features untuk blok IP spammers
@akubiomed, WordPress terbaik!!
bro anarm, blog saya memang banyak jugak trackback spam ni. tiap-tiap hari bukak blog mesti saya delete. tapi kalau guna plugin ni macam mana dengan reader sebenar yang komen? kalau dia ada post komen banyak kat post yang berlainan akan di blacklist jugak ke?
@Hisyam, bagi blog yang pakai plugin GASP, setiap reader sebenar yang nak tinggalkan komen, reader tu kena tick pada 1 kotak sebagai pengesahan dia adalah ‘human’ dan bukan robot spammer.. walaupun dia post komen kat banyak post, takde masalah selagi dia tick pada kotak pengesahan tu..
untuk plugin trackback validation ni, fungsinya hanya filter trackback yang masuk ke bahagian komen.. kalau reader post komen melalui komen box, komen tu takkan disenaraikan sbg blacklist.. so, takde masalah..
ingatkan aku jer mangsa serangan…rupa2nya ramai gak…nice info…pasnie kalo dah tak tahan sangat ngan serangan trackback nie…mmg guna plugin truih…
p/s: baru aku tau punca serangan nie…drai g.a.s.p ropenya…
@Sir Marcello, 1 dunia kot kene masalah spam trackback ni.. memang sebab plugin GASP.. ade yg dah tukar plugin, terus ok.. aku pon rasa macam nk tukar plugin gak ni.. tp xtau lagi nk tukar plugin anti-spam ape..
Salam Anarm,
kalau blog akak yanghangat.com tu mmg bnyk spam mcm nie, naik menyampah, nk update pun mls sbb tgk bnyk sgt spam masuk..HAHAHA, nasib baik blog personal xde masalah mcm nie, btw thanks for sharing..harap setel masalah spam vodoh mcm nie kt blog yang tak hangat tu…
@yanmie, harap2 macam tu la..
Wahhhh..thanks..Akhirnya dapat jugak penyelesaiannya..
Tensen nak cek satu² komen..huhuhu
@Nadya, bukan setakat tensen je.. penat gak tu nak cek satu2..
pasang banyak sangat plugin takut conflict lak. dulu aku dah penah terkena.
@wandisini, plugin ni takde conflict dgn plugin lain.. ok je..
nizam pun pernah terkena.. hampir tiga hari nizam cari maklumat pasal ni…
ada sesetengah pihak menggunakan aplikasi premium untuk send trackback ke blog orang…
tapi skg alhamdulillah dah boleh atasi..nizam pun guna tracback validation… :)
nak try..nak try..aku punye pun dah banyak kene spam trackback ni..jenuh nk mendelete..
@bistari, ko kene jugak? tandanya hebat la tu.. keh3..
@Anarm, hahaha..kalo glamor pun x la semeriah kt sini..blog aku byk silent reader je..kikiki..
@bistari, banyak silent reader pon kira glamor gak tu.. blog aku banyak google bot je.. haha..
nice..stakat ni xde lg kena mcm tu..
nasib baik aku tak guna plugin ni..aku punya trackback ok je :cool:
@aizuddin, ko pakai plugin ape? akismet?
macam tak perlu pakai lagi jer sebab takdela sampai masuk 100 sehari….hehe
ni yang aku suka pakai wordpress ni. tiap hari mesti ada cabaran mendatang… ngeh2
@MuJE, baru la betul2 blogger.. bukan setakat publish entri je, tapi boleh handle masalah2 yang datang kat blog.. huhu..
haha spammer tiada lagi! haha suke emo last tu. kene lah ngan riaksi ahah
@emanthehalia, hahaha.. emo last tu saje masukkan sebab ada 1 patah perkataan je kat baris akhir.. nampak mcm tak smart je.. letak emo baru nampak ok sikit.. :tongue:
thanks for the info! checking out the validation plugin..
@papabear, u’re welcome..
WP Spam Free ok tak bro? saya cuma tahu plugin ni je untuk lawan spammer.
@Fazli, sebelum ni aku memang pakai WP Spam Free.. memang bagus utk lawan spammer.. tp sekarang ni tak tau la macam mana.. tak tau masih berkesan lagi ataupun tak.. mungkin boleh cuba kot..
bagus gak kalau gandingkan dengan plugin Simple Trackback Validation with Topsy Blocker. atau Simple Trackback Validation Plugin,nanti aku nak try guna
@wazy, selamat mencuba.. nanti kongsi pengalaman guna plugin tu, nak tau efisyen ke tak.. aku tak pakai plugin lagi.. just block pkai comment blacklist je skrg ni..
heh.. tak nak pasang lagi.. sebab tak banyak..
*best ar amaran bawak kotak komen nie.. nak tiru lah.. haha..
@menteil, aku pon tak pasang lagi plugin tu.. just pakai fungsi comment blacklist tu je buat masa sekarang sebab tak banyak sangat spam yg masuk..
amaran kat bawah kotak komen ni takde makna pon sebab ade je yang buat bende yang dilarang walaupun dah diberi amaran.. lain kali kalau ade yang langgar arahan, aku masukkan dia dalam senarai blacklist.. muahaha..
walaupun tak pakai wp.. tapi still dapat benda baru hari ni ;p hoho thanks anarm
@Daus, mungkin satu hari nanti akan cuba pakai wordpress kot.. hehe..
wah, memang menarik perkongsiang ko nih anarm… aku ade gak kne sepam dua trackback ni.. tapi xde la sampai 100.. hehehe.. :biggrin:
@Pisyek, aku pn takde la smpai seratus.. paling banyak pon 23 spam.. sehari.. demm..
thanks and note. buat masa ni tak banyak lagi menyerang.
aku ni biasanya last minit baru nak pasang. bila dah tak larat
nak delete. bhahaha.. kedekut space :p
@Kreuger, pasang ape? plugin tu? aku pon malas lagi nak pasang plugin.. dok block cara manual je sekarang ni..
:angry: ingatkan buat entri pasal trackback ni diorang sedar sikit..haha
tetiba lagi banyak pulak
yang menyedihkan bila kita nak reply komen pembaca la termiss komen2 diorang ni.hurmm
@syahrilhafiz, makin menjadi2 trackback spam.. memang sebab plugin GASP.. kat blog growmap pn ade yang mengadu pasal trackback2 spam ni..
@Anarm, aku nak guna ni bro, dah banyak sangat tu. thanks yaa
menarik dah nie…
hari tua de yang bertanya kat bro pasal kes cam nie.. xtau nk jawap cam mne
@Bro Framestone, blacklistkan je URL atau email spammer tu.. :angry: