Dah lama rasanya aku tak guna DVD drive kat laptop aku. Tadi aku cuba guna CD installer Windows 7 (biasanya aku guna Windows 7 USB Installer). Saja nak tengok berfungsi lagi tak DVD drive aku ni. Mana tau kot-kot rosak sebab lama sangat tak guna.
Rupanya memang dah rosak! Adehh..
Tapi tak kisah sangat sebab aku memang dah lama tak guna apa-apa CD. Installer yang pakai CD pon semua aku dah convert jadikan fail .iso, simpan dalam laptop dan buat backup masuk dalam external hardisk.
Kalau nak guna, aku create je virtual drive pakai DAEMON Tools Lite.
Windows 7 USB Installer
Sebut pasal installer tanpa guna CD ni, semalam ada seorang rakan Twitter minta aku buat satu entri macam mana cara buat Windows 7 USB installer.
Oleh sebab entri ni berbentuk tutorial, screenshot langkah demi langkah mungkin lebih mudahkan pembaca faham macam mana proses yang kita perlu buat untuk cipta Windows 7 USB Installer.
Sebelum tu, kita sediakan dulu perkakasan atau perisian yang diperlukan untuk buat Windows 7 USB installer.
Tutorial ni untuk pengguna sistem operasi Windows sahaja. Sistem operasi Linux pun boleh buat USB Installer. Ada masa nanti aku buat tutorial untuk Linux pula.
Perisian Untuk Buat Windows 7 USB Installer
- Installer Windows 7 (dalam bentuk DVD ataupun fail berformat .iso)
- USB drive yang bersaiz 4GB atau lebih
- Software DAEMON Tools Lite (optional)
- Software WinToFlash
Cara Buat Windows 7 USB Installer
- Mula-mula, masukkan DVD installer Windows 7 ke dalam DVD drive di laptop atau komputer korang.
- Bagi installer Windows 7 berbentuk fail .iso, korang tak perlu burn installer tu ke dalam DVD. Membazir je. Buat satu virtual drive menggunakan DAEMON Tools Lite. Mudah je caranya.
Kalau korang dah install DAEMON Tools Lite dalam komputer, cuma perlu double click pada fail .iso tu dan secara automatik akan muncul 1 drive baru jenis virtual.
- OK. Kalau langkah-langkah tu dah complete, seterusnya sila run perisian WinToFlash. (Tutorial ni menggunakan WinToFlash versi 0.7.0009 beta).
- Tekan button besar seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
- Tekan NEXT.
- Tetapkan ‘path’ bagi installer Windows 7 (DVD drive atau virtual drive) dan juga path bagi USB drive yang digunakan, kemudian tekan NEXT.
Dalam tutorial ni, ‘path’ bagi installer Windows 7 adalah di F:\ dan USB drive pula di G:\
- Tandakan pada pilihan “I Accepted the terms of the license aggrement” dan tekan CONTINUE.
- Proses pemindahan data sedang dijalankan di mana data bagi installer Windows 7 sedang dimasukkan ke dalam USB drive korang.
- Proses pemindahan data selesai. Kemudian, tekan EXIT.
- Installer Windows 7 dalam bentuk USB telah berjaya dibuat.
Kemudian korang boleh la guna untuk format atau install Windows 7 ke dalam komputer korang. Caranya, cucuk USB drive tu pada USB port, kemudian restart komputer dan tetapkan “boot from USB” pada setting BIOS di komputer korang.
Tutorial ni boleh juga digunakan untuk Windows XP dan Windows Vista.
Proses install Windows 7 menjadi lebih cepat menggunakan USB installer berbanding install menggunakan DVD.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
serius lebih senang format gune usb. thanks bro sbb bagi cara ni . sejak dvd writer rosak ni , dah payah nk format sendiri. bile dapat cara ni lagi senang nk format laptop. dan mmg lagi laju berbanding guna cd. hari ni dapat format laptop n netbook adik dalam masa x smpai stengah jam. thanks for the tutorial bro
@Syafiq, Sama2.. Gembira dapat tolong kawan2 dengan entri tutorial ni.. Terima kasih.. :wink:
slm..nak tanya da beza x cara nk format gna pendrive dgn extenal hardisk?
klo nk install win XP gne Win 7 usb installer ni bleh x???
@syafiq adnan, boleh.. software WinToFlash ni ada juga option untuk Windows XP..
wa..bagus ni..boleh cuba…
huhu..menarik sebab mudah difahami! keep it up bro! yeah! (jerit versi Nas Ahmad)
tak pernah tau mender ni..esok try buat..haha..thanks :cool:
bookmark dlu…terbaiklah bro…hehehe
@Mohd Isa, orait.. bookmark.. jangan tak bookmark.. nak lagi best, subscribe je by email blog ni.. hahahaha.. :tongue:
thanks… dah lama suruh kawan ajar.. tpi sampai sekrang dia x ajar.. hihi nseb baik bro ajarkn..
@Izamir Ridzwan, kawan tu sibuk kot.. takpon dia kedekut ilmu.. haha.. ada banyak lagi software untuk buat Windows USB Installer.. tapi dalam banyak2 tu, software WinToFlash ni yang aku rasa paling senang..
selamat mencuba.. :happy:
wah…ada ilmu berguna di sini…
tengkiu bro…
@puteraduyong, sama2.. tengkiu jugak sebab melawat blog ni.. :happy:
Minta maaf tuan rumah off topic sikit. Tempoh hari install Ubuntu guna USB kononnya buat dual boot pada laptop syarikat. Kemudian gelabah tidak buang dualboot . Dekat 2-3 hari cari jalan nak selesaikan masalah buang dual boot ini :-) Nasib baik easyBCD dapat selesaikan masalah
@akubiomed, aku pon pernah jadi camtu.. tapi taktau plak pasal easyBCD.. aku buat camne ntah hari tu.. tak ingat dah..
tapi aku nampak UBUNTOT 7 kat situ..hahaha!
@syahrilhafiz, UBUNTOT tu ko la yang ajar.. hahaha..
@Anarm, euwww tapi ubuntot aku lawa lagi..haha!
upload screenshot tuh kat FB..:D
Assalamualaikum, aku pernah cuba menggunakan winflash proses dia sangat mudah and depend pada motherboard detect tak boot usb device kan? :).
@AyieBlog, aku guna kat byk laptop dah, semua detect je..
@AyieBlog, betul, motherboard lama tak semua boleh boot USB
@Umarzuki, sesetengah motherboard version kebawah :), kalau upgrade bioslah :).
kadang2 aku suka pakai cara manual… aku pakai virtual clone drive.
mula2 format USB drive jd NTFS
convert I: /fs:ntfs
then, mount dvd (drive or virtual doesn’t matter)
cd G: (G: is the dvd path / virtual)
cd boot
bootsect /nt60 I:
dia akan copy bootcode dgn menggunakan command line di atas…
then, copy fail2 di dlm dvd tuh masuk dlm pendrive… step seterusnya? jangan tnye laar..