Cara Buat Icon (.ico) Dengan Photoshop

Fail gambar berformat .ico biasanya digunakan sebagai gambar icon bagi folder atau aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer.

Di laman web pula, fail .ico biasanya digunakan di bahagian address bar atau ruangan URL pada web browser.

Apa yang perlu kita buat hanya dengan memasukkan fail icon (.ico) dengan nama favicon.ico ke dalam direktori website atau blog.

buat fail icon dengan photoshop

Mesti ramai di antara korang yang sering gunakan online tools untuk buat fail .ico kan? Online tools yang disediakan di laman-laman web tertentu yang membolehkan kita convert fail gambar biasa kepada gambar berformat .ico.

Contoh laman web untuk buat fail icon adalah seperti iConvert, ConvertICO, DynamicDrive dan banyak lagi.

Buat Fail Icon (.ico) Menggunakan Adobe Photoshop

Sepertimana yang kita semua tahu, Adobe Photoshop merupakan software yang digunakan untuk edit gambar. Tapi Photoshop takde sediakan fungsi untuk kita save gambar sebagai icon (.ico).

Penyelesaian untuk masalah ni adalah kita tambah fungsi save as .ico di Photoshop. Caranya mudah je. Apa yang kita perlukan ialah plugin ICOFormat.8bi.

Lepas dah download fail plugin ‘ICOFormat.8bi’ tu, masukkan ke dalam folder ‘File Formats’ yang terletak dalam direktori tempat korang install Adobe Photoshop iaitu di C:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop CS*\Plug-Ins\File Formats\.

Kemudian, korang boleh run software Adobe Photoshop dan mula buat design icon ikut suka korang. Bila dah siap, save as .ico (Windows Icon) seperti contoh gambar kat bawah ni.

photoshop save as ico
Adobe Photoshop dah ada fungsi Save As Windows Icon (.ico) – Klik untuk saiz besar

PERHATIAN!
Untuk buat fail icon (.ico), fungsi plugin ‘ICOFormat.8bi’ ni hanya boleh dijalankan pada gambar yang bersaiz 256 pixel (maximum).

Sekiranya gambar yang korang buat bersaiz lebih daripada 256 pixel, korang takkan dapat save as .ico kecuali korang resize dan kecilkan gambar tu. 256 pixel merupakan saiz standard untuk fail icon (saiz maximum).

Saiz-saiz yang biasa digunakan untuk fail icon adalah 16×16, 24×24, 32×32, 64×64, 128×128 dan 256×256.

Untuk buat design gambar icon, mungkin korang boleh mulakan dengan saiz 256px. Saiz-saiz yang lain tu mungkin tak sesuai. Susah untuk korang buat design dalam canvas yang kecil.

Bila dah siap design, resize ke saiz kecil yang korang nak. Select Image > Image Size dan masukkan saiz yang korang nak.

Jangan lupa aktifkan pilihan Resample Image dan pilih Bicubic Sharper pada fungsi drop-down tu untuk pastikan gambar tak jadi blur bila korang resize ke saiz yang lebih kecil. Kemudian, save as .ico macam biasa.

Itu sahaja tutorial cara buat icon menggunakan Adobe Photoshop. Selamat mencuba!

Tutorial ni menggunakan Adobe Photoshop CS5 Portable.

22 Comments

  1. Ini bagus, terima kasih untuk berkongsi. Maaf tentang bahasa Melayu saya, masih belajar. :cheerful:

  2. Dah lama tak bukak photoshop. Nak edit pictures kat dalam tu pun dah tak athu dah. Terima kasih kerana berkongsi.

    • @Sabahan Bloggers Club, sebab tu jangan tinggalkan photoshop lama sangat.. time ade masa terluang tu, bukak je apa2 gambar pastu edit.. tak kisah la edit camne pon asalkan dapat asah skill guna photoshop.. kalau dah lama tinggal, skill tu jadi berkarat.. :wink:

  3. cun brrooo..this GPS best brrroooo..(tersampuk ayat Nabil plak!)

    hahaha..nice brooo..akhirnya jumpa juga cara nak bikin fail ico tuh manually..
    yeah..

  4. terbaik,trimas untuk tutorial…
    selalu guna online je selama ni..nak buat shadow, reflect image,favicon semua yg online..
    pasni blh try sendiri,
    tapi cam reezluv gtau, x de custom icon sangat :biggrin:

  5. malas nak guna .ico plugin tu..hehe..selalu buat online je..aku bukan ada bukan custom icon pun..tak mampu lagi nak jadi designer icon.. :biggrin:

  6. terbaiklah, haha…ini takda…bila nak wat file .ico buka tenet…pakai tools dalam tenet…takda tenet…melangut la jawabnya…hahaha

    • @Mohd Isa, betul tu.. kalau takde intenet, takleh nak nak buat fail icon.. lagi 1, boleh try software portable ni.. IconFX.. tapi aku lagi suka pakai photoshop.. sebab dah terbiasa kalau apa2 design mesti nak guna photoshop.. pkai software lain memang jadi lambat keje.. huhu..

    • @syahrilhafiz, aku pon biasa dok guna yang online jugak.. tapi sejak dah takde internet kat rumah, bila aku nak buat gambar icon, sampai nak pecah kepala dok pikir camne laa nak buat icon kalau takde internet.. nasib baik ada yang baik hati buat plugin photoshop ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *