Cara Berus Gigi dengan Betul dan Berkesan

Ramai yang mengadu dan tanya aku macam mana cara hilangkan sakit gigi. Maaf, aku bukan doktor gigi. Aku sendiri pon kadang-kadang sakit gigi.

Kenapa gigi kita sakit? Dah tentu sebab kuman, betul tak? Kuman kunyah makan gigi kita. Sebab? Tak gosok gigi dengan betul. Pandaii.. Meh kita baca sedikit info tentang gigi.

Cara berus gigi dengan betul

Gigi merupakan aset penting bagi semua orang. Fungsi utama gigi adalah digunakan untuk proses mengunyah makanan, mencantikkan senyuman seseorang, dan sangat diperlukan untuk bercakap di mana ianya membantu sebutan bunyi bagi huruf-huruf tertentu seperti huruf D, F, S, T dan V.

Ramai mengadu sakit gigi walaupun mereka memberus gigi 2 kali sehari. Kadang-kadang, ada juga yang gosok gigi sebanyak 3 kali sehari. Rajinnya gosok gigi. Baguslah! Tapi, masih lagi mengalami sakit gigi. Kenapa ek?

Sebenarnya, walaupun kita rajin gosok gigi sebanyak 2 atau 3 kali sehari, sakit gigi tetap akan berlaku atas beberapa faktor lain.

  • Pemilihan berus gigi yang tak sesuai
  • Memberus gigi dengan cara yang salah
  • Memberus gigi dengan terlalu kuat

Gosok gigi itu bagus, tapi perlu dibuat dengan cara yang betul. Jangan main gosok tonyoh macam tu je. Ada cara yang betul untuk gosok gigi.

Sebelum tu, kita tengok dulu tips memilih berus gigi yang sesuai.

Tips memilih berus gigi yang betul dan sesuai

  • Pilih berus gigi yang lembut dan mempunyai sisi bulat

    Ramai yang suka beli berus gigi yang kasar. Untuk pengetahuan semua, gosok gigi bukan seperti gonyoh lantai. Kononnya berus gigi yang kasar lebih berkesan untuk buang kotoran pada gigi. Sebenarnya salah! Itu hanya akan melukakan gusi.

    Beli berus gigi yang lembut dan bersisi bulat supaya tak melukakan gusi dan dapat memberus gigi dengan lebih sempurna.
     

  • Pilih berus gigi yang mempunyai kepala yang kecil

    Kepala berus gigi yang kecil lebih memudahkan kita untuk jolok masuk ke celahan gigi dan dapat memberus gigi dengan lebih berkesan. Hasilnya gigi akan lebih bersih dari kotoran. Senyuman pun akan nampak lebih menawan.
     

  • Pilih bulu berus gigi yang diperbuat daripada nylon

    Bulu berus gigi yang diperbuat daripada nylon tidak menyerap air dan tahan lebih lama. Penggunaan berus gigi berbulu nylon juga lebih selesa dan daya pembersihan permukaan gigi adalah lebih baik.
     

  • Pilih berus gigi yang mudah untuk dipegang

    Beli berus gigi yang mempunyai pemegang yang selesa dan hujungnya bulat supaya tak melukakan tangan. Pemegang berus gigi juga pastikan pilih jenis yang tak licin supaya kita dapat kawal berus gigi kita dengan betul ketika memberus gigi.
     

  • Pilih berus gigi yang sesuai dengan saiz gigi kita

    Setiap orang mempunyai bentuk dan saiz gigi yang berlainan. Oleh itu, pilih berus gigi yang sesuai dengan saiz gigi masing-masing untuk memaksimumkan aktiviti memberus gigi.

    Jangan tengok member pakai berus gigi besar, korang pon nak beli lagi besar. Masuk pertandingan berus gigi siapa paling besar ke?

Cara berus gigi dengan betul

Memberus gigi pastikan dibuat selama lebih kurang 2 minit. Lebih daripada 2 minit pun boleh dikira bagus juga. Tapi, KALAU korang berus gigi selama sejam, itu bangang namanya. Haha..

Bagaimana cara memberus gigi dengan betul? Korang boleh tengok dalam video kat bawah ni.

Untuk lebih berkesan lagi, pastikan lidah juga digosok kerana walaupun gigi dah dibersihkan, bakteria pada lidah masih ada dan di situlah berkumpulnya bakteria-bakteria penyebab sakit gigi dan mulut berbau busuk.

Oleh sebab tu, lidah juga perlu dibersihkan untuk mengelakkan masalah mulut berbau. Sekarang ni dah ada banyak pilihan berus gigi yang ada fungsi untuk membersihkan lidah.

Setiap orang mesti mempunyai berus gigi sendiri. Kita tak boleh berkongsi berus gigi dengan sesiapa kerana di dalam mulut kita ni terdapat banyak kuman dan bakteria. Dengan memiliki berus gigi sendiri, kita boleh mencegah gigi kita daripada sebarang jangkitan kuman.

Pastikan juga berus gigi yang dah lusuh tu diganti dengan berus gigi yang baru kerana bulu berus yang dah lusuh tidak akan dapat membersihkan gigi kita dengan sempurna dan berkesan.

13 Comments

  1. rasanya baru tukar je berus gigi ni bulan lepas..sekarang dah kena gusi luka..sakit kalau nak makan dan minum..huhu..mungkin salah teknik gosok gigi ataupun perlu tukar berus gigi yang baru..

    • @Juan, sekarang rasa lenguh lagi tak time gosok gigi? kalau tangan cepat lenguh, guna berus gigi elektronik.. letak je atas gigi lepas tu bulu berus tu berpusing.. senang ada teknologi macam tu sekarang ni..

  2. aku masih ingat lagi masa darjah satu. kena bawa berus gigi ke sekolah. dengan kole sekali. Diorang ajar macam mana nak berus gigi. datanglah awek-awek nurse dari hospital banting. haha..macam best aje masa tu.. :devil:

    • @akubiomed, mungkin diorang tak amik berat tentang kesihatan gigi.. bila dah kena sakit gigi baru la menyesal.. aku kalau beli berus gigi, aku beli pek yang ada banyak terus.. senang nak tukar2 bila berus gigi lama dah tak sesuai untuk diguna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *