Cara Beli Domain di GoDaddy

Cara beli domain murah GoDaddy

Masih ramai lagi fikir harga domain blog mahal tapi rupanya mereka terkeliru dengan harga web hosting. Sebenarnya domain dan web hosting adalah 2 perkara yang berbeza.

Biasanya kalau kita langgan sesebuah web hosting, kita akan ditawarkan sekali dengan domain (sama ada percuma atau berbayar). Harga bagi sebuah web hosting memang kadang-kadang mencecah ratusan ringgit setahun. Itu boleh dikatakan harga standard untuk web hosting di Malaysia.

Kalau kita beli pakej web hosting yang tiada domain percuma, kita boleh pilih sama ada nak beli web hosting sahaja atau bersama dengan domain sekali. Jika harga domain kat situ mahal, kita boleh beli hosting saja kat situ dan domain beli kat tempat lain yang tawarkan harga domain lebih murah.

Contohnya beli domain di GoDaddy.com yang sentiasa bagi kupon diskaun untuk pendaftaran domain baru.

Cara Beli Domain di GoDaddy

Mula-mula sekali, buka laman web GoDaddy.com dan buat carian nama domain yang korang nak beli. Untuk tutorial ni aku guna contoh domain belogsaya.com.

Cara beli domain GoDaddy
Masukkan nama domain yang nak dibeli dalam kotak carian.

Kemudian tekan butang ‘GO‘ untuk check nama domain tu sama ada boleh dibeli ataupun tak sebab kadang-kadang nama domain yang kita nak tu dah dibeli oleh orang lain. Kalau dah rasa berkenan tu kena pantaslah terus beli sebelum orang lain beli dulu.

Cara beli domain GoDaddy
Nama domain belogsaya.com masih available.

Jika nama domain tu masih available, korang boleh tekan butang ‘Add‘ dan kemudian klik butang ‘Continue to Registration‘ untuk proses register nama domain.

Cara beli domain GoDaddy
Tawaran beli nama domain secara borong

Lepas klik butang ‘Continue to Registration‘ korang akan nampak tawaran diskaun dari GoDaddy untuk beli nama domain lain seperti yang Denaihati beritahu dalam entri “Beli Domain dan Hosting” supaya nama unik domain kita tu tak dimiliki oleh orang lain.

Sebagai contoh, domain belogsaya.com dah pun jadi milik kita, tiba-tiba muncul domain belogsaya.net yang dimiliki oleh orang lain. WTF?!! Tak best la kan.

Kalau rasa tak nak lagi domain yang lain-lain tu boleh tekan butang ‘No Thanks‘ dan korang akan dibawa ke halaman untuk register akaun dan untuk setting nama domain yang nak dibeli.

Cara beli domain GoDaddy
Setting nama domain dan servername untuk hosting

Merujuk gambar di atas, kat sini setting yang perlu korang buat untuk nama domain korang. Setkan berapa tahun korang nak langgan domain tu, dan setting nameserver hosting korang jika korang guna hosting di tempat lain atau boleh setting kemudian. Kalau belum ada hosting atau nak guna domain tu di Blogspot tak perlu isi bahagian nameserver.

Satu lagi, yang ‘Change to Manual Renewal‘ tu, bagi yang taknak GoDaddy renew domain secara auto. Kalau nak domain tu auto renewal, biarkan je.

Pengguna Blogspot yang nak pakai domain dari GoDaddy boleh guna tool ‘GoDaddy Blogger DNS Setup‘ selepas selesai beli domain untuk setup DNS supaya domain tu boleh digunakan di Blogspot.

Kemudian tekan ‘Next‘. Untuk option seterusnya tu korang tak perlu buat apa-apa, hanya perlu tekan ‘Next > Next‘ je sampai muncul halaman untuk korang buat pembayaran.

Cara beli domain GoDaddy
Order summary untuk domain yang nak dibeli

Di bahagian order summary korang boleh tengok jumlah harga yang perlu dibayar untuk domain. Kalau ada code kupon diskaun, tekan link ‘Enter promo or Source Code‘ (rujuk gambar di atas) dan masukkan code kupon tersebut untuk dapatkan potongan harga, beli domain dengan harga murah. Kemudian tekan butang ‘Continue to Checkout‘ untuk proses pembayaran.

Kaedah pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, kad debit, PayPal dan lain-lain. Aku biasa bayar guna PayPal je.

Kaedah bayaran beli domain GoDaddy
Kaedah pembayaran untuk beli domain di GoDaddy

Untuk proses pembayaran korang follow je arahan dia seperti isi maklumat kad kredit, login ke PayPal (kalau bayar guna PayPal), dan sebagainya.

Akhir sekali, korang perlu tick kotak kecil tanda bersetuju dengan terma dan syarat GoDaddy kemudian tekan butang ‘Place Order Now‘. Lepas tu korang akan terima satu email yang mengesahkan korang membeli domain di GoDaddy dan boleh la mula guna domain tu untuk blog korang.

Senang tak beli domain di GoDaddy?

Untuk dapatkan code kupon diskaun korang boleh cari di internet dengan menggunakan keyword ‘godaddy promo code‘ atau ‘godaddy coupon code‘ atau sebagainya. Kupon diskaun biasanya diberi setiap bulan. Korang boleh juga contact terus GoDaddy tu untuk tanya code diskaun.

Contact Go Daddy: https://my.godaddy.com/contact-us

37 Comments

  1. salam saya pngguna domain blogspot.com dan ingin bertukar kepada domain berbayar ..
    namun saya tak pasti untuk memilih perkhidmatan yang mana satu ,
    sama ada godaddy ataupun jomhosting.

    • Waalaikumussalam.. Untuk domain berbayar ni tak kisah sangat beli dari godaddy, jomhosting atau mana2 domain provider.. Boleh pilih je yang mana rasa berkenan.. Harga lebih kurang je..

      Kalau tanya pendapat aku, aku rekemen GoDaddy sebab pembelian kali pertama biasanya GoDaddy ada bagi offer harga murah untuk domain (.com .net .org).. dan GoDaddy ada sedia tools untuk auto setup dns domain tu untuk pengguna blogspot..

  2. Assalamualaikum..
    Thanks for the post. Recently I baru buat blog and dah beli domain dekat godaddy tu. Just nak tanya you guna blogspot ke wordpress? n guna godaddy jugak ke utk web ni?

  3. saya punya beberapa domain yang di beli di godaddy dan mau memperpanjang bulan ni juga..
    nice info

  4. godaddy memang terbaek la,memberikan promo code kepada pelanggannya

  5. time ada coupon tu la bru betul nak beli kaw2 domain…

  6. nak try serverfreak nanti .. anarm pakai Godaddy ye ?

  7. Saya pakai pembekal dalam malaysia je. Pasal ada akaun Paypal tapi tak activate pun, pasal tiada kad kredit..

  8. n. Anarm..nak tanya 1..kenapa ekk sy klik LIKE dekat FB en. Anarm tak de respon apa2 pun…sory la sy budak baru belajar..hehe

    • @Hafizul, aik.. ok je aku test pakai browser yang berbeza2.. takde respon camne tu?

      • @Anarm, dia mcm ni..bila sy klik like,memang keluar paparan untuk sign in FB..bila dan sign in dia tak jadi apa pun..maknanya pertambahan bilangan user yg like dekat FB en anarm tak meningkatla..still no sama…contoh sebelum sy klik LIKE ada 460..bila klik like pun ada 460 bukan 461..maybe FB sy problem kot..kalau buat page FB, dia ada butang home tak??macam akaun FB yang biasa tu dia ada butang home, profile..Page FB sy ada butang setting & log keluar jer..mcm mn ekk..sy syak pun page FB pondokkecil yang bermasalah..ada ideal tak nak tolong sy??hehe

  9. Emm dulu sebelum beli doamin,terasa jugak nk beli online mcm ni..tapi takut her dulu sebab tak tau apa-apa..dgn cari ni jimat kan masa,tenaga..hehe..infomasi yang berguna…

  10. alamak..kalau xde kredit kad cmne anarm? :cwy:

  11. Assalamualaimum wah entry terbaiklah, nak kena beli satu di godaddy :), anarm kau tahu tak VPS yang low price?? just bertanya kalau kau tahu.. :whistle:

  12. ni tempat aku main bola sepak ni..

  13. info bagus ni…

  14. Aku ingat nak buat juga mcm bro denaihati tu tapi masih tak jelas lagi.

    • @ProfHariz, tak jelas macam mana tu? denaihati jaga branding blog dia sebab branding tu bantu dia buat duit.. sebab tu dia beli semua domain extension yg ada keyword “denaihati” takut org lain ambil dan buat macam2, contohnya seperti buat copycat site atau mungkin menyamar sebagai Denaihati.. ada kemungkinan juga org tu boleh buat duit dengan guna nama denaihati.. blog denaihati kan dah popular sekarang.. org popular mesti ada je yg nk amik kesempatan..

      Google pon sama, beli semua domain extension yg lain pastu dia buat redirection ke web utama Google.com.. semua ada tujuan.. tapi kalau blog blom cukup mantap lagi rasanya tak perlu beli.. bila dah btol2 berjaya buat byk duit dengan blog baru beli.. takut tak mampu nk bayar yuran tahunan je.. kalau memang dah ada byk duit, better beli jela.. langgan untuk 10 tahun terus.. huhu..

  15. Betulker ada yang mengatakan beli nama domain dari pembekal luar negara ada kesan SEO seperti GoDaddy ini?

    • @akubiomed, takde apa2 kesan seo walaupun beli domain dari pembekal luar negara.. beli domain kat mana2 pun sama je.. tak efek pada seo.. cuma berbeza dari segi harga.. harga domain dari pembekal luar negara memang jauh lebih murah..

      yang beri kesan kalau tak silap aku cuma webhosting luar negara sebab webhosting luar negara biasanya target untuk orang luar negara saja.. kalau duduk malaysia pakai hosting luar negara, kawan2 kat malaysia nak buka blog kita pon berat je.. blog berat memang beri kesan pada seo.. macam blog aku dulu, beli dgn company malaysia tapi server kat US.. loading slow giler sebab internet kena ‘berlari’ pergi US dulu.. kalau macam hosting Hostgator (luar negara) yang dah ada nama besar dalam dunia webhosting, loading memang laju je sebab specs server dia power kot..

      seo yg selebihnya bergantung pada cara kita optimize blog kita.. kesimpulan, domain dari pembekal luar negara memang takde masalah langsung dari segi seo..

  16. bkn dot con dan dot net berbeza ke?

    • @Terbelog, domain dot com dan dot net memang berbeza tapi dua2 tetap ‘dibaca’ oleh search engine.. kalau dua2 nama unik domain tu dimiliki oleh orang berbeza, akan memberi kesan tak berapa bagus jugak kepada salah satu web..

      contohnya blog domain terbelog.com dan terbelog.net.. kalau owner terbelog.net tu lebih pandai optimize blog dia dari segi SEO atau sebagainya, blog dia akan lebih hebat dari terbelog.com.. terbelog.com akan susah sikit nak bersaing dengan terbelog.net.. mungkin trafik terbelog.com akan terpesong pergi ke terbelog.net..

  17. Tertarik juga dgn tawaran godaddy ni..nk cuba .net lak..hehe :cool:

  18. info yg bgus, cuma x minat kena guna paypal.. kalau akaun paypal duit byk xpe..

    • @zhazmi, kalau paypal takde duit boleh contact member2 yang ada, beli dengan member tu.. lepas tu dia transfer je duit masuk paypal kita.. jual beli duit paypal.. lepas tu boleh la guna untuk beli domain ke renew domain ke..

  19. boleh jimat dalam 3 4 ringgit untuk satu domain ok dah,.. :w00t:

Leave a Reply