Burger Bakar Abang Burn, pertama kali aku makan burger bakar yang dikenali ramai ni minggu lepas dengan beberapa orang rakan blogger di Seksyen 7 Shah Alam.
Tengok ada promosi burger 50 sen waktu tu. Harga tak masuk akal langsung, tapi itulah harga promosi yang ditawarkan kepada orang ramai malam tu dari pukul 10 – 12 malam.
Memang ramai beratur panjang nak dapatkan burger dengan harga 50 sen sahaja!
Burger Bakar Abang Burn yang berhampiran dengan Jakel Shah Alam di Seksyen 7 tu bagi aku memang tempat terbaik untuk lepak dan menikmati hidangan Burger Bakar Abang Burn.
Ramai student UiTM Shah Alam kat situ. Boleh makan burger sambil cuci mata tengok awek UiTM. Hehe.
Kami sempat jumpa dengan bro Khairul selaku pengurus Burger Bakar Abang Burn cawangan Shah Alam. Wan Mus (Sifu Adwords) pun ada sekali waktu tu.
Wan Mus ni blogger yang boleh dikatakan hebat juga tapi sekarang dah agak kurang berblogging. Katanya dah bersara, tapi tetap hensem.
Aktiviti makan-makan malam tu dimulakan dengan hidangan meatball dulu sementara tunggu burger bakar siap. Boleh tahan sedap juga rasa meatball Abang Burn ni.
Aku tak tahu berapa biji meatball aku dah telan malam tu. Sedap menikmati sampai tak hirau orang sekeliling dah. Haha.
Selepas beberapa biji meatball dah selamat masuk dalam perut, Burger Bakar Abang Burn pun sampai dan dihidangkan atas meja. Burger Bakar Abang Burn memang sedap dan terbaik. Masing-masing siap bungkus bawak balik.
Boleh datang cuba rasa sendiri kalau nak tahu sedap ke tidak.
Burger Bakar Abang Burn Turun Harga
Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam ada buat pengumuman harga burger diturunkan. Kalau datang dari pukul 6 petang – 8 malam dan 10.30 malam – 12.30 malam, harga cuma RM5 sahaja untuk Burn Ori.
Nak topping, ada tambah lah. Kalau nak semua topping, cuma tambah RM5 sahaja dan dapat makan burger bakar yang besar gedabak tu.
Jom terjah Burger Bakar Abang Burn cawangan Shah Alam dari pukul 6 petang – 8 malam dan 10.30 malam – 12.30 malam. Dapatkan burger bakar yang besar dan sedap dengan harga RM5 sahaja.
Abang Burn juga ada buat kempen turunkan harga Burger Bakar Abang Burn dari berbelas-belas ke RM5 untuk cawangan-cawangan yang lain. Siap ada promo voucher lagi.
Tapi, kalau tak ramai yang nak, Abang Burn cakap dia takkan mampu turunkan harga.
wahhh murahhnyaa.. beratur sampai ke blkng sanaa.. mesti bestt
aiyaaa, meleleh air mulut tgk cheese tu.. kalau buat lagi konpeemmm beratur lagi pjg hihihi :D
Memang terliur la tengok cheese cair tue.
Alahai sedap nye.
Kena cuba nie. Kat shah alam je pun.
Dengar mmg ramai suka sangat dengan burger nie.
Kalau rega tu memang wajib beratur panjang.. Sedap pun sedap.
Pergh..terbuka selera tgk burger bakar ni..memang terbakar habis :-)
Burger bakar? Sepertinya di Indonesia belum ada ni.. lumayan bisa jadi referensi baru buat usaha.
tengok gambar burger tue dah rasa tergoda.
Perghh…boleh jd gile la tgk harga burger RM0.50. Meatball cheese meleleh tu sgt mengiurkan…adeihai..Boleh gemuk dok Shah Alam sbb byk sgt kedai makan yg best2.
memang terbakarr je hati nak rasa jugakk..hihhi…sungguh menawan kalbu..haha
kalau lah dekat, kan ke best
sana sini org dok cerita pasal burger abang burn nie. bilalah kami nak pi merasa nie. kat JB dah ada rasanya, kan. :D
fuhh..memang geram tengok begeer tu.
Tengok cheese kat burger, menyelerakan! :D
Nyummy, tego burger bakar abang burn ni, bila lah boleh nak pi merasa
harga murah sangat tu..mana tak berbaris panjang..kan?lagi2 bila dah ada penggemarnya sendiri
panjangnya beratur tu. mesti sedap
Ramai yang beratur dan tawarannya juga tidak masuk akal.
tu dia beratur punya panjang…harga murah punya pasal kan
best nyaaaaa…. jajahan shah alam dah ramai laa makan burger abang burn dengan harga RM5
abang burn turunkan harga burger sebelum ringgit turun, terbaik.