Denaihati, akak Sweetkurma dan rakan media telah mengadakan majlis berbuka puasa di Hotel Cititel Mid Valley pada hari Isnin lalu. Ramai juga rakan blogger yang hadir antaranya Abang Ensem, Aqif Azizan, Ariffshah, Bro Framestone, Cik Siezuka, Eyriqazz, Fazrol, Jejai, Namia Cinta, The Singing Blogger, dan ramai lagilah.
Ruang makan penuh dengan blogger yang kelaparan.
Aku dan Cik Tunang sampai sana lebih kurang pukul 6.40 petang. Dah ramai berkumpul di lobby Hotel Cititel tu. Tak pening sangat nak mencari lokasi sebab tunang aku kerja kat area Mid Valley, dia dah hafal jalan-jalan di Mid Valley tu agaknya.
Tengok. Ramai kan blogger join berbuka puasa bersama Denaihati, SweetKurma dan Rakan Media. Tapi ada beberapa orang blogger yang tak dapat hadir.
Tunang aku malu-malu rimau je. Dia tak biasa join aktiviti bersama blogger. Dia segan. Dia dah jarang blogging, sibuk dengan kerja, kat rumah pun takde internet lepas premis bawah rumah dia tu berpindah ke tempat lain. Tak dapat guna internet free dah. Hehe.
InsyaAllah lepas kawin nanti aku akan sediakan internet paling laju kat Malaysia ni untuk dia aktif blogging balik.
Sedap tak tengok gambar makanan kat atas ni? Sedaapp.. Baru sikit je tu. Ada banyak lagi juadah buffet Ramadhan yang disediakan. Sampai tak larat nak makan sebab perut dah penuh.
Tapi aku makan sikit je. Tengah diet (yelah tuu). Kena kuruskan badan takut pelamin roboh nanti. Haha..
Terima kasih kepada Denaihati dan SweetKurma kerana telah mengadakan aktiviti buka puasa macam ni. Semoga Allah memberkati dan curahkan rezeki yang lebih banyak untuk bro Denaihati dan akak SweetKurma. Aminn…
Aktiviti Group Denaihati Network
Aktiviti buka puasa ni merupakan salah satu kelebihan bagi setiap ahli FB Group Denaihati Network. Ada banyak lagi perancangan untuk blogger yang akan dibuat oleh Denaihati Network di masa akan datang. Masih menjadi tanda tanya.
Kalau blogger berminat dengan aktiviti-aktiviti macam ni jom join Group Denaihati Network.
pehh..mesti best kan korang. hoho..
Waahhh antara rami2 aku kenal AE..hahaha…mesti best kan berbuka puasa ramai-ramai…
meriahnye…
Nice meeting you bro…
Best sgt2…
@Fazrol, nice.. nice.. sayang tak dapat bersembang sangat.. kena temankan tunang aku sebab dia tak biasa join event blogger.. segan katanye.. hehe..
terbaekkkkk dari kilang…. :D
iya la tu diet… :D
@sweetkurma, haha.. hari tu diet entah ke mana.. memang melantak sakan je tak hirau orang lain.. :biggrin:
terbaek…harap group Denaihati Network terus anjurkan event2 sebegini,eratkan silaturrahim :biggrin:
@Zarul Umbrella, dengar cerita ada Majlis Bersama Blogger 2.0 pulak lepas aidilfitri nanti.. jadi artis jemputan lagi ke? hehe..
Meriah sungguh majlis berbuka puasa blogger bersama denaihati, sweetkurma dan rakan media ya. Aku baru perasan aku tak join lagi group denaihati network tu…
@Eizil, laa.. tak join lagi ke group denaihati network? huhuu..
saya menetap di kota kinabalu dan bekerja di sini, cuma mampu menatap kemeriahan majlis dari gambar-gambar yang dikongsikan. Thanks Anarm.
Terbaekkkk
Seronok ada aktiviti sebegini. Mengeratkan lagi silaturahim antara blogger :D
@anif,
kalo dpt wat kat jb.mmg best :)
wah, untungnya dapat berbuka puasa dengan blogger-blogger hebat :)
Harapnya satu hari nanti dapat juga merasa..
@azriMy, InsyaAllah satu hari nanti dapat jugak merasa join event2 camni..
Nampak meriah majlis yang dianjutkan oleh group DenaiHati Network.
@akubiomed, majlis meriah dengan sokongan daripada rakan2 blogger..
seronok tgk para blogger boleh berkumpul mcm ni… Kalau aktiviti dekat maybe xde masalah nak join… saya yg jauh ni tgk dr jauh je la….
@zie fauzi, InsyaAllah next time boleh join jugak..
salam..wah bestnye..
@mohd billy, memang best.. kalau nak rasa best lagi, join la grup Denaihati Network.. :D