Buka Puasa Ayam Golek Lima Bintang Nara Seafood

Petang semalam sempat aku ke majlis iftar anjuran Negaraku! di Ayam Golek Nara Seafood, Pantai Dalam. Majlis iftar Negaraku! ni diadakan setiap tahun. Ini kali kedua aku join diorang buka puasa bersama. Kali terakhir aku join majlis iftar Negaraku! semasa majlis iftar pertama (Tahun 2009) yang diorang buat. Tahun-tahun selepas tu aku tak dapat join. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni dapat juga join geng-geng otai ni buka puasa.

ayam golek lima bintang nara seafood pantai dalam

Ayam Golek Lima Bintang Nara Seafood ni dah tukar lokasi baru tapi tak jauh dari lokasi lama dia. Lokasi baru berhampiran KTM Komuter Pantai Dalam. Kalau nak tengok di Google Maps, koordinat dia 3.091210, 101.669046. Semalam aku guna aplikasi Waze untuk tunjuk jalan ke sana. Kalau tak memang sesat bagi aku yang jenis susah nak ingat jalan ni.

Kebetulan kedai ni tak berapa jauh dari tempat kerja wife aku. On the way ke sana aku ambil wife aku dulu lepas dia habis kerja dan terus ke Ayam Golek Nara bawa dia sekali untuk buka puasa dengan geng Negaraku!

ayam golek 5 bintang nara seafood

Kedai Ayam Golek Nara yang baru ni besar sikit berbanding kedai kat tempat lama. Kalau dulu tak silap aku ada berapa buah meja je, sekarang dah ada banyak kerusi meja dan boleh muatkan lebih ramai orang. Itupun ada juga yang berdiri sebab tak cukup meja. Sanggup tunggu meja kosong sebab nak makan ayam kat situ.

Geng Negaraku! awal-awal dah tempah meja dan makanan untuk buka puasa.

ayam golek nara

ayam golek nara seafood

Sedap pulak aku tengok gambar ayam ni. Ayam dia sedap, cukup rasa dan lembut. Rasa nak tambah nasi lagi semalam makan dengan ayam nara ni tapi segan pulak.

iftar blogger negaraku ayam nara

Ini antara muka-muka yang datang buka puasa di Ayam Golek Nara semalam. Ada ramai lagi sebenarnya tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Malas nak bangun dari kerusi. Kalaulah aku ada kamera DSLR sedap sikit nak ‘menembak’.

tekong mrkay iftar negaraku ayam nara

iftar ayam golek nara seafood

Selesai buka puasa di Ayam Golek Nara semalam, on the way nak balik baru teringat aku lupa nak bagi duit untuk bayar makan buka puasa tu. Bila aku tanya kat Facebook seorang kena bayar berapa RM, ada hamba Allah tu cakap takpe, dah setelkan semua. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi belanja buka puasa. Jazakallahu khairan. Semoga Allah SWT memberi kebaikan yang banyak.

Ramadhan tahun depan kalau geng Negaraku! buat lagi majlis buka puasa macam ni, InsyAllah aku akan join. Mana tahu ada lagi yang sudi belanja makan mesti best. Hehe..

21 Comments

  1. Nama masakannya unik, ayam golek. kata golek kalau di Indonesia bisa diartikan boneka
    Btw, bagi yang sedang menjalankan puasa jangan sampai tergoda ya…

  2. Ayam golek memang sentiasa bikin orang tergolek2 lepas berbuka haha..boleh try ni tahun depan..cm best je

  3. Wah amanfirdaus dah potong rambut raya..nampak remaja skit…hehe.
    Semoga tahun depan kalau pjg usia nak join sama iftar Negaraku ini.

  4. Ya Allah, sedapnyaaaaaaaaaa… dah lama tak makan ayam golek.. huaaaaaaaaaaaa…. makin berbunyi lah perut ena ni :pinch:

    • Jangan tengok lama2. Kurus puasa tu nanti. Haha. Memang sedap ayam golek dia. Geng Negaraku tiap2 tahun buat majlis buka puasa makan ayam golek ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *