Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer

Baru aku tahu sekarang dah boleh buka akaun perniagaan Maybank secara online, tak perlu introducer pulak tu! Aku memang dah lama nak buka akaun perniagaan di Maybank. Tapi disebabkan kena ada introducer, jadi tertangguh-tangguh.

Rupa-rupanya takda introducer pun boleh buka akaun. Lambat pulak dapat tahu pasal benda ni.

Hari tu aku tertengok iklan Maybank yang keluar di Facebook. Dalam iklan tu ada beritahu untuk buka akaun perniagaan (akaun semasa) boleh buat secara online dan tak perlu introducer pun.

Aku pun terus apply lah kat laman web Maybank.

Hari Jumaat lepas (28 Ogos 2020) secara rasminya aku dah ada akaun perniagaan di Maybank. Alhamdulillah, dapat juga buka akaun bank untuk kegunaan bisnes.

Buka akaun perniagaan Maybank
Pergi cawangan Maybank untuk aktifkan akaun perniagaan.

Apply secara online, lepas tu pergi cawangan Maybank terdekat untuk aktifkan akaun perniagaan tu. Senang je proses dia.

Untuk makluman, “tanpa introducer” ni bagi mereka yang daftar online sahaja. Kalau direct pergi Maybank, masih perlukan introducer.

Maybank beri kemudahan buka akaun perniagaan tanpa introducer untuk para peniaga. Siapa yang berniaga dengan lesen Enterprise atau yang baru nak mula berniaga memang disarankan buka akaun semasa untuk perniagaan.

Akaun semasa ni sangat penting bagi peniaga, usahawan, dan juga syarikat.

Walaupun perniagaan kecil, jangan sesekali guna akaun bank peribadi untuk urusan kewangan bisnes. Gunalah akaun semasa yang khas untuk perniagaan.

Buka akaun perniagaan Maybank secara online, tanpa introducer

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online

Sebelum boleh buka akaun bank untuk perniagaan, pastikan perniagaan korang tu dah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan masih aktif.

Kalau belum daftar, cepat-cepat pergi daftar SSM. Bayar RM70 je setahun.

Daftar melalui sistem EzBiz lebih mudah. Sijil SSM yang nak tamat tempoh pun boleh renew melalui EzBiz Online je. Tak perlu pergi pejabat SSM.

Cuma untuk aktifkan akaun EzBiz kena pergi pejabat SSM. Sekali tu je.

Jenis Akaun Perniagaan Maybank

Ada 2 jenis akaun perniagaan / akaun semasa Maybank yang boleh dipilih:

Pilih jenis akaun perniagaan yang korang nak dan tekan link ke laman web Maybank2u untuk daftar online. Boleh guna PC, laptop, atau smartphone.

Jenis akaun perniagaan Maybank

Aku pilih SME First Account-i sebab Islamik dan patuh syariah.

Lepas tekan link tu, korang akan nampak paparan laman web seperti gambar di bawah ni. Kalau buka laman web tu guna phone, lain sikit lah paparan dia.

Maklumat syarikat untuk buka akaun perniagaan Maybank

Isi Maklumat Perniagaan

Korang boleh mula isi borang di laman web tu dengan maklumat perniagaan dan nombor kad pengenalan pemilik perniagaan.

Business Registration No.” aku isi nombor pendaftaran SSM format lama. Sebelum tu aku isi format baru 12 digit tapi tak boleh submit. Keluar Reject Code. Tak tahu sebab apa. Terpaksa ulang semula isi borang dari awal.

Tapi, banyak kali isi semula pun masih tak boleh submit borang.

Bila aku tukar ke nombor pendaftaran format lama, baru berjaya submit borang tu.

Untuk tak membuang masa korang, boleh cuba isi nombor pendaftaran perniagaan guna format lama, tanpa tanda “–”.

Kemudian, tekan butang “Save & Next” dan teruskan isi semua maklumat lain yang diperlukan dalam borang.

Pilih Cawangan Maybank

Bahagian “PREFERRED BRANCH” korang perlu pilih cawangan Maybank yang berdekatan untuk korang pergi buat pengesahan dokumen dan aktifkan akaun.

Nama je daftar online, tapi tetap kena pergi cawangan Maybank. Daftar online tu sekadar syarat supaya tak perlu guna introducer.

Cawangan Maybank untuk buka akaun perniagaan
Pilih cawangan Maybank untuk aktifkan akaun perniagaan.

Aku buat pengaktifan akaun di Maybank Ampang Point. Menurut kata pegawai bank kat situ, korang kena pilih cawangan Maybank berdekatan dengan alamat perniagaan dalam sijil SSM.

Lepas dah siap isi borang, dia akan tunjuk semua maklumat yang diisi tadi. Semak balik semua maklumat tu sebelum tekan butang “Confirm“.

Kalau takda apa-apa isu seperti “Reject code” atau “System unavailable“, korang akan terus dapat Nombor Akaun Bank, Nombor Rujukan dan PIN 6-Digit (dihantar melalui SMS).

Nombor akaun perniagaan Maybank
Nombor akaun bank perniagaan dan nombor rujukan.

Tekan butang “Maybank2u First Login” untuk akses masuk ke akaun semasa perniagaan korang tu. Login guna PIN 6-digit yang diterima melalui SMS.

Tapi akaun tu tak boleh guna lagi sebab belum aktif. Cuma boleh login je. Korang kena pergi cawangan Maybank yang dipilih tadi untuk aktifkan akaun.

Dokumen Buka Akaun Perniagaan Maybank

Sebelum korang pergi ke cawangan Maybank, sediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Nombor rujukan daftar online (print)
  • IC / Kad Pengenalan asal & salinan
  • Salinan sijil SSM
  • Salinan SSM Business Info
  • Salinan SSM Borang A (untuk Pemilikan Tunggal)

Buat 1 salinan je dah cukup. Semua dokumen tu perlu bawa ke cawangan Maybank untuk pengesahan dan pengaktifan akaun perniagaan.

Jangan lupa, bawa juga cop syarikat (cop bulat) dan sediakan deposit RM1,000 yang perlu dimasukkan selepas akaun perniagaan dah aktif. Boleh transfer online atau guna mesin deposit tunai.

Cop syarikat, cop perniagaan, cop bulat
Contoh cop bulat – ada nama perniagaan dan nombor pendaftaran.

Aktifkan Akaun Perniagaan Maybank

Dah lengkap semua dokumen yang diperlukan, bawa ke cawangan Maybank yang dipilih dalam tempoh 10 hari bekerja. Bagitau nak aktifkan current account yang dah daftar online.

Kat sana nanti korang kena isi borang lagi. Ada juga yang cakap tak perlu isi borang. Mungkin setiap cawangan cara dia berbeza.

Tengok lah macam mana prosedur kat cawangan Maybank pilihan korang tu. Kalau kena isi borang, isi je untuk mudahkan urusan. Tak banyak pun yang kena isi dalam borang tu.

Borang daftar akaun perniagaan Maybank
Borang daftar akaun perniagaan Maybank.

Pegawai bank akan semak semua dokumen dan dia akan cop atas dokumen yang dah disahkan. IC asal guna untuk buat pengesahan cap ibu jari. Pastikan cip IC berfungsi dengan baik.

Lepas tu… Siap! Sekejap je. Siap pada hari yang sama jugak.

Akaun bank dah aktif, boleh la masukkan deposit RM1,000 dalam tu. Nak masuk lebih pun takda masalah. Duit bisnes korang jugak kan..

Untuk pengetahuan, Maybank kenakan caj perkhidmatan RM10 setiap 6 bulan. Tapi dikecualikan jika dalam akaun ada baki RM1,000 sepanjang tempoh tu.

OK.. Itu saja perkongsian daripada aku. Semoga dapat jadi panduan kepada sesiapa yang nak buka akaun perniagaan Maybank.


7 Comments

  1. Maybank UI and validation mmg problem, konpem ramai sangkut dekat page 1 and 2 masa nak register. Ni issue dia:-

    1. Pastikan setiap page tak lebih dari 2 min, kalau tak korang tekan next xjadi apa2, error pun xshow up.
    2. Page 1, business no tu jgn masukkan yg 12 digit, masukkan yg satu lagi tanpa “-” ..
    3. Page 2, make sure alamat tidak ada special char seperti “,”.. kalau tak tekan next sejuta kali pun xjadi apa tanpa error show up.

  2. mula2 cuba ok dah isi form sampai habis, masa nak submit keluar sistem maybank error.. lepas tu try lagi, error nak submit 1st page dia keluar not a maybank user padahal mmg user maybank pun.. dia suruh key in card bank dengan pin.. lepas register, buat balik sama jugak.. 10 juta kali try keluar error not a maybank user.. poning mak cik oiii

  3. Mula-mula cuba Maybank tapi macam agak susah. Last sekali pakai CIMB, memang tak ada introducer. Cuma borang kena isi awal secara online.

  4. Nak isi online, tapi part details owner tu yang part occupation tu takda choices. Saya tak bekerja. So kat situ takda tulis benda kaitan tak kerja. Pening jugak nak isi online. Dah banyak kali jugak saya buat. Asyik reject je

  5. Hi, kalau ssm register menggunakan nama sendiri, masih bole ke buka current account maybank?

  6. Cara tanpa introducer ni hanya untuk pemegang personal account Maybank sahaja ke? Kalau bukan pemegang account Maybank boleh tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *