Buffet Ramadhan di Shazana Pau Shop & Cafe

Minggu lepas aku ke Shazana Pau Shop & Cafe untuk sesi food review. Diorang nak promosikan hidangan sempena bulan Ramadhan. Masa mula-mula aku dengar nama kedai dia ingatkan dijemput untuk review menu pau. Lagipun dah lama aku tak makan pau. Rupanya ada jugak menu-menu lain yang boleh buat air liur meleleh. Sedap!!

Shazaza Pau Shop Cafe Kg Baru KL

Shazana Pau Shop & Cafe ni terletak di tingkat bawah Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Senang nak cari sebab lokasinya betul-betul di selekoh. Tempat parking percuma ada disediakan (siapa cepat dia dapat). Sebelah dia pun ada tempat parking berbayar, boleh rebat sebanyak RM2 untuk setiap kenderaan.

Aku sampai Shazana Pau Shop & Cafe lebih kurang pukul 4.00 petang. Time tu hidangan belum siap lagi. Tunggu sekejap sambil-sambil borak dengan blogger-blogger lain. Shazana Pau Shop & Cafe boleh memuatkan sehingga 70 pax pada satu-satu masa. Surau berasingan antara lelaki dan wanita pun ada, boleh memuatkan 3-4 orang pada satu-satu masa.

Bila hidangan dah siap, semestinya kena ambil gambar makanan dulu sebelum makan. Jom tengok hidangan apa yang Shazana Pau Shop & Cafe sediakan untuk kitorang.

nasi beriani udang shazaza pau shop cafe

Dia punya hidangan utama nasi beriani kot, memang sedap! Aku sebenarnya kurang gemar makan nasi beriani, tapi masa kat Shazana Pau Shop & Cafe hari tu aku saje ceduk nasi beriani kononnya nak try sikit la. Sekali bila dah masuk mulut, kat pinggan pun bertambah. Campur pulak dengan udang dan gulai daging dia memang layan habis.

buffet ramadhan shazana pau shop cafe

air oren shazana pau shop cafe

nasi beriani shazana pau shop cafe

Lepas dah selesai makan nasi beriani, aku makan macaroni pulak. Tangkap leleh jugak dia punya macaroni. Siap ada udang lagi dia letak dalam macaroni tu. Ingat nak tambah sepinggan tapi perut dah mula rasa kenyang sikit.

macaroni cheese shazana pau shop cafe

Bangun dari kerusi aku tengok-tengok hidangan apa lagi yang boleh dimakan sebelum perut aku betul-betul kenyang. Banyak lagi rupanya yang belum aku rasa. Kalau datang dengan wife atau family mesti best makan kat Shazana Pau Shop & Cafe sebab ada banyak pilihan makanan yang diorang sediakan untuk para pelanggan.

Kalau datang makan seramai 11 orang, bayar cuma untuk 10 orang sahaja. Lagi sorang tu akan dapat makan free. Untunglahh!

menu shazana pau shop cafe

kek shazana pau shop cafe

kuih shazana pau shop cafe

Kuih-muih, kek coklat muffin, tart buah, red velvet, mini pavlova pun ada. Kuih yang warna hijau berbungkus dalam plastik tu kuih ketayap, kuih kegemaran aku. Saje bagitau sebab rasa dia pun sedap jugak. Yummeh!

marshmallow kuih seri muka shazana pau

Wife aku mesti suka kalau dapat makan marshmallow ni. Hari tu aku pergi sorang je tak bawak wife sebab dia kerja. Lupa pulak nak tanya tuan kedai boleh bungkus bawa balik ke tak. Haha..

coklat fountain shazana pau shop cafe

Coklat fountain pun ada. Dimakan bersama dengan marshmallow tadi memang kombinasi yang sangat menyelerakan.

Bila dah tengok banyak sangat makanan aku jadi tak tahu nak pilih mana satu untuk dimakan. Akhirnya aku nampak sesuatu yang menarik – ABC. Terus aku minta pekerja kat situ buatkan satu mangkuk untuk santapan aku sebelum balik.

abc shazana pau shop cafe

abc shazana pau shop cafe

Berbaloi rasanya aku gerak dari Bangi pergi makan di Shazana Pau Shop & Cafe. Makanan yang disediakan memang sedap. Patut la ada diorang bagitau Shazana Pau Shop & Cafe ni satu-satu masa memang penuh orang datang makan. Kalau nak datang makan sini better buat tempahan awal. Lagipun ada tawaran diskaun sebanyak 10% untuk mereka yang tempah awal (sah sehingga 10 Julai 2013).

Untuk tempahan pada hari yang sama kena buat sebelum pukul 11.00pagi. Kalau tempahan tu untuk berkumpulan melebihi 20 pax, deposit sebanyak 50% diperlukan. Dan… Jika pembatalan dibuat di saat akhir, wang deposit tidak akan dikembalikan ye.

buffet ramadhan shazana pau shop cafe

SHAZANA PAU SHOP & CAFE
(001691237-M)

Wisma Yayasan Terengganu
77E-GF, Jalan Raja Alang
50300, Kuala Lumpur

Tel : 03-2602 1026

Untuk lihat menu-menu yang dihidangkan di Shazana Pau Shop & Cafe ni boleh rujuk di blog dia – shazanapau.blogspot.com.

26 Comments

  1. tak menahan…ambe scroll laju2 terus sampai kotak ni…hahahhaa

    eh, lepas bulan pose, menu dia lebih kurang camni gak ke? diorang ada cakap tak? hehe

  2. kebiasaannya bulan ramadhan adalah pesta makanan untuk rakyat Malaysia..negara lain masih hidup serba kekurangan..syukur lahir dan tinggal di negara ini.

  3. Nasi briani kalau dah sedap memang tipu la kalau tak tambah hehe. ABC dia nampak meliurkan la. Terasa nak berABC lak malam-malam ni hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *