Buffet Ramadhan Casa Ombak, Kuala Lumpur

Hari Sabtu lepas aku buka puasa di Casa Ombak dengan beberapa orang rakan blogger. Lepas habis kerja terus gerak dari Shah Alam ke lokasi Casa Ombak yang terletak di Jalan Damai, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Nasib baik hari Sabtu jalan tak sesak. Kalau hari biasa memang teruk nak hadap jem sepanjang jalan.

Buffet Ramadhan Casa Ombak ialah promosi buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh Ombak Creative, sebuah syarikat event di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.

Syarikat milik Bumiputera sepenuhnya ni telah menjalankan pengurusan event lebih daripada 10 tahun dan berpengalaman menguruskan katering, majlis perkahwinan serta majlis korporat dan juga persendirian.

Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur

Petang tu aku sampai di Casa Ombak lebih kurang pukul 6 petang. Bila tengok suasana kat situ rasa macam menarik giler. Nampak banyak kerusi dan meja tersusun rapi dalam taman dengan tema yang berwarna hijau.

Rasa seperti di majlis kenduri kahwin pun ada juga kerana ianya dibuat di halaman banglo yang dihiasi dengan pokok-pokok. Terasa rileks dan tenang je sesuai dengan mood untuk menikmati hidangan enak berbuka puasa.

Casa Ombak Jalan Damai Kuala Lumpur

Casa Ombak Jalan Damai Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan di Casa Ombak Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Casa Ombak Jalan Damai KL

Lepas dapat tempat duduk yang dah disediakan untuk kami, aku dan rakan blogger yang lain mula keluarkan smartphone masing-masing untuk ambil gambar. Berjalan dari meja ke meja dan gerai ke gerai di mana segala jenis hidangan diletakkan di situ.

Di Casa Ombak menunya lebih kepada hidangan buffet Ramadhan ala kampung dari Pantai Timur, Utara dan Selatan yang sangat menyelerakan. Ada gulai ikan masin, ayam kurma, sup ayam, telur puyuh, sambal paru, sayur masak lemak, nasi kerabu, ulam-ulaman dan macam-macam lagi.

nasi kerabu casa ombak

ayam kurma casa ombak

telur puyuh casa ombak

Di sudut lain pula ada gerai-gerai masakan segera seperti char koay teow, laksam, roti jala, roti john dan lain-lain. Ada juga gerai air minuman dan air batu campur serta meja yang terhidang bermacam-macam dessert dan buah-buahan.

buka puasa laksam casa ombak

roti jala casa ombak

buah buahan casa ombak

kuih-muih casa ombak

Casa Ombak ABC Counter untuk buffet Ramadhan

Harga Buffet Ramadhan di Casa Ombak

Casa Ombak menyediakan pelbagai jenis hidangan buffet untuk berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Untuk dewasa cuma RM55.00 dan untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun hanya RM27.00.

Harga yang memang berbaloi untuk makan di Kuala Lumpur. Sangat berpuas hati dengan hidangan Buffet Ramadhan Casa Ombak ni.

promosi buffet ramadhan casa ombak

Lokasi Casa Ombak

Siapa rasa nak berbuka puasa di Casa Ombak bolehlah datang dan cuba sendiri hidangan enak yang disediakan. Lokasinya di No.22, Jalan Damai Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia.

Kalau guna aplikasi Waze GPS, cuma perlu taip “22 Jalan Damai” dan akan dibawa sampai depan pintu Casa Ombak.

Untuk booking boleh hubungi Casa Ombak:

Call / Whatsapp : 013-268 0001 ( Akma Omar )
Call / Whatsapp : 013-624 1417
Call / Whatsapp : 012-662 1062
Tel : 03-2181 8750
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

*Ruang solat ada disediakan untuk muslimin dan muslimat.

buka puasa di casa ombak, kuala lumpur

blogger buka puasa di casa ombak kuala lumpur

Ombak Creative

21 Comments

  1. Entri yang menarik.. Rasa terliur bila membaca entri ini.. Good Luck Bro.. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini…

  2. untung dapat rasa sendiri pergi ke sana :)

    amal singgah sini… dibulan ramadhan ni, moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin

  3. Untung la mereka yang tinggal di area lembah klang..dapat la rasai sendiri berbuka puasa di Casa Ombak.. ;-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *