Buffered Earning Dapat Sikit Bulan Ni

Buffered earning bulan Jun 2012

Buffered earning blog aku sikit je bulan ni. Huh! Korang tengok sendiri la gambar kat atas. Ada satu je buffered earning untuk blog ni.

Argghhh!! Aku tak puas hati. Aku tak puas hati. Biasa dapat banyak. Kenapa buffered earning bulan Jun 2012 ni dapat satu je? Blog lain dalam akaun yang sama dapat banyak pulak.

Ok, jangan tiru aksi marah seperti di perenggan awal tadi.

Sebagai blogger, income yang kita dapat melalui pengiklanan dari Nuffnang, Innity dan sebagainya memang akan ada turun dan naik.

Tak payah nak rasa bengang sangat bila buffered earning dapat sikit. Bengang buat apa dah itu je rezeki yang Tuhan nak bagi pada kita.

Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat, daripada tak dapat langsung, mana satu lagi bagus?

Buffered Earning Menurun

Bila buffered earning atau income dari blog menurun, itu menunjukkan kita kena usaha lebih lagi. Tak perlu nak jadi macam orang hilang akal dengan melayan rasa marah, rasa bengang dan sebagainya.

Bukannya boleh bagi bertambah buffered earning tu.

Lagipun dapat buffered earning belum tentu lagi akan dapat income. Syarikat pengiklanan ada sistem kiraan mereka sendiri yang dah ditetapkan untuk bayar kita bagi setiap iklan yang dipasang dalam blog.

Kena berusaha lebih lagilah dalam kerja blogging. Income dari Nuffnang ni salah satu sumber pendapatan untuk aku bayar web hosting dan domain.

Kalau dapat lebih, boleh buat bayar bil postpaid atau bayar sewa rumah 7 bulan terus.

Tapi, memang dapat lebih pun sebab income dari blog-blog lain dalam akaun Nuffnang aku tu kira duit income aku jugak. Hehe..

Siapa yang belum dapat buffered earning dari Nuffnang mungkin boleh cuba tips dapatkan buffered earning macam bro Jejai cakap, “bersabar dan tonjolkan dirimu“..

36 Comments

  1. sy baru jer daftar nuffnang..tapi dalam pendapatan nuffnag tu,kena charge RM1 ke??sy pun tak berapa faham lagi sebenarnya pasal nuffnang ni..haiya…

    • @Hafizul, caj RM1 tu untuk proses pembayaran dan untuk dia poskan cek tu sampai depan rumah kita atau dalam peti pos.. minimum cashout RM50.. kena ada RM51 baru boleh dapat RM50.. caj RM1 akan ditolak untuk kos proses dan penghantaran cek..

  2. Hahaha..kenapa diblurrrrkan BE tuhhh..hahaha. Sabor bro..gua pun sejak dua menjak ni pon BE berkurangan..mungkin kurang menonjol..hehe

  3. Assalamualaikum…Alhamdulillah..sikit2 lama2 jadi bukit..heee, InsyaAllah bertambah bnyk juga tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *