AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Buat Duit » Buffered Earning Dapat Sikit Bulan Ni

Buffered Earning Dapat Sikit Bulan Ni

16/06/2012 Anarm 36 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Buffered earning bulan Jun 2012

Buffered earning blog aku sikit je bulan ni. Huh! Korang tengok sendiri la gambar kat atas. Ada satu je buffered earning untuk blog ni.

Argghhh!! Aku tak puas hati. Aku tak puas hati. Biasa dapat banyak. Kenapa buffered earning bulan Jun 2012 ni dapat satu je? Blog lain dalam akaun yang sama dapat banyak pulak.

Ok, jangan tiru aksi marah seperti di perenggan awal tadi.

Sebagai blogger, income yang kita dapat melalui pengiklanan dari Nuffnang, Innity dan sebagainya memang akan ada turun dan naik.

Tak payah nak rasa bengang sangat bila buffered earning dapat sikit. Bengang buat apa dah itu je rezeki yang Tuhan nak bagi pada kita.

Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat, daripada tak dapat langsung, mana satu lagi bagus?

Buffered Earning Menurun

Bila buffered earning atau income dari blog menurun, itu menunjukkan kita kena usaha lebih lagi. Tak perlu nak jadi macam orang hilang akal dengan melayan rasa marah, rasa bengang dan sebagainya.

Bukannya boleh bagi bertambah buffered earning tu.

Lagipun dapat buffered earning belum tentu lagi akan dapat income. Syarikat pengiklanan ada sistem kiraan mereka sendiri yang dah ditetapkan untuk bayar kita bagi setiap iklan yang dipasang dalam blog.

Kena berusaha lebih lagilah dalam kerja blogging. Income dari Nuffnang ni salah satu sumber pendapatan untuk aku bayar web hosting dan domain.

Kalau dapat lebih, boleh buat bayar bil postpaid atau bayar sewa rumah 7 bulan terus.

Tapi, memang dapat lebih pun sebab income dari blog-blog lain dalam akaun Nuffnang aku tu kira duit income aku jugak. Hehe..

Siapa yang belum dapat buffered earning dari Nuffnang mungkin boleh cuba tips dapatkan buffered earning macam bro Jejai cakap, “bersabar dan tonjolkan dirimu“..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Nak Buat Duit di Internet?
  • Dapatkan $5 Percuma Daripada Adf.ly

Kategori : Buat Duit Keyword : Buat Duit, buffered earning, duit pengiklanan, nuffnang

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Kemaskini WordPress 3.4 “Green”
Next article:
Ayam Sedap Radix Fried Chicken

36 Comments

  1. Biofirion says

    29/10/2012 at 2:45 PM

    Kayanya mesti usaha lebih giat, biar nak dapat earning bagus bulan berikutnya sob..

    Reply
  2. dennis says

    12/07/2012 at 8:13 AM

    baru dua tiga hari lepas pasang iklan nuffnang. ada lah dpt cikit hihi…

    Reply
  3. daddydee says

    27/06/2012 at 12:11 PM

    saya langsung takde tahun ni…sabau je la…

    Reply
  4. Juan says

    20/06/2012 at 2:43 PM

    ok la dapat sikit dari x dapat langsung cam saya nih, heheh

    Reply
  5. Hafizul says

    19/06/2012 at 12:34 AM

    sy baru jer daftar nuffnang..tapi dalam pendapatan nuffnag tu,kena charge RM1 ke??sy pun tak berapa faham lagi sebenarnya pasal nuffnang ni..haiya…

    Reply
    • Anarm says

      20/06/2012 at 1:42 AM

      @Hafizul, caj RM1 tu untuk proses pembayaran dan untuk dia poskan cek tu sampai depan rumah kita atau dalam peti pos.. minimum cashout RM50.. kena ada RM51 baru boleh dapat RM50.. caj RM1 akan ditolak untuk kos proses dan penghantaran cek..

      Reply
  6. Cikgu Hairul says

    18/06/2012 at 8:15 PM

    sikit-sikit sampai ujung bulan ni banyak ler..

    Reply
  7. Bro Framestone says

    18/06/2012 at 5:59 PM

    Sure masyuk dengan iklan Samsung SIII kan

    Reply
    • Anarm says

      20/06/2012 at 1:20 AM

      @Bro Framestone, tak masyuk sangat.. nak lebih lagi.. tamak.. haha..

      Reply
  8. OrangAkaun says

    18/06/2012 at 10:19 AM

    OK la tuh..daripada aku tak jalan langsung..hahahhaa

    Reply
    • Anarm says

      20/06/2012 at 1:19 AM

      @OrangAkaun, ada orang cakap boleh cuba buat apa2 entri tentang nuffnang.. lama2 nanti boleh dapat.. lebih kurang macam bodek nuffnang la.. bagi backlink ke apa2 ke.. hehe..

      Reply
  9. Syafrizal says

    17/06/2012 at 9:39 PM

    kena usaha lagi la rasanya kalau nak dapat earning lebih :smile:

    Reply
    • Anarm says

      20/06/2012 at 1:16 AM

      @Syafrizal, betul tu.. cuma taktau macam mana lagi nak buat.. sama ada nak kena berusaha dengan lebih keras atau berusaha dengan lebih bijak..

      Reply
  10. JAI says

    17/06/2012 at 1:01 PM

    Hahaha..kenapa diblurrrrkan BE tuhhh..hahaha. Sabor bro..gua pun sejak dua menjak ni pon BE berkurangan..mungkin kurang menonjol..hehe

    Reply
    • Anarm says

      20/06/2012 at 1:14 AM

      @JAI, saje nak blurrrrrrkan.. tapi satu hari nanti rasanya kena tunjuk jugak kot.. baru MENONJOL.. haha..

      Reply
  11. dzuandiey says

    17/06/2012 at 10:28 AM

    biasa la tu..bulan ni pun dapat 1 juga…adehh..hahaha..:-)

    Reply
  12. shera says

    17/06/2012 at 8:55 AM

    BE kat blog lain2 tu banyak.. xpe laa leh cover BE kat blog nie..
    :)

    Reply
  13. samdaddycool says

    17/06/2012 at 3:25 AM

    Takde kat blog ni, ada kat blog sana.. rezeki pelbagai cara.. yang penting masih ada

    Reply
  14. Bro Zulkbo says

    17/06/2012 at 3:17 AM

    salam..
    alhamdulillah..
    rezeki tu Bro

    Reply
  15. titan says

    16/06/2012 at 10:31 PM

    kira hebatlah tu. aku punya akaun..dah tak geli-geli dahh..dah kena tarik status istimewa..hoho..

    Reply
    • samdaddycool says

      17/06/2012 at 3:25 AM

      @titan, geli-geli.. :biggrin:

      Reply
  16. Jebeng Otai™ says

    16/06/2012 at 9:07 PM

    br beberpa hari pasng iklan..jeles jgak bro dpt BE ni..hehe

    Reply
  17. Orang Kampung says

    16/06/2012 at 8:30 PM

    Assalamualaikum…Alhamdulillah..sikit2 lama2 jadi bukit..heee, InsyaAllah bertambah bnyk juga tu..

    Reply
  18. spudin says

    16/06/2012 at 11:34 AM

    rilek bro rilek..haha..rezeki kita tak tahu lah kan …just rilek :)

    Reply
  19. azman says

    16/06/2012 at 9:07 AM

    dah lama tak dapat,sebab kurang aktif dgn nuffnang…

    Reply
  20. sweetkurma says

    16/06/2012 at 7:34 AM

    baru sangat, masih banyak kena ambik tahu ni…apa pun syukur alhamdulillah

    Reply
  21. Bro Framestone says

    16/06/2012 at 4:55 AM

    Tak berminat dengan nuffnang…

    Tak berbaloi untuk dipasang bila tahu sistem kiraan dorang macam mana

    Reply
  22. syahrilhafiz says

    16/06/2012 at 4:03 AM

    sedih!! tak pernah dapat taw…nuff said

    Reply
  23. akubiomed says

    16/06/2012 at 3:35 AM

    BE di blog saya agak segan-sagan hendak masuk. :-)

    Reply
  24. azriMy says

    16/06/2012 at 2:46 AM

    wah, bestnya dapat banyak BE….
    blog lain tu ada niche khas tak?

    Reply
    • Anarm says

      16/06/2012 at 2:57 AM

      @azriMy, Takde.. Semua blog personal.. Entri rojak ikut suka nak update apa2 pun.. Niche blog ada buat 1 je.. Autoblog.. kih3..

      Reply
      • azriMy says

        16/06/2012 at 2:58 AM

        @Anarm, autoblog tu means blog kereta ke? nak link boleh tak? nak belajar cara bro uruskan blog berniche… hehe, hope sudi kongsi

        Reply
        • Anarm says

          16/06/2012 at 3:09 AM

          @azriMy, Autoblog tu blogging secara automatik.. hehe.. setup dan tinggalkan.. Nanti dia auto blogging sendiri ikut kategori.. Tak boleh ajar sangat benda camni.. Tak elok.. :P

          Reply
          • azriMy says

            16/06/2012 at 3:19 AM

            @Anarm, alaaa, tak boleh ajar ye :”( sedihnyaaa… huuu

            Reply
  25. anif says

    16/06/2012 at 2:35 AM

    Asalkan ada, Alhamdulillah :D

    Reply
    • Anarm says

      16/06/2012 at 2:54 AM

      @anif, Betul tu.. Alhamdulillah..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy