Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Perkara macam itulah yang dipanggil hukum karma. Bukan taksub kepada kepercayaan hindu tentang hukum karma tu tetapi dalam agama Islam juga telah diajar bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita semula.
Begitu juga jika kita berbuat jahat. Balasan itu pasti ada, sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Hanya Allah SWT yang menentukan dan tahu segalanya.
Sebelum ni banyak kejahatan dan keburukan dah menimpa diri dan hidup aku. Sampai satu tahap aku rasa macam dah tak sanggup nak harungi semua tu.
Tapi ternyata ianya mungkin balasan atas kesilapan yang pernah aku lakukan dulu. Aku tak nafikan dulu aku memang jahat walaupun kawan-kawan cakap muka aku muka ‘budak skema’. Skema ke? Haha..
Kadang-kadang rasa bersyukur juga bila dapat harungi semua dugaan tu. Walaupun berat, tapi Allah tahu kemampuan seseorang hamba-Nya yang diuji. Tiada ujian yang membebankan kita sangat sebenarnya. Cuma kita belum jumpa jalan penyelesaian yang sesuai dan berkesan bagi ujian tersebut.
Ujian daripada Allah memang takkan habis. Bila berdepan dengan ujian jangan merungut. Merungut takkan selesaikan masalah. Manusia itu lemah dan perlukan bantuan Allah SWT.
Sebab itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepada Allah SWT kerana kita tak tahu apa akan berlaku kepada kita di hari esok, lusa, dan seterusnya.
Bila kita berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan akan datang kembali kepada kita dalam pelbagai bentuk. Hati pun rasa senang bila dapat buat kebaikan. Mungkin juga kebaikan yang kita buat akan dapat bantu kita selesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Kita tak tahu.
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui atas segala-galanya dalam kehidupan ni.
p/s: Berbuat baik dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Hati akan rasa BERSIH.
Hidup bagaikan sebuah panggung sandiwara dan cuma sekali saja, dalam panggung sandiwara yang sesingkat ini hendaknya kita perankan tokoh yang baik saja
Apa salahnya melakukan perbuatan baik dengan menjadi kehidupan orang lain menjadi lebih baik. Insyallah ketika kesusahan ada pertolongan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
niat untuk berubah pun penting. aku merasai zaman2 dibawah dan bila niat tak betul yang lain jadinya..
suka video tu. :wub:
Betol tu..buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Hehe
Yg baik dijadikan teladan yg jahat jangan sekali diikut, kalau berbuat baik pasti ada balasan yg terbaik, jika jahat takut balasannya jauh lebih jahat dr kejahatan yg dilakukan
rantaian kebaikkan akhirnya akan dibalas pada kita semula..
mmg kene share.. :)
kisah silam mendewasakan kita…
@auc dot com, …dan mematangkan kita.. :wink:
betul kata azmanisma tu….semua orang punya masa lalu yang tak mungkin bisa dilupakan tapi itu semua sekadar proses untuk kita menjadi yang lebih bijak untuk menghadapi hari2 mendatang….
Setiap orang masa silam yang buruk…yang penting kita berusaha menjadi lebih baik dari semalam.Ikut landasan agama insyallah kita akan selamat dunia dan akhirat.
@azmanisma, ya, betul tu.. kalau ikut landasan agama dengan betul, insyaAllah setiap hari kita akan jadi lebih baik daripada semalam..