Buang Widgeo.. Elakkan Benda Tak Perlu di Blog

Setiap kali blogwalking ke blog kawan-kawan, aku paling menyampah bila kat blog tu muncul Popup yang memaparkan iklan yang entah apa-apa, terutamanya popup yang muncul daripada Widgeo!

Popup tu apa? Widgeo tu pulak apa?

POPUP — Tetingkap (window) baru yang muncul secara tiba-tiba pada browser (Firefox, Chrome, Opera, dan lain-lain). Popup biasanya digunakan untuk memaparkan iklan. Adakalanya bertujuan untuk menarik trafik dan mengumpul email pelawat.

WIDGEO — Laman yang menyediakan widget seperti Geo Counter, Live Counter, Flash Effect, Flash Message, Flash Widget, animation.

widgeo

Memang blog akan nampak menarik bila kita menambah widget-widget yang cun dan cantik. Tapi perlu ke benda-benda tu semua kalau pelawat tak suka? Takkan la tuan punya blog tak pernah nampak popup tu kot?

Atau tuan punya blog memang suka sangat dengan popup?

Setakat tu je kisah Widgeo.

Seterusnya, aku nak kongsi pendapat aku tentang benda-benda atau perkara-perkara di blog yang perlu dielakkan khusus bagi para blogger yang sangat serius dalam blogging.

Perkara Perlu Dielak Dalam Blog (Selain Widgeo)

Di bawah ni aku senaraikan beberapa benda / perkara yang perlu dielak ada dalam sesebuah blog.

1. Music Auto Play

Aku rasa ramai yang kurang gemar atau tak gemar langsung dengan music atau lagu yang dimainkan secara tiba-tiba dalam blog.

Kita kena fikir, tak semua orang punyai kegemaran music yang sama dengan kita. Ada juga orang yang tak boleh baca post di blog sambil dengar lagu.

Kalau dah rasa tak boleh tahan sangat sampai menggeletar satu badan sebab takde music kat blog, sila set music tu hanya dimainkan bila butang PLAY pada player ditekan. Jangan set auto play!

Ada blogger yang Auto Play lagu hardcore kat blog dia. Tiba-tiba terus menjerit. Boleh kena serangan jantung dibuatnya.

2. Font Kecil dan Berwarna-warni

Pedih mata nak baca font kecik. Walaupun boleh dibesarkan dengan menekan butang ‘Ctrl +’ pada keyboard, namun tak semua orang tahu cara tu. Apa kata besarkan sikit saiz font yang korang guna.

Saiz font kecil

Elakkan juga menggunakan font yang berwarna-warni. kejap hitam, kejap pink, kejap biru. Perlu ke? Takyah dah la buat macam tu. Walau macam mana bagus sekalipun blog kita, kalau susah nak baca, takda maknanya!

3. Animasi GIF Berlebihan

Nampak cool je ada gambar gerak-gerak, kan? Sikit-sikit tu takpe la. Kalau dah berlambak kat 1 page semua gambar nak beranimasi, orang yang tengok tu rasanya boleh jadi juling.

Sebut pasal animasi GIF ni buat aku teringat zaman kegemilangan Myspace. Tak sah kalau kat dalam profile takde gambar bling-bling. Bling-bling tu wajib kot kat Myspace.

4. Salah Ejaan dan Tatabahasa

Semak ejaan sebelum publish sesebuah entri. Walaupun bukannya masalah yang besar, tapi mungkin boleh mengelirukan pembaca. Mungkin juga perkataan yang tersalah eja tu merupakan keyword yang sangat tinggi nilainya.

Pastikan penulisan kita bebas dari sebarang kesalahan. Sebagai contoh, jangan sampai perkataan ‘PENTADBIRAN’ tersalah eja ‘PANTADBIRAN’. Dah lain macam pulak bunyinya.

5. Comment Verification

Malas betol nak verify komen. Ni mesti kes takut spam. Pasang la plugin anti-spam kalau takut sangat commentbox kena spam. Biar plugin tu uruskan kerja-kerja menyekat komen-komen jenis macam tu.

Bagi pengguna Blogspot, boleh luangkan masa sikit tengok komen-komen yang mana perlu disimpan dan yang mana perlu dibuang. Atau boleh pasang sistem comment yang disediakan oleh DISQUS dan juga IntenseDebate.

Sistem comment tu ada fungsi anti-spam yang tersendiri. Kalau ada alternatif lain, sila kongsi di ruangan komen ye.

6. Hadiah dan Award

Sesuatu yang membanggakan sebab terima award yang menarik dari rakan blogger. Dapat Award Blog Berjaya 2010, Award Blogger Paling Kacak, Award Blog Paling Berat, macam-macam lagi lah.

Lepas tu masukkan semua gambar award tu kat sidebar. Dah jadi macam apa dah sidebar penuh dengan award.

Lebih bagus kalau sediakan satu page untuk simpan award-award tu. Ibarat award tu diletakkan dalam satu bilik khas atau almari khas, ditambah dengan protection oleh kotak kaca yang dijaga oleh pancaran laser yang mampu membunuh. :P

7. Background yang menonjol

Background yang penuh dengan effect lampu neon, effect lampu kalimantang, warna-warna yang striking.. Tak tau la sama ada tuan punya blog nak tunjuk background atau content blog dia.

Kalau background lebih menonjol daripada content, sukar bagi pelawat untuk membaca. Isi-isi yang berkualiti pada blog pon akan ‘tenggelam’ kerana background lebih ketara dilihat oleh mata.

8. Penipuan

Biasanya penipuan sering berlaku pada tajuk sesebuah entri. Tajuk bukan main lagi buat orang terpikat. Nak tarik trafik la tu.

Tapi bila dibaca, tajuk entah ke mana, isi entah ke mana. Tajuk dah gempak kawkaw tapi entri cinonet je. Tajuk lebih gah daripada isi.

Bila dah jadi macam ni, secara tak langsung dan secara terang-terangan kita dah tunjukkan diri kita seperti orang bodoh. Pembaca juga akan rasa seperti diperbodoh-bodohkan.

9. Plagiat / Copy Paste

Yang ni jenis suka copy paste entri daripada blog orang lain, kemudian publish kat blog sendiri tanpa sebarang credit kepada blog asal entri tersebut.

Tambah teruk lagi (sangat teruk) bila dia mengaku entri tu dia yang tulis.

Sorry.. Tak semua orang bodoh macam anda ye.

Blogger copy paste

Otak aku dah blur, boleh fikir sampai situ je. Mungkin ada banyak lagi benda-benda yang tak sepatutnya ada dalam blog. Korang rasa camne?

Jangan la dok rasa-rasa je. Bagi la komen ke, pandangan yang bernas ke, idea-idea yang kreatif ke. Tak gitu? Huhuu.. Terima kasih.

Sebenarnya nak tulis tentang Widgeo je. Ter’potpetpotpet’ pulak. Keh3..

97 Comments

  1. terima kasih banyak2 kongsi info… ok! saya elakkan guna widget2 ni.. takut nanti dapat anugerah blog paling berat… hehe…

  2. macam mana nak tahu yang kita punya blog ada pop-up? dan kalau ada macam mana nak remove… hehe saya tak tahu blog saya ada pop up ke tak… tapi kalau pergi log orang yang ada pop up memang pening sangat2…
    .-= Post terbaru Whitey Mommy di blog beliau.. .::Sepi::. =-.

    • @Whitey Mommy, biasanye kalau blog ade popup, setiap kali masuk die akan keluar popup tu.. kalau takde, mungkin bleh try cara ni.. clearkan semua cookies kt browser, pastu masuk blog.. kalau takde keluar apa2, selamat la tu.. utk remove popup, tengok URL pada popup tu.. mungkin URL ada kena mengena dgn widget/aplikasi yg dipakai kat blog.. mcm dlm entri ni, widget Widgeo.. elakkan guna Widgeo di blog ye.. :)

      blog Whitey Mommy selamat daripada popup.. dah singgah tadi.. popup sangat2 bahaya pada komputer.. mungkin mengandungi spyware, adware, virus, etc.. kalau ada berdepan dengan popup kt blog2 yg kita singgah, jangan sesekali tekan tanda ‘X’.. cara selamat nak tutup popup tu bleh tengok sini: http://blogwalker.tumblr.com/post/573564665/close-pop-ups-safely

  3. Salah ejaan itu rasanya ada berlaku kepada aku.. tetapi jika terjumpa insya_Allah akan cuba diperbetulkan semula.. yang lain-lain.. emm mungkin font blog aku agak kecil yek..

  4. aku tensen bila ada verification..dah macam nak jawab exam lak..kalau guna blogspot..disable je la kalau malas nak pasang disqus or intense..huu
    lagi 1 aku banyak kali diperbodoh dengan tajuk entri yang mantap.isi tak de..pastu jadi fofular kat gb..argh..byk lagi aku nak komen ni..haha :sleeping:
    .-= Post terbaru aizuddin di blog beliau.. Tutorial : Cara Masukkan Smiley Baru Dalam Shoutbox =-.

  5. aku rase diorang yg pki widgeo ni blogger2 baru..diorg nk bg cantik la kunun2 blog diorang..

    tp cm annoying je ble popap tu asik kuar..kalo da 10 blog pegi ade bnde cm2 mmg menyampah…

    pki widget simple2 suda…tol x?hehe…

  6. yang Farid cukup tak suka ialah music auto play…
    .-= Post terbaru farid di blog beliau.. Blogwalking Palsu!!! =-.

  7. autoplay lagu gangu kot
    ada org kata award2 ni syok sendiri
    tak tau la camna, masing2 ada pandangan
    .-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging =-.

  8. salam
    sokong dengan apa yang Anarm tuliskan di blog,
    memang banyak yang mempunyai sindrom yang sama.
    n Selalunya jugak, Awek2 yang suke dengan benda2 yang macam ni.
    anyway, satu yang penuh dengan infomasi. tq a lot

  9. pengguna blogspot.. jgn activation “confirmation code”.. sakit hati!
    .-= Post terbaru Frantz-Senpai di blog beliau.. AutoRun: Mereka permusnah PC =-.

  10. kadang-kadang widgeo nie muncul sebab daripada guna chatbox yang embed kat blog tue semua. kengkadang owner pun tak perasan. huhu~
    .-= Post terbaru aman di blog beliau.. Ubuntu 10.10 Di Kenali Sebagai Maverick Meerkat =-.

  11. bila org pkai bnda ni sngt tergnggu. huhu. tkan je popup mncul. ish3. gila bosan. haha. then kdng2 pas dah kuar popup nk komen xleh. diew hang. hahaha. lol
    .-= Post terbaru acapz di blog beliau.. Dapatkan Logo Percuma Di Logo Instant =-.

  12. salam,

    k.yan setuju 200% :biggrin: k.yan klu blog tu ada widgeo ke lagu autoplay ke..adoiii cepat2 tutup..klu widgeo tu blh heng lappy..lagi2 klu guna ff :devil:

    klu lagu tu pulak mmg sgt mengganggu..terkejut je tetiba ada lg..lagi2 klu time anak2 tido..time sunyi2..tetiba lagu keluar…hahhaa betul2 menggangu :ninja:

    • @yanmie: haa.. yang tu la yang paling mengganggu.. tengah sunyi sepi tiba2 ada kuar lagu.. kena pulak time tu bukak banyak tab, jadi tak tau blog mane 1 yang bunyi lagu.. nak taknak terpaksa tutup browser terus.. :angry:

  13. hahaha…buat berat je pasang widget bnyk2…budak2 baru buast blog je duk susah payah cari widget…isi xde langsung………

    kes award/tag plak, mungkin terbawa2 dari zaman guna blogspot dulu…hahaha.. :devil: :devil:
    mantop la bro anarm.. :-)
    .-= Post terbaru syin di blog beliau.. 01 April 2010 =-.

    • @syin: ni entri lepas geram namanya.. hahaha.. dah tahap habis sabar dah ni.. huhu.. aku tau mesti ramai yang tak suke bende2 camni tp ade jugak blogger yang buat.. tak paham btol aku..

  14. bagus entry ni..
    hahaha
    Mashi paling benci masuk blog je tetiba kuar lagu,automatik download kat IDM.. :getlost:
    hilang selera Mashi nk baca blog tu twos
    .-= Post terbaru Mashi di blog beliau.. Jom Kesan Plagiat =-.

      • @Anarm, hurm pendapat aku..simple2 sudah.. janji isi mantap.. hehe :-)
        .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

      • @Anarm,
        btul2…mmg menyirap kalo gne IDM
        .-= Post terbaru MC di blog beliau.. [Picture] University Of Pondan! Who want to Apply? =-.

  15. widgeo mmg menjengkelkan tp aku sendiri tak tahu widget apa yg berpunca dari widgeo nih?
    maybe clock kot …
    .-= Post terbaru hydir di blog beliau.. Adakah dengan cederanya Rooney maka cabaran United di Liga Juara-Juara dan Liga berakhir? =-.

    • @hydir: popup widgeo tu kalo die keluar, mesti addons WOT jadi kaler merah.. macam ade benda bahaya je dlm popup tu.. :dizzy:

  16. sokong semua kenyataan kat atas tu,terutama muzik autoplay,tu yang paling aku tak suka,kadang-kadang sampai kejung firefox ni :angry:
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

    • @wazy: haha.. firefox aku pon selalu kejung kalo masuk blog ade lagu2 camtu.. nak tunggu die loading lagu tu 1 hal.. lama nak mampos.. sah2 proses loading tu dah makan bandwidth broadband aku ni.. tak suke tak suke.. :tongue:

  17. suka entri ni…. psl award ni, 1st time aku tulis. aku setuju kalau award2 ni letak dalam ‘bilik khas’. takdelah menyemak letak banyak2 dekat blog. aku actually tension gak widgeo tu. aku rasa blogger2 ni mcm tak tau kot bila kita klik akan keluar iklan2 bodoh tu. dulu ms aku guna blogspot, aku guna widgeo sebab nampak mcm cool je.. tp skg rasa mcm mnyampah gile dgn widgeo tu..
    .-= Post terbaru Amir di blog beliau.. Interesting Blog Award 2010 =-.

    • @Amir: aku tak pernah pakai widgeo.. dulu penah gak nak pakai tp bila nampak FLASH, terus tak jadi pakai.. flash berat ah kalo masuk blog..

    • @Mohzam: kadang2 aku masuk gak blog ko.. aku salah sorang yg subscribe blog ko.. syyhhhh~ :whistle:
      bleh je nak copy.. amik laa.. tp lagi cun kalau ko buat pakai ayat ko sendiri.. kot2 ade yg ko nak tambah2 ke..
      huhu.

  18. betul dah semua yang ko cakap tu. bagi yang terasa, sila adjust blog anda kalau nak encik anarm dan yang lain-lain melawat blog anda. hehe

    • @zaiMi: yg ko cakap tu pon betol gak.. memang ramai yg akan masuk blog tu kalau takde buat benda2 macam yg disebut kat atas.. keh3

  19. ternampak kegarangan di situ HA HA HA :silly:
    .-= Post terbaru Liyana di blog beliau.. dell inspiron 1420 saya demam kus kus. =-.

  20. bahaya gak kalau eja pentadbiran salah eh…. sebutan akan jadi tutt…

    by the way semua benda di atas sgtlah betul. dan aku rasa kesalahan di atas aku tak buat dah kot. kalau ada pun salah eja. tapi bukan PANTADBIRAN
    .-= Post terbaru paeh di blog beliau.. Menulis Blog Kena Ada Gaya =-.

    • @paeh: aku masih rasa tak sedap hati.. rasa macam ada lagi bende2 tak perlu kat blog ni.. ni tgh dok check it out cari bende2 tu..

  21. aku pun tak suke widgeo ni… annoying!

    Music Auto Play
    dulu aku suke letak, skrang malas nak letak, selalu sangkut2, pernah ade yang terkujat ngan lagu aku, dan entri yg sebelum ni pun ko ada complaint. jadi tak nak letak. aku nak suh baca entri, bukan dengar lagu.

    Font Kecil dan Berwarna-warni
    banyak terdapat dalam blog perniagaan online yang tokeynya perempuan. jual tudung, beg, supplement dsb…
    font kecik dah 1 hal, tapi font terlalu besar pun masalah juga. aku pernah terpakse jauhkan pandangan mata dari screen pc sebab nak baca tulisan dia yang terlalu besar, sampai nak kena scroll ke kiri kanan pulak.

    Animasi GIF Berlebihan
    perasan dia macam blog dia cun sangat la…. kalau kedai nyata pun takde mana orang nak letak lampu lip lap banyak2…

    Salah Ejaan dan Tatabahasa
    yang ini kekadang aku pun typing error. ade masanya takde masa nak baca balik entri aku… heheh

    Comment Verification
    still guna kat blogger, tapi mungkin bole try yang ko sajes tu…

    Hadiah dan Award
    malas dah nak layan menda ni…. bukan bole letak dalam portfolio untuk bawak gi interview pun…

    Background yang menonjol
    also background yang serabut. malas nak tengok.

    Plagiarism / Plagiat / Copy Paste
    kekadang artikel yang menarik, elokla pes kat blog sendiri. kalau ingat amik dari mana, bole letak kredit, tapi kalau dari fwding email? :angel:
    .-= Post terbaru ain cik kala di blog beliau.. WAREHOUSE SALES =-.

    • @ain cik kala: ehh.. cik pambil.. hehe.. kalau dapat dari fwding email, apa salahnye letak kat bawah tu bagitau dr email.. kang tak pasal2 ade org ‘cerdik pandai’ bagitau tu entri die..

  22. setuju ngan pandangan ni…comment verification tu biasanya 2 3 kali kena reset.., esp yg jebis mata rabun cam aku ni :blink:
    .-= Post terbaru etomyam di blog beliau.. Terkini:Penapis Rokok Mengandungi Darah Babi =-.

  23. salam anarm..sokong tentang widgeo tu..walaupun dh banyak jumpa entri tentang widgeo ni..tetap ada jugak yang tak mahu buang..alasan..belum jumpa widget yang sesuai..kalau masuk blog yg tak kenal terus x..tapi kalau blog kawan2 redah jugak la. :cool:
    .-= Post terbaru cikmin di blog beliau.. Ketahui Perilaku Memalukan Wanita Di Malam Pertama =-.

    • @cikmin: pelik gak takde widget yang sesuai.. rasanye ade banyak lagi widget yg serupa mcm tu.. blog kawan2 pon ada yang dah jarang masuk.. yela, dengan popupnya, lagu tiba2 play, byk lagi.. jadi rasa kurang senang/selesa..

  24. hehe testing komen
    aku sokong menyampah sape pasang widgeo yang muncul2 tu grr
    anarm komen di post terbaru saya hehe nak menang lol
    .-= Post terbaru nizam6281 di blog beliau.. CONTEST: KOMEN BANYAK DAN ANDA MENANG! HANYA DI MOSHIBLOG.NET =-.

  25. aku sokong ko anarm 200% apa yg ko tulis ni semua betul tp xtaula kenapa ada jgk sesetengah org yg apa yg kita tulis tu kena kat btg hidung sendiri x blh nk terima..cubalah berubah.Takkan buat blog utk syok sendiri je kot.

    • @ariey: aku pon pelik dengan orang camtu.. dengan lagu autoplay, widget entah apa2 kat sidebar semua dia nak taruk.. pastu buat entri cakap blog berat la apa la.. terang2 dah nampak kat sidebar tu macam2 benda dia letak.. kalau semua benda tu masuk dalam lori, aku rasa tayar lori pon boleh meletup.. berat sangat.. haha

  26. setuju dengan semua point

    pop-up
    sama ada ads atau pop-up comment, 2,2 aku x suka..nak leave comment pown susah kena tunggu windows baru loading

    captcha
    nak kena sepet n terbeliakkan mata tengok huruf..than nak type plak ada huruf kecik besar nombor..agak menyusahkan..

    fancy
    segala macam nak sumbat, kalau susun kemas ok la..kalau cam selerak x susun, meluat gak

    formatting
    tulis kecik besar keler maler tuh memang dah..yang alignment center plak..pening nak baca..haha

    typo
    yang ni no comment la..ramai pakai bahasa sms tulis blog..
    .-= Post terbaru Azizuan di blog beliau.. Bom Payu Dara, Pengganas Makin Canggih =-.

    • @Azizuan: bahasa sms memang susah nak faham.. lagipun bahasa sms ni ada macam2 ejaan.. tak semua org bleh paham.. pelik betul.. takkan tak fikir langsung orang lain faham ke tak.. setakat diri sendiri je yang faham buat apa..

      • @Anarm, tuh la..lain orang lain gaya sms..maybe orang tuh buat blog sebagai buku nota or diari dia..sebab tuh dia jenis yang macam “ada aku kesah?”..hahaha..tapi kadang2 sedap gak tulis..haha..aku selalu tulis bahasa sms masa comment la..tapi yg common la aku pakai..
        .-= Post terbaru Azizuan di blog beliau.. Bom Payu Dara, Pengganas Makin Canggih =-.

  27. Eh, mmg widgeo tu kua popup.. sbb tu la aku tak pasang.. harap je cantik tapi hampeh!
    menyusahkan
    .-= Post terbaru luthtextile di blog beliau.. Takut untuk jana pendapatan sampingan? =-.

    • @luthtextile: banyak lagi widget2 lain yg lebih selamat dan lebih cantik..
      nampak je blog tu ada loading bende dari server widgeo, aku terus tutup..
      popup widgeo tu macam2 script yg bahaya ade kat situ..
      tu pasal la byk komputer yang kene serang virus..

  28. kawe paling tensen kalu blog tu berat..lmbt nk load..dah la beruk ni line gprs jah..lagi la bertahun2 baru nk siap load..aiya

    • @x-po: tau takpo.. tapi kadang2 blog hok simple pon bleh jadi berat.. sebab kat header penuh javascript.. javascript meme berat..

  29. dorg ingt nmpk cool la ltk award byk2 padahal annoying je…widgeo mmg xlh blah..kdg2 firefox aku crash sbb widgeo

    • @Een: aku nak letak award yg aku dapat pon rasa segan je.. award blog cun la, hebat la, terbaik la, gempak la.. segan ohh nk letak award kat blog ni sebab aku rasa blog ni bodo2 je.. kalo sape2 bagi ‘Award Blog Bodo” kat aku, on the spot aku akan letak jadikan background.. kat sidebar takde space dah.. hahhaa..

  30. setuju dgn widgeo tu.. selalu juga tersinggah kat blog yg pasang widgeo ni dan bila aku nmpak, sah2 aku takkan klik kat mana2 blog tu lg2 kalau yg pakai (read more).. dah sah2 beliau kerugian separuh n3 utk aku baca smpai habis. klau ada shoutbox, aku siap pesan lagi suruh buang widgeo tu sbb ianya akan mengeluarkan pop-up.. tak tahu depa faham ke tak, ambil tahu ke tak, itu aku tak tahu. huhu..

    apa2 pun, nice sharing.. harap entri ni dapat membantu lebih ramai blogger (termasuk aku lah tu) agar lebih peka terhadap blog sendiri demi kepuasan semua pihak. hee :)
    .-= Post terbaru Azizwan di blog beliau.. (CONTEST) Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 =-.

    • @Azizwan: aku rasa diorang tu macam tak paham maksud popup.. sebab tu aku letak sekali maksud popup dalam entri ni.. kalo tak paham2 jugak, tak tau la.. kene hati2 dengan popup.. kadang2 ade popup yg pasang tracking, ada virus, malware, atau ape2 jelah.. sebab tu aku tak suke dan benci sangat2..

      entri ni utk peringatan semua dan diri aku sendiri.. :wink:

  31. oh no !! PANTAD BIRAN !!
    Siot anarm haha !!
    .-= Post terbaru MrRollies di blog beliau.. Rokok Mungkin Mengandungi Darah BABI =-.

    • @MrRollies: oit.. ko mencarut.. hahaha.. jgn main2 dengan typing error.. bleh jadi maksud lain kalo tersalah taip.. PANTAD.. wakakkaka..

  32. Grr.. Aku x suka blog yg ada widgeo.. Dah la kuar popup.. Popup tu plak ada tracking.. zzzz…
    .-= Post terbaru kertaz di blog beliau.. Nak pegi ke x nak.. Hmm.. =-.

  33. huhuhu…memang x suke jugak ngan widgeo nih,salu pop-up,bohsan rasenyer..hahaha..tpi blog aku ade award..hahaa…biarkan jela,1 je awardmbkn byk pon..ahahaha :whistle:
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. Batu-Bata!! =-.

  34. oh popup Widgeo tu, rasa nya pernah gak kena, pastu terus aku tak pergi blog tu dah, blog yg pasang lagu tu aku tau siapa hahaha ko dah tegur belum, IDM terus detect suh donlod :ninja:

    tapi ni aku tengah nak try nak pasang toolbar wibiya plak haha saja² cuba try test :silly: :devil:

    • @Rjuna: aku penah tegur 2 3 blog yg ade autoplay.. tapi… biar jela.. huhu.. yg penting aku takkan masuk blog yg ade lagu autoplay..

      wibiya tu utk ape?

  35. padat..
    semua yang aku tak suke gak..
    **baru tau bole gne ctrl +..haha
    .-= Post terbaru yoy di blog beliau.. (Review) 3 Idiots Memang Terbaik. =-.

    • @yoy: erkk.. baru tau Ctrl + ek? tu kalo nak besarkan.. bukan besarkan pon.. die zoom semua.. nak kecikkan tekan Ctrl – ..nak kembali ke saiz asal, tekan Ctrl 0..

  36. 1st nk puji,,,cantik n stylo giler theme rock kapak ni..heheh… :wink:
    agak2 blog owang tergolong tak cam kat atas tu yer…mybe typo tu ada la..sebb mmg ske bebeno lah typo..hhehhe..theme kalerful…PINK mybe gak saketkan mt kan..huhu…bnyk lg kn blajar ni..neway nice entry… :biggrin:

    • @eiyda: dalam hati ade taman.. keh3.. :tongue:
      keseluruhan blog yg banyak “kumbang ladybug” tu.. OK je.. cuma kotak search nape dok kat bawah sekali? huhu.. utk background kalo boleh buat ladybug tu blur2 skit.. lagi ok kot.. takpon cari kaler lain yg boleh match, sesuai dgn kaler pink..

      *rasa macam pengkritik professional plak.. padahal blog sendiri 2×5* :whistle:

      • @Anarm, hakhak..saya akan berusaha unruk buat yang terbaik…saya terima kutukan dr para juri…eh..tetiber cam lam AF lak kan.wakakaka :biggrin: :biggrin:

        kotak searh tu mmg saje letak kt bwh..haha akan di alihkn balik..hehe..nk blur2kn thenme owang tk reti yer.huhu…heheh neway thanks anarm.. :whistle:
        .-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

  37. Assalamualaikum,

    Pasang banyak aksesori akan menyebabkan pembaca hilang fokus pada produk yang hendak diketengahkan.

    Sekian terima kasih dan selamat majujaya..
    .-= Post terbaru Zam di blog beliau.. Pembekal Jagung Mentah =-.

  38. hooho..btol sgt tu bro..melambatkan downloading page je..
    .-= Post terbaru adi di blog beliau.. Kemas Kini Blog =-.

    • @adi: biasanye kat sidebar la yg paling lama nak loading.. sebab tu kat sidebar kalo boleh kena kurangkan benda2 yang tak perlu.. gambar2 hiasan ke, widget2 ke.. pilih yg mana penting je letak kat sidebar.. yang lain2 tu delete.. huhu..

      • @Anarm, haa..betol3…tau xpe..kekadang tu..habis penuh dilambak sume kat sidebar…kekadang tu blog jd panjang disebabkan sidebar yang berjela-jela panjangnye… :cheerful:
        .-= Post terbaru adi di blog beliau.. Kemas Kini Blog =-.

        • @adi: blog jadi panjang tu la yang paling lama nak loading.. hehe.. blog ni pon nak kene edit lagi.. nak buang apa2 yang sepatutnya dibuang.. tunggu masa free skit baru bleh nak edit2 theme..

  39. auto play tu aku setuju. IDM aku terus download kot. ciss
    .-= Post terbaru Scromix di blog beliau.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.

    • @Scromix, sama!!! serious aku tak baca pun blog yang ada lagu2 ni. kadang2 sian jugak sebab diorang baca blog aku tapi aku tak boleh blah lah dengan auto play ni. IDM laju je kuar popup. terus naik hangin aku kang :P
      .-= Post terbaru lizz di blog beliau.. Juara Kaki Tidur. Lelaki Atau Perempuan? =-.

      • @lizz, samala!! bengkek je…huhu
        .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

        • stuju2 ngn korg.. smpai aku da malas nak guna IDM hu3
          aku nie bukan la blogger yang bagus atau otai ke..
          tapi mang x suke kalo ada blog lagu autoplay.. aduh.. T__T
          mang x kan masuk da la blog tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *