Alhamdulillah, dapat buah tangan dari Canada berupa t-shirt dan topi hadiah daripada Tuan Haji Masrukhin, pemilik Rumah Warga Emas Warisan Kaseh. Blogger yang join Majlis Iftar Rumah Warisan Kaseh bulan puasa tahun lepas mesti kenal Tuan Haji Masrukhin, dan bagaimana seronoknya pengalaman buka puasa bersama-sama dengan warga emas di situ dan juga dengan anak-anak yatim serta pelajar-pelajar tahfiz.
Mungkinkah bulan Ramadhan tahun ni akan diadakan lagi majlis berbuka puasa kat situ?
Seronok baca cerita tentang aktiviti Kembara Kaseh di Canada yang dikongsi oleh Tuan Haji Masrukhin dalam blognya – WarisanKaseh.com. Entah bila agaknya aku berpeluang pergi berjalan-jalan ke negara orang.
Selain tu ada juga dapat buah tangan dari New Zealand hadiah daripada Tuan Denaihati. Denaihati pun ada kongsikan cerita pengalaman berharga sepanjang aktiviti kembara di New Zealand. Boleh baca perkongsian menarik tu di entri “Kembara Musafir New Zealand“.
Bila diorang pergi oversea mesti akan bawa balik buah tangan. Kadang-kadang dapat keychain. Tapi biasanya baju yang jadi hadiah. Entah berapa banyak baju aku dah dapat. Bagus jugak sebab aku dah tak perlu beli baju. Tapi kadang-kadang tu kena jugak keluar pergi shopping beli t-shirt berkolar, jenis baju yang aku suka pakai.
Semoga Allah luaskan lagi rezeki mereka-mereka yang suka memberi hadiah. Kalau pergi luar negara lagi bawa balik hadiah t-shirt berkolar pulak ek. Hehe..
Wahhh seronoklahhhh..topi tu nak ke tak?haha
Untung tu. Bila kengkawan tanya, ko pergi bila oversea…n the stories goes on and on (kelentong) walaupun sebenarnya tak gi pun…. gaya
Saya berkenan dengan cap Canada.
Selamat dapat buah tangan
Semoga pertaliannya semakin erat dan terjaga :cheerful:
Itu tandanya depa ingat kat hang !
untung dapat ole-ole dari oversea
peh..seronok dapat buah tangan dari oversea..kalau size kecik passing kat aku bro..hahaha
Saiz ok.. Nasib baik muat dengan badan aku yang tough ni.. Kih3..
wahhhh bestnya dapat ole ole hiks
untung le
waaaa… rezeki tue. alhamdulillah.. :biggrin:
wahh..best la ko kannnn..
untunglah…..
seronoknya ada rakan bagi tshirt dari luar negara tu.. :biggrin:
waaaaahhhhh…. untung laaaaahh.. best kan ada saiz baju untuk kita.. tq bos2!!
Tu la pasal.. Nasib baik badan kita ‘kecik’.. Ada saiz baju yang muat..