Dah lama aku tak main bowling (boling). Siang tadi dapat juga lepas gian main bowling bersama rakan blogger. Puas hati dapat baling bola bowling dan jatuhkan pin.
Plan awalnya Melastik Bintang cadangkan buat aktiviti main bowling di Shalin’s Bowl @ Space U8 tapi rupanya pusat bowling tu dah pun ditutup. Terpaksa tukar plan.
Plan kedua, Ole Ole Super Bowl Shah Alam jadi pilihan tapi penuh orang pulak sebab ada tournament. Masa MB call tanya diorang cakap takde apa-apa tournament. Bila datang lain pulak jadinya. Hampeh betul..
Lepas bincang balik kitorang pun buat keputusan main bowling di Plaza Alam Sentral.
Tak ramai pun yang datang main bowling tadi. Cuma aku, Melastik Bintang, Tengku Syukri dan Bro Framestone. 4 orang blogger lelaki kacak bersaing sengit jatuhkan pin bowling paling banyak.
Harga Main Bowling
Kitorang main 2 game je. Harga cuma RM13.60 untuk 2 game termasuk sewa kasut RM2. 1 game RM5.80 (Sabtu, Ahad dan cuti umum). Hari Isnin sampai Jumaat RM4.80 (dari pukul 10.00 AM hingga 5.45 PM).
Lepas 5.45 PM harga ikut normal rate RM5.80/game.
Main 2 game pun aku dah rasa tak larat. Sebab lama sangat tak main kot.
Game kedua balingan aku banyak masuk longkang. Haha. Bro Framestone dengan Melastik Bintang memang hebat giler main bowling. Dapat juga belajar sikit-sikit tips main bowling daripada diorang. Mungkin boleh praktikkan bila ada aktiviti main bowling lagi nanti.
Sekali-sekala main bowling macam ni best jugak, kan? Next time boleh buat lagi ni. Kalau ramai blogger datang join mesti lebih seronok.
Rasa nak repeat pun ada jugak sebab tak puas hati dapat ‘strike’ berapa kali je. Asyik Bro Framestone dengan Melastik Bintang je dapat banyak strike dan spare.
Aktiviti yg bagus tu. Plus rate kat sana pun macam ok. Maybe kalau main lebih game ada discount kot?
Wah..lama jugak tidak main bowling..nanti kena ajak member-member lain main jugak la..
Anarm …..nanti kita set kat AMPANG BOWL kat METRO POINT…. mesti ramai boleh join….then lepas tu layan makan sate…..hahhaahhahaa
bowling ialah sukan yang aku sering gagal. tak reti langsung nak main. balik lurus je, nampak benor takda skill
lama juga tak main bowling…tentu bestkan!
Murah gak tu harganya..
eh, pasal ape ambe nmpak bro framestone macam tough jer dlm gambar last tu…hehehe
Gambar last tu Bro Framestone guna teknik khas amik gambar.. Guna ‘objek’ untuk tutup perut.. ‘Objek’ dalam gambar tu adalah Melastik Bintang.. Sebab tu Bro nampak macam tough je.. Hahaha..
hahahaha…tak tahan ambe ngn penerangan ni..kacau jiwe ambe membacanya..hehe
Tak ramai pun xpe sebenarnya. Asalkan ada pembakar semangat. Tak gitew “Diyana”…
Tak pasal, semua radar berfungsi ek. Kalau tidak, MH370 main cak-cak pun tak sedar.
Radar berfungsi dengan baik sekali time tu.. Hahaha..
Nasib la aku kat Sabah. Kalau tak boleh juga join main bowling..
Next time kita repeat lg…hiks!
Next time kena plan betul2, ajak lagi ramai.. Kita lawan group pulak..
Best tu…