Blogger Sukarelawan Projek Iqra’

Di perhimpunan terbesar blogger Malaysia baru-baru ni aku ditegur oleh seorang lelaki yang kemudiannya telah memperkenalkan aku dengan satu persatuan kebajikan yang dipanggil Projek Iqra’.

Projek Iqra’ merupakan persatuan atau badan kebajikan yang menganjurkan aktiviti bagi membantu pembangunan pendidikan, kesihatan dan kebajikan anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

Sahabat Iqra' Sukarelawan Projek Iqra'
Credit gambar: @projekiqra

Bila lelaki tu beri penerangan tentang Projek Iqra’ dan aktiviti-aktiviti yang boleh kita libatkan diri, terus rasa macam berminat. Lepas tu dia offer aku untuk turut serta dalam aktiviti sukarelawan dengan mendaftar sebagai Sahabat Iqra’.

Dia hulurkan satu borang. Tanpa fikir banyak aku ambil borang tu dan terus mendaftar. Best juga kalau dapat join buat amal kebajikan.

Faedah Menyertai Projek Iqra’ sebagai Sahabat Iqra’

Dengan menyertai Projek Iqra’ sebagai Sahabat Iqra’ (Blogger / FanPage), kita akan dapat nikmati faedah-faedah seperti berikut:

  • Beramal secara online dengan menyebarkan informasi program Projek Iqra’
  • Mendapat informasi program lebih awal sebelum pelancaran secara rasmi
  • Mendapat jemputan menyertai program sebelum ianya dibuka kepada orang ramai
  • URL blog kita dan mana-mana post berkenaan Projek Iqra’ akan dipaparkan di laman web dan Facebook Projek Iqra’
  • Mendapat sticker kereta edisi khas Projek Iqra’

Sertai Projek Iqra' sebagai Sahabat Iqra'

Bagaimana Menyertai Projek Iqra’

  • Menaja anak-anak yatim di bawah rumah anak yatim yang menyertai Projek Iqra’.
  • Menaja mana-mana anak yatim yang anda kenali dengan memberikan maklumat anak tersebut kepada Agensi Al-Iqra’ untuk diurus pendaftaran I-Great Iqra’ anak tersebut.
  • Mencari individu atau syarikat yang berminat untuk menaja anak-anak yatim ini mendapatkan pelan I-Great Iqra’.
  • Menyebarkan maklumat mengenai Projek Iqra’.
  • Memberi sumbangan dalam bentuk kewangan ataupun lain-lain kepada rumah anak yatim yang bernaung di bawah Projek Iqra’.
  • Mendoakan agar Projek Iqra’ ini akan terus berjalan lancar dan memanfaatkan seramai mungkin anak yatim dan anak tidak berkemampuan.

Aktiviti Projek Iqra'

Kategori Sahabat Iqra’

Ada 3 kategori Sahabat Iqra’ yang boleh kita sertai.

  1. Sahabat Iqra’ (sertai sebagai sukarelawan program)
  2. Sahabat Media Sosial (blogger, pengguna media sosial aktif, admin fanpage dll)
  3. Sahabat Penaja (penaja projek-projek amal)

Jom ramai-ramai kita daftar sebagai Sahabat Iqra’ dengan mengisi borang pendaftaran secara online di https://projekiqra.com/sukarelawan.

Projek Iqra'

Untuk maklumat lanjut tentang Projek Iqra’ boleh layari laman web www.projekiqra.com atau Facebook Page Projek Iqra’ dan Twitter @projekiqra.

22 Comments

  1. Terima kasih atas sokongan. Jemput daftar sebagai Blogger Sahabat Iqra’ di http://www.projekiqra.com/objektif/daftar-sukarelawan/

    Jika sudah daftar tapi nama belum disenaraikan, hubungi kami di info@projekiqra.com :)

  2. program yg bermanfaat

  3. Kadang2 kita perlu juga membuat amal kebajikan dengan cara begini. Bukan setakat, menderma sahaja, tenaga juga perlu diamalkan demi utk anak-anak yatim ni. Rasa nak join jugak lah…

  4. Sebuah projek yang sangat positif dan membangun
    Semoga banyak rekan2 semua terutama para blogger turut membantu dalam projek Iqra ini

  5. jika diusahakan dengan ikhlas akan terasa kemanisan amal itu

  6. jomlah daftar ramai-ramai, program yang baik dan mudahan semua mendapat ganjaranNya.

  7. Projek iqra’ ni memang menarik untuk mengumpul saham akhirat… Insya Allah.. =)

  8. Aku pun nak join juga.. Macam menarik buat kerja2 amal ni.. Sekarang juga aku pi register..

  9. Wajib join… jom bloggersss

  10. Terkejut bila nampak muka sendiri ada dalam blog ini

  11. Projek iqra’ ni memang menarik untuk mengumpul saham akhirat… In Shaa Allah…

  12. wahhh menarik ni cuma selalu turun padang macam tak boleh jer huhu

    • Orang Projek Iqra’ bagitau diorang akan inform bila ada apa2 aktiviti.. Then terpulang pada kita nak selalu turun padang atau cuma turun padang bila ada mana2 event yang dirasakan sesuai..

  13. Owwhhh…. baru tahu nie… aritu masa join event tak perasan la pulak… Mari kita sama-sama mendaftar

  14. Wah! Ini info menarik :) Thx 4 da sharing! Insyaallah akan daftar sekali.

  15. menarik… banyak juga blogger boleh sumbangkan kepada masyarakat…..

  16. bagus projek ni..aku pun dah daftar sebagai sahabat media sosial. :)

    • Kat web Projek Iqra’ tu takde pun nama ko dalam senarai Sahabat Iqra’ Blogger / Fanpage yang telah berdaftar.. Nama aku ada.. Dia letak link blog.. :)

Leave a Reply