AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Blogger Sukarelawan Projek Iqra’

Blogger Sukarelawan Projek Iqra’

19/12/2013 Anarm 22 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Di perhimpunan terbesar blogger Malaysia baru-baru ni aku ditegur oleh seorang lelaki yang kemudiannya telah memperkenalkan aku dengan satu persatuan kebajikan yang dipanggil Projek Iqra’.

Projek Iqra’ merupakan persatuan atau badan kebajikan yang menganjurkan aktiviti bagi membantu pembangunan pendidikan, kesihatan dan kebajikan anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

Sahabat Iqra' Sukarelawan Projek Iqra'

Credit gambar: @projekiqra

Bila lelaki tu beri penerangan tentang Projek Iqra’ dan aktiviti-aktiviti yang boleh kita libatkan diri, terus rasa macam berminat. Lepas tu dia offer aku untuk turut serta dalam aktiviti sukarelawan dengan mendaftar sebagai Sahabat Iqra’.

Dia hulurkan satu borang. Tanpa fikir banyak aku ambil borang tu dan terus mendaftar. Best juga kalau dapat join buat amal kebajikan.

ISI KANDUNGAN hide
1 Faedah Menyertai Projek Iqra’ sebagai Sahabat Iqra’
2 Bagaimana Menyertai Projek Iqra’
3 Kategori Sahabat Iqra’

Faedah Menyertai Projek Iqra’ sebagai Sahabat Iqra’

Dengan menyertai Projek Iqra’ sebagai Sahabat Iqra’ (Blogger / FanPage), kita akan dapat nikmati faedah-faedah seperti berikut:

  • Beramal secara online dengan menyebarkan informasi program Projek Iqra’
  • Mendapat informasi program lebih awal sebelum pelancaran secara rasmi
  • Mendapat jemputan menyertai program sebelum ianya dibuka kepada orang ramai
  • URL blog kita dan mana-mana post berkenaan Projek Iqra’ akan dipaparkan di laman web dan Facebook Projek Iqra’
  • Mendapat sticker kereta edisi khas Projek Iqra’

Sertai Projek Iqra' sebagai Sahabat Iqra'

Bagaimana Menyertai Projek Iqra’

  • Menaja anak-anak yatim di bawah rumah anak yatim yang menyertai Projek Iqra’.
  • Menaja mana-mana anak yatim yang anda kenali dengan memberikan maklumat anak tersebut kepada Agensi Al-Iqra’ untuk diurus pendaftaran I-Great Iqra’ anak tersebut.
  • Mencari individu atau syarikat yang berminat untuk menaja anak-anak yatim ini mendapatkan pelan I-Great Iqra’.
  • Menyebarkan maklumat mengenai Projek Iqra’.
  • Memberi sumbangan dalam bentuk kewangan ataupun lain-lain kepada rumah anak yatim yang bernaung di bawah Projek Iqra’.
  • Mendoakan agar Projek Iqra’ ini akan terus berjalan lancar dan memanfaatkan seramai mungkin anak yatim dan anak tidak berkemampuan.

Aktiviti Projek Iqra'

Kategori Sahabat Iqra’

Ada 3 kategori Sahabat Iqra’ yang boleh kita sertai.

  1. Sahabat Iqra’ (sertai sebagai sukarelawan program)
  2. Sahabat Media Sosial (blogger, pengguna media sosial aktif, admin fanpage dll)
  3. Sahabat Penaja (penaja projek-projek amal)

Jom ramai-ramai kita daftar sebagai Sahabat Iqra’ dengan mengisi borang pendaftaran secara online di https://projekiqra.com/sukarelawan.

Projek Iqra'

Untuk maklumat lanjut tentang Projek Iqra’ boleh layari laman web www.projekiqra.com atau Facebook Page Projek Iqra’ dan Twitter @projekiqra.

Facebook Twitter WhatsApp

No related posts.

Kategori : Informasi Keyword : aktiviti pendidikan, badan kebajikan, persatuan kebajikan, program kesihatan, projek iqra, sahabat iqra, sumbangan ikhlas

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Beli Wallet Online di Nile.com.my
Next article:
Sulam T-Shirt Sendiri di Rumah

22 Comments

  1. Projek Iqra' says

    05/01/2014 at 8:25 PM

    Terima kasih atas sokongan. Jemput daftar sebagai Blogger Sahabat Iqra’ di http://www.projekiqra.com/objektif/daftar-sukarelawan/

    Jika sudah daftar tapi nama belum disenaraikan, hubungi kami di [email protected] :)

    Reply
  2. iuzira says

    29/12/2013 at 5:38 PM

    program yg bermanfaat

    Reply
  3. Kamil Salleh says

    27/12/2013 at 11:32 AM

    Kadang2 kita perlu juga membuat amal kebajikan dengan cara begini. Bukan setakat, menderma sahaja, tenaga juga perlu diamalkan demi utk anak-anak yatim ni. Rasa nak join jugak lah…

    Reply
  4. Rina says

    25/12/2013 at 9:35 AM

    Sebuah projek yang sangat positif dan membangun
    Semoga banyak rekan2 semua terutama para blogger turut membantu dalam projek Iqra ini

    Reply
  5. blogger lelaki says

    24/12/2013 at 10:05 PM

    jika diusahakan dengan ikhlas akan terasa kemanisan amal itu

    Reply
  6. Denaihati says

    23/12/2013 at 1:24 PM

    jomlah daftar ramai-ramai, program yang baik dan mudahan semua mendapat ganjaranNya.

    Reply
  7. manlymitsubishi says

    21/12/2013 at 5:52 PM

    Projek iqra’ ni memang menarik untuk mengumpul saham akhirat… Insya Allah.. =)

    Reply
  8. Cetusan Suara says

    21/12/2013 at 11:04 AM

    Aku pun nak join juga.. Macam menarik buat kerja2 amal ni.. Sekarang juga aku pi register..

    Reply
    • Anarm says

      21/12/2013 at 11:05 AM

      Bagus! Join.. Jangan tak join.. Peluang baik ni..

      Reply
  9. seri.selaseh says

    20/12/2013 at 5:10 PM

    Wajib join… jom bloggersss

    Reply
    • Anarm says

      21/12/2013 at 11:02 AM

      Join cepat dan ajak kawan2 join sekali..

      Semalam dah terima 1 jemputan ke event Projek Iqra’ ni..

      Reply
  10. Bro Framestone says

    20/12/2013 at 8:54 AM

    Terkejut bila nampak muka sendiri ada dalam blog ini

    Reply
    • Anarm says

      20/12/2013 at 11:02 AM

      Ehh.. Laaa.. Aku baru perasan ada gambar bro jugak dalam gambar.. Aku nampak awek 2 orang tu je.. Hehe

      Reply
  11. Anuar says

    19/12/2013 at 4:30 PM

    Projek iqra’ ni memang menarik untuk mengumpul saham akhirat… In Shaa Allah…

    Reply
  12. sweetkurma says

    19/12/2013 at 4:18 PM

    wahhh menarik ni cuma selalu turun padang macam tak boleh jer huhu

    Reply
    • Anarm says

      19/12/2013 at 6:44 PM

      Orang Projek Iqra’ bagitau diorang akan inform bila ada apa2 aktiviti.. Then terpulang pada kita nak selalu turun padang atau cuma turun padang bila ada mana2 event yang dirasakan sesuai..

      Reply
  13. hazman aka species1980 says

    19/12/2013 at 4:07 PM

    Owwhhh…. baru tahu nie… aritu masa join event tak perasan la pulak… Mari kita sama-sama mendaftar

    Reply
  14. Firdaus Azizi says

    19/12/2013 at 3:27 PM

    Wah! Ini info menarik :) Thx 4 da sharing! Insyaallah akan daftar sekali.

    Reply
  15. Manan Qayyim says

    19/12/2013 at 3:10 PM

    menarik… banyak juga blogger boleh sumbangkan kepada masyarakat…..

    Reply
    • Anarm says

      19/12/2013 at 3:23 PM

      Betul tu.. Jom join sekali.. Ada aktiviti nanti boleh turun padang..

      Reply
  16. Hafiz Rahim says

    19/12/2013 at 3:00 PM

    bagus projek ni..aku pun dah daftar sebagai sahabat media sosial. :)

    Reply
    • Anarm says

      19/12/2013 at 3:22 PM

      Kat web Projek Iqra’ tu takde pun nama ko dalam senarai Sahabat Iqra’ Blogger / Fanpage yang telah berdaftar.. Nama aku ada.. Dia letak link blog.. :)

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy