Seronok bila pertama kali dapat bermain perang paintball yang dari dulu memang aku teringin nak main. Rasa gian pulak nak main lagi.
Terima kasih kepada BroFramestone kerana jemput aku main perang paintball bersama rakan-rakan blogger yang lain. Lokasi tempat kami main paintball tu di Cyberjaya Paintball Park.
Ada beberapa orang tak jadi datang. Yang cakap nak jadi ‘Rambo’ pun tak jadi datang sebab hujan katanya. Ada ke Rambo takut hujan! Haha.
Perang Paintball Bersama Rakan Blogger
Blogger yang berani menyahut cabaran paintball – Bro Framestone, Faizal Fredley, Ladfe, Fazrol, Ben Ashaari, Zahari, Hafiz Rahim, Ammar, Azmi dan AyueJean. Jumlah 11 orang termasuk aku.
Blogger Yana Yassin pun datang tapi tak main sebab dia tak bawa kasut.
Peraturan Bermain di Cyberjaya Paintball
Sebelum mula berperang di kawasan yang disediakan, kami diberi sedikit taklimat menerangkan peraturan dan langkah-langkah keselamatan semasa bermain paintball.
Selain tu juga diberi penerangan tentang peralatan untuk bermain paintball dan cara menggunakannya seperti Marker, Pallet, Face Mask dan Vest.
Pallet yang terjatuh ke tanah JANGAN KUTIP dan JANGAN MASUKKAN BALIK dalam hopper (tempat isi pallet) untuk elakkan marker menjadi jammed tak boleh tembak.
Bila semua dah bersedia, baru boleh persiapkan diri dengan marker, pakai face mask dan vest masing-masing. Disarankan pakai pakaian tebal atau baju berlengan panjang dan berkasut semasa bermain paintball.
Aku pakai baju lengan pendek masa tu, sakit giler kena tembak.
Jangan lupa juga bawa baju spare. Lepas habis main boleh tukar baju bersih. Baju yang pakai semasa main paintball memang akan kotor macam baru lepas berkubang.
Aku terlupa nak bawa baju spare. Lepas habis main paintball, lapar punya pasal aku lepak kedai mamak dengan baju penuh warna cat kesan kena tembak. Masa tengah berjalan nak ke meja, semua orang pandang aku.
Ada 5 kawasan (field) disediakan di Cyberjaya Paintball Park. Kami sempat berperang di 2 kawasan je. Kawasan hutan tak sempat nak merasa.
Lagipun kami diberitahu tak berapa seronok main di kawasan hutan dengan bilangan pemain yang sedikit. Penat nak cari target untuk ditembak katanya. Kalau main ramai orang lagi seronok.
Next time mungkin boleh kumpulkan lebih ramai blogger untuk datang main paintball di Cyberjaya Paintball Park ni. Memang best!
Game pertama kami main di Field 1 (Speedball). Kawasan Field 1 ni aku biasa tengok semasa Tournament Paintball dulu. Pergi tengok je bukan join tournament.
Bila dah rasa sendiri masuk kawasan tu untuk main paintball terus aku rasa seram sejuk. First time main kot jadi rasa berdebar sikit.
Masa game pertama ni aku sempat tembak guna 3-4 biji pallet je lepas tu entah siapa tembak aku dan terus terkeluar daripada game. Hampeh..
Game seterusnya kami main di Field 2 (Urban Assault) di mana kat situ tempat berlindung terdiri daripada kayu penghadang dan tong drum.
Lebih menarik sikit suasana berperang di Field 2 ni dan rasa lebih menakutkan jugak nak bergerak pergi mana-mana sebab bunyi tembakan tu kuat dia lain macam bila terkena kayu penghadang dan tong drum.
Kat sini aku dapat bertahan lama sikit. Itupun sebab aku banyak berlindung belakang kayu je tak lepas nak berlari ke depan.
Mana taknya, bro Zahari (pihak musuh) asyik nak tembak aku je. Aku jenguk kepala sikit nak intai tengok kedudukan musuh, terus berdas-das dia tembak aku. Ngeri kot boleh nampak pallet dia terbang laju ke muka aku.
Nasib baik sempat elak. Kalau tak dah headshot.
Tapi akhirnya aku kena tembak jugak sebab tersalah susun strategi. Bro Zahari tembak aku dari belakang kena kat pinggang. Pedih! Pedih!
Lepas selesai main tembak orang dan tembak tong drum, kami main lagi di Speedball Field untuk habiskan pallet.
Seronok dapat main paintball. Cuma aku tak suka bila face mask berkabus semasa tengah berperang dalam field. Jadi tak nampak apa-apa.
Kabus tu sebab dok bernafas semasa pakai face mask. Bila dah macam tu aku pun bernafas melalui mulut, bukan melalui hidung. Barulah kurang sikit kabus tu.
Siapa nak main paintball bolehlah ke Cyberjaya Paintball Park. Kemudahan kat sana lengkap dengan tempat parking kereta yang luas, kemudahan tandas, bilik mandi, surau, kolam renang, gymnasium dan kemudahan-kemudahan sukan yang lain.
Kalau ada lagi blogger nak anjurkan aktiviti main paintball kat tempat ni, confirm aku akan join. Tempat dia best.
Untuk info atau maklumat lanjut tentang Cyberjaya Paintball Park boleh layari Facebook page Cyberjaya Paintball atau layari laman web CyberjayaPaintball.com
Boleh tengok harga pakej main paintball dan pilihlah yang mana nak. Mesti puas hati dan gian nak main lagi.
tak pernah main paintball…tapi nampak memang best,,,main tembak-tembak aku suka…hehe
bila nak repeat balik? anak gua tak sabar nak balas dendam
Ngelihatnya saja sudah seru tu…
Nice share :)
sekali sekala kena tembak takde hal bro..jom main lagi lepas ni..mintak denaihati carikan sponsor plak..lagi ramai lagi syok..rambo lagi la.hahaha
Aku ok je kalau nak main lagi. Next time Rambo Takut Hujan tu kena join sekali. Haha..
fuuuhhh… stamina kena ada balik nih.. hhehehehee
Stamina aku pun tak berapa nak ada. Nasib baik jarak nak lari tu dekat2 je. Tapi penat jugak lah..
paling best..bila jadi orang last..tapi team lawan ada 3-4 orang masih hidup. sengsara nak lari. haha..
Aku sempat jadi orang last. Tak boleh nak lari ke mana dah, dok menyorok belakang kayu je. Last2 kena tembak jugak dengan bro Zahari. Kena tembak kat pinggang. Pedih giler..
aku banyak kali jadi orang last..paling best..leh plak beat 3-4 orang. rasa cam rambo plak masa tu..
lenkali..kalau nak repeat..ajak gua maa..
tapi kalau tak bertindih tarikh la. haha..
Memang dah agak, siapa start main, akan teringin nak main lagi. Saya pun sampai masuk tournament sebab Adverlets anjur untuk bloggers dulu.
Memang betullah boleh jadi gian main paintball ni. Hehe. Bila entah dapat main lagi.
Aku pun tak puas main lagi…
bila boleh balas dendam ntah..
Aku pun nak balas dendam jugak ni. Ada ke sape2 yang nak buat lagi aktiviti main paintball? Kalau ada boleh la join..
Dah tak nampak macam perempuan pulak pic masa dalam field tu….. =P
Eh jap?? Mane dapat pic?
Share boleh….
Hehhehehe…
Masa dalam field tu nampak macam lelaki ek? Haha..
Pic dapat dari sape entah tak kenal, dia send kat email.
Dalam entri ni pic dah kena edit.
Gambar asal kalau nak boleh download kat sini:
http://go.anarm.net/bloggerpaintball
Tu la, nampak cam budak laki pun ade…
Heheheheh……
Oh ok…
Thanks share.. =D
Teringin nak join tapi ada aktivifi di sekolah
Bestnya!!
Takpe, next time kalau free boleh join.. Dengar cerita diorang nak repeat. Tak sempat puas main paintball hari tu. Haha..
Huhu ruginya rasa tak dapat join. Tak apalah tak ada rezeki nak join lagi. Next time mungkin
Next time kalau ada buat aktiviti macam ni lagi boleh la join. Bestttt..
seonok main paitnball nie macam main perang2x.. aku nilah satu mesti tak tepat nak menembak orang..hahah
Samalah. Susah nak tembak tepat sebab kena ambil kira faktor angin jugak. Bila angin kuat pallet asyik melencong tempat lain tak kena tempat yang kita target..
Kalau baju nipis mahu tinggal kesan berbirat. :-)
Betul tu. Nasib baik dia sediakan vest untuk newbie. Kalau takde vest memang berbirat badan kat tembak.