Voucher Tiket Wayang GSC daripada KLIPS Malaysia

Aku ingat surat saman sampai kat aku tadi. Rupanya Voucher Tiket Wayang GSC. Akhirnya dapat jugak tiket wayang hadiah daripada KLIPS Malaysia. Dalam entri sebelum ni aku ada tulis sedikit tentang “KLIPS”. Siapa belum baca mungkin tak tahu benda apa KLIPS ni.

ticket voucher golden screen cinemas

KLIPS merupakan sebuah laman web komuniti online Malaysia bagi filem-filem terbaru di mana korang boleh tengok trailer, review dan pendapat tentang sesebuah filem baru di Malaysia. Selain tu, korang juga berpeluang untuk menang tiket percuma macam apa yang aku dapat ni.

Untuk menang tiket wayang free, apa yang korang perlu buat adalah daftar akaun KLIPS. Lepas dah daftar, login ke akaun dan klik pada banner filem yang mempunyai golden label bertulis “FREE PASSES“. Kemudian tekan butang “I Want To Watch!” dan seterusnya share trailer filem dengan kawan-kawan.

klips malaysia free passes

Setiap link trailer filem yang dikongsikan akan beri korang peluang untuk menang tiket wayang percuma daripada KLIPS Malaysia. Pemilihan pemenang adalah secara lucky draw.

Untuk mengetahui filem-filem terkini yang KLIPS tawarkan tiket percuma, layari laman web KLIPS.my, like Facebook KLIPS Malaysia dan follow twitter @klipsmalaysia. Jom tengok wayang!

20 Comments

    • Bukan setakat KL je.. Any Golden Screen Cinemas nationwide (kecuali GSC Signature).. Ada 28 lokasi boleh guna ticket voucher ni.. Klang Valley, Penang, Sungai Petani, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bharu, Kuantan, Mentakab, Kota Kinabalu, Miri & Kuching..

      (copy paste dari web GSC) :biggrin:

    • Masa yang free tu boleh rancang.. KLIPS bagi ticket voucher ni tak letak tarikh pun.. Ikut suka kita nak pergi tengok wayang bila.. Cuma dia ada tetapkan tarikh luput je.. So kena pergi sebelum ticket voucher tamat tempoh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *