Blog Update, Auto Tweet Melalui Feedburner

Seperti yang kita sedia maklum, ramai yang membuat auto tweet untuk setiap update di blog. Auto tweet ni bertujuan untuk memberitahu para pengikut (followers) kita di Twitter setiap kali kita update blog.

Feed entri di blog akan dihantar ke Twitter secara automatik dengan disertakan sekali link ke entri tersebut.

Cara ni berkesan untuk memudahkan pelawat terus ke blog kita sebab kebanyakan pelawat ni aktif bersosial di Twitter. So, kalau taknak ketinggalan info-info menarik yang dikongsi oleh para blogger terkemuka di Malaysia ni, follow la @anarmnet dan rakan-rakan yang lain di Twitter ye.

Servis Auto Tweet Dari Feedburner

Kebanyakkan auto tweet di Twitter sekarang ni menggunakan servis yang disediakan oleh Twitterfeed. Bila kita update blog, secara automatik feed pada entri kita tu akan dibaca oleh Twitterfeed dan seterusnya dihantar ke akaun Twitter kita beserta dengan linknya sekali.

Kini, Google turut menyediakan perkhidmatan Auto Tweet seperti Twitterfeed melalui laman Feedburner miliknya di mana Auto Tweet tu akan menggunakan URL pendek goo.gl yang baru sahaja diperkenalkan.

Fungsi auto tweet ini baru sahaja ditambah di Feedburner dan membenarkan update di blog kita dihantar terus ke Twitter.

Untuk menggunakan fungsi auto tweet di Feedburner ni, login ke akaun Feedburner korang, klik pada Publicize > Socialize dan seterusnya klik butang ‘Add a Twitter Account‘ untuk memasukkan akaun Twitter korang.

Feedburner Auto Tweet

Korang boleh setting auto tweet korang tu melalui fungsi di Feedburner dan boleh memasukkan Hashtag yang digemari secara automatik.

Prefix text seperti [Update] atau [Entri baru] juga boleh dimasukkan ke dalam auto tweet korang untuk mengelakkan follower Twitter korang daripada keliru sama ada tweet tu normal tweet korang ataupun update di blog.

Prefix text tu korang boleh setkan sama ada untuk muncul di awal ataupun pada akhir ayat dalam auto tweet tersebut.

Contoh: [Blog Updated] Cara Buat Auto Tweet Menggunakan Feedburner http://goo.gl/abcd

Setelah selesai semua setting yang korang nak, klik butang Activate untuk mengaktifkan fungsi auto tweet melalui Feedburner ni.

Google Feedburner juga membenarkan korang menggunakan fungsi ni pada akaun-akaun Twitter korang yang lain (bagi yang mempunyai akaun Twitter lebih daripada satu).

Sekiranya korang dah taknak menggunakan fungsi auto tweet ni, hanya klik Deactivate untuk nyahaktifkan fungsi tersebut.

51 Comments

  1. sungguh berguna untukku.. nak try dulu erk~ :biggrin:
    .-= Post terbaru tin kosong di blog beliau.. Cinta Itu Membunuh =-.

  2. hehe.. sebelum ni dok pakai twitterfeed jer.. orait nampak gaya ada satu lagi choice ..
    .-= Post terbaru zuls di blog beliau.. Blog ini kembali beraksi =-.

  3. huhu aku dah wat guna feedburner,kira yang terbaru gak la ni melalui url pendek google :smile:
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Eggdrop.Conf =-.

  4. baru aku tau. hoho. baru nak try. banyak benda kena explore sendiri kebelakangan ni. hoho. kena berdijari. berdiri di atas jari sendiri. ngeh ngeh ngeh. :heart:

  5. aku dah wat twitterfeeed ngn auto publish tweet sudah ler..kang berjele2 lak spam kat korang..hahaha :lol:

    p/s: otai sentiase ade tips2 baru..dan dialah lelekai di alam maya ini.. :whistle:
    .-= Post terbaru Roslan Nazri di blog beliau.. Malaysia Muncul Juara Bola Sepak Sukan Sea Laos 2009 =-.

      • @Anarm, kalo dah otai ckp camtu..aku terime jer dgn redho :tongue:
        .-= Post terbaru Roslan Nazri di blog beliau.. Malaysia Muncul Juara Bola Sepak Sukan Sea Laos 2009 =-.

        • @Roslan Nazri, terer tak aku spam?hahaha..siot la blog ko wat aku spam..ahahaha :w00t:
          .-= Post terbaru Roslan Nazri di blog beliau.. Malaysia Muncul Juara Bola Sepak Sukan Sea Laos 2009 =-.

  6. info yang berguna ni. bleh try pasni. thanks bro
    .-= Post terbaru diaien di blog beliau.. Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM) =-.

  7. sekarang jugak aku pergi setting.Sebab aku agak lame tak bukak web analytic tu :tongue:
    .-= Post terbaru loq di blog beliau.. Good Luck Friends =-.

  8. Thanks..mmg menarik…baru jer wat kat feedburner tweet tu.. :smile:
    .-= Post terbaru Nine di blog beliau.. Tahniah Adikku !!! =-.

  9. nice sharing bro.. tp sejak ada add-on twitter (skrng echofon – aku tak guna tweetdeck) ni, rasanya aku tak perlu guna benda alah ni sbb aku lebih familiar guna cara manual.. mksudnya, bila dah publish entri aku tweet la. huhu.. sbb stakat ni aku tak pernah guna fungsi schedule. so, rasanya tak penting sangat kot.. tp tak tau la esk lusa :whistle:
    .-= Post terbaru azizwan(dot)com di blog beliau.. Koleksi Google Doodle sempena Krismas =-.

    • @azizwan(dot)com: manual ok gak.. cara yg ni utk yg jarang ngadap twitter.. lepas update blog terus keluar jmpe awek, x smpt nk tweet.. so, feedburner ni membantu gak la.. aku pn buat gak cara manual.. lg best nk tulis ayat marketing.. :tongue:

  10. kenapa sebelum ni google tak buat sekali ek? info cun! setelah beberapa tahun implementasi itu ini di wordpress, aku pun memang tak suka banyak plugin apatah lagi plugin yang ada kena mengena dengan database (hu3)

    bagus juga kan banyak servis macam ni?
    .-= Post terbaru megat di blog beliau.. Saman Polis Trafik, Akhirnya Kena Juga! =-.

    • @megat: btol tu.. aku pn x suke pkai plugin byk2.. ni pn tgh cuba nk kurangkn plugin tp xtau yg mane nk buang sbb semua rasa nk pkai.. :tongue:

  11. Salam..

    Mekasih dengan info nih.. maklumlah kekadang dah syok dengan satu2 service tu kekadang malas nak ambik tau info yang hampir sama tapi tak serupa (yang mungkin lebih baik atau mudah).. aku nak try sekarang nih..
    .-= Post terbaru Nazz di blog beliau.. Sah.. WordPress pun tidak berguna =-.

    • @Nazz: sama2.. xde hal.. aku kalo xde keje, aku rajin blogwalking g blog org lain.. smpai blog2 oversea pn aku serang.. haha.. tu yg jumpe mcm2 info tu.. yg mane aku rasa best, aku akan share kt blog ni.. jenguk2 la selalu kt blog ni ye.. kalo ade twitter, follow la @anarmnetwork ..kadang2 aku share kt situ je kalo malas nk update blog.. :tongue:

  12. Dah menjadi, fuh lagi syok dari twitterfeed.
    .-= Post terbaru DlrngMlrng di blog beliau.. Aku Tanya Aku Jawab : Girlfriend =-.

  13. rasanya pakai Twitter Tools la senang utk WP. auto tweet ke twitter dan siap ada sidebar widget. tak load slow mcm Twitter punya sidebar widget.
    .-= Post terbaru IcedNyior di blog beliau.. Paypal Blogger Dinner & South East Asia based site – Paypal Unbound =-.

    • @IcedNyior: ye ek? widget kt dashboard ke? x berape suke pkai widget yg tu.. xtau nape.. lebih suke insert pkai coding.. tp widget2 ni memberatkn blog btol.. x suke x suke.. hehe :tongue:

      • @Anarm, boleh je pakai coding. kalo tak silap dia 1 line je utk call twitter tu. blog aku pon tak pakai widget.

        Tapi twitter widget yg ko pakai skrang ni berat per :P

        • @IcedNyior: tu la pasal.. twitter widget mmg berat.. lupa nk buang ari tu.. dh buang dh..
          plugin tu pkai 1 line je nk call twitter? patut la x berat.. kene cuba try test ni.. thanks.. :happy:

  14. kalau gune wordpress lebih senang gune bird feeder
    .-= Post terbaru MrRollies di blog beliau.. Review Ringkas : Paranormal Activity =-.

    • @MrRollies: cara tu mungkin lg senang.. tp bird feeder tu plugin kan? kalo bleh nk kurangkn penggunaan plugin pada wordpress.. plugin byk sgt bleh efek pada performance blog..

  15. tapi kalau main bnda ni, tak rasa cam wat spam plak ke? hehe bygkan kalau 100 org autotweet, pnuh kt twitter tu..hehe
    .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. PERLU KE HIPOKRIT DEPAN BAKAL MENTUA? =-.

    • @x-po: aku rasa xde masalah.. update blog mungkin 2 3 4 kali je dlm sehari.. 2 3 4 kali je auto tweet.. lagipon aku tgk ramai yg auto tweet guna Twitterfeed.. fungsi Twitterfeed dgn feedburner ni same je..

    • @x-po, malas nak komen kat bawah2.. atas ni sudah.. erm aku pon salah sorang pgguna natang nih.. mmg best la.. slalunya aku akan tulis secara manual sekali dan auto sekali pada setiap kali aku update blog.. huhuhu :alien: :alien:
      .-= Post terbaru Luth Textile di blog beliau.. Majlis perkahwinan dulu VS sekarang =-.

Leave a Reply