Tengahari tadi semua staf ke Hotel Equatorial, Bangi untuk sambut ulangtahun kelahiran big boss Al Ansar Properties. Birthday party ni dirancang oleh Hj. Amir Hassan a.k.a Denaihati. Kitorang pun ada buat surprise juga.
Semalam kitorang dah pergi order kek besar yang ditulis nama 2 orang kuat syarikat iaitu Hj. Khanafi dan juga Denaihati. Denaihati dah rasa pelik bila dia baca ayat atas kek tiba-tiba ada tertulis nama dia sekali kat atas kek tu. Surprise!! Hehe..
Staf tak sempat nak sambut birthday Denaihati hari tu, sebab tu dibuat sekali dengan sambutan birthday Hj. Khanafi.
Birthday party kalau takde hadiah memang tak sempurna, kan? Denaihati ada bagi hadiah birthday kepada Hj. Khanafi.. termasuk aku dan seorang lagi member, Yusdi. Tak pasal-pasal aku pun terbabit sama dapat hadiah birthday dari Denaihati. Masing-masing dah kena surprise. Haha..
So, sambutan hari jadi tu dianggap buat untuk 4 orang. Gilir-gilir potong kek.
Lepas acara potong-potong kek, semua berselerak pergi ambil makanan. Makan buffet. Macam-macam jenis lauk aku ambil letak dalam pinggan. Makanan dia biasa-biasa je macam kat hotel-hotel lain.
Terlupa nak ambil gambar sebab masa tengah makan tu otak aku asyik fikir hadiah yang Denaihati bagi.
Balik office aku terus buka. Rupanya hadiah jam tangan! Macam tau-tau aku teringin nak pakai jam tangan. Baru je hari tu aku pergi tengok-tengok jam tangan dengan cik tunang. Terima kasih banyak-banyak Denaihati sebab bagi hadiah jam.
Dah hampir 10 tahun rasanya aku tak pakai jam tangan. Last aku pakai jam tangan masa zaman sekolah dulu. Lepas tu sampai kesudah tengok jam kat handphone je. Bila pakai balik jam tangan ni rasa semacam pulak. Rasa macam ada ‘alien’ kat tangan.. dan juga rasa bertambah kacak.
muahaha…samalah kita…
pernah sekali aje pakai jam tangan,lepas hilang tu terus tak beli y baru…
cukup tengok2 dekat hp je… :tongue:
Salam,
Selamat ulang tahun kelahiran big bos, moga panjang umur murah rezeki, alaaaa tak ajak pun kita ekekekee untung ler org tu dapat jam, ok kakyan teka no 2 dari kanan kot, ehhh hahaha
ko pakai mana-mana pun tetap rasa kacak maa.. :lol:
10 tahun tak pakai jam tangan? woooo… lama kot
rasa yang kaler hitam tu kan. wah jam tangan baru :lol:
tahniah….jeles sih :angry: heee
Ooo en anarm kije sekali ngn denaihati ekk..baru saya tahu..hehe
Emm aku tak kenal mana jenama jam ni..tapi aku rasa yang ada background hitam tu sebelah background kuning…hehehe
jam no 3 dari kiri ker bro?..jam tu mmg nmpk smart.. :)
Beruntung birthday bulan mei ni kan. hehehhe
Timex rasanya he3.. :tongue:
selamat hari jadi
Lepas ini boleh bergaya dengan jam baru. Jam tangan sangat diperlukan terutama selepas nikah. :-)
nak jgak hadiah
aku teka jam tag heuer tu
Semakin kacak bergaya abang kita dengan jam baru… hehehe ;D
hehehehe.. :tongue: