Bina Laman Profile di About.me

About.me

Korang dah tau tentang laman web about.me?

Bagi yang tak tau lagi, laman web about.me menyediakan perkhidmatan membina laman profile dalam satu page.

Laman profile korang tu boleh diisikan dengan info tentang korang dan juga pautan-pautan (link) segala jenis laman web atau social site seperti Facebook, LinkedIn, Twitter serta blog-blog kepunyaan korang.

About.me sesuai digunakan sebagai laman profile peribadi dan juga profile bagi sesebuah company.

Untuk mencantikkan lagi laman profile korang tu, korang bolehlah jadikan mana-mana gambar korang sebagai latar belakang atau background.

Penggunaan color pada teks juga dibenarkan. Font pon boleh diubah mengikut citarasa tetapi hanya boleh menggunakan font daripada senarai yang telah disediakan.

About.me juga menyediakan statistik jumlah pelawat yang dah tengok profile korang, dari mana diorang datang, dan apa yang diorang buat kat page korang. Menarik kan?

statistik profile about.me
CONTOH LAMAN PROFILE DAN STATISTIK

Daftar Profile About.me

So, tunggu apa lagi? Jom bina laman profile di about.me!

Laman profile aku dah siap dah. Korang boleh tengok di https://about.me/anarm.

Sila la komen profile aku tu ek. Jangan komen cakap smart, hensem dah la sebab yang tu aku dah tau dah. Aku memang hensem, memang smart. Komen benda-benda lain yang aku tak tau lagi ok? Hahaha..

39 Comments

    • @adele, bagi yg nakkan privacy dlm dunia internet mungkin tak sesuai kot buat benda ni.. tapi masih boleh menyamar.. dalam keterangan tentang diri tu boleh la tulis benda2 yang tak mendedahkan privacy sgt.. yang penting boleh letak link blog, twitter, facebook, dll.. senang skit nk promote kat org nanti.. hehe..

      about.me ni nampak professional.. boleh menarik perhatian orang.. tambah2 bg golongan yang buat bisnes..

  1. wah best r benda alah ney..
    siap ada statistik lagi..
    memng amat memudahkan kerja aku..
    thankz bro for sharing..:)

  2. Nice! Aku dah booking nama aku tu hehe nanti taklama lagi aku buat :) memang menarik weh domain dia , apsal la kita tak terpikir awal2 wakaka about.me :D

  3. menarik gak ni. boleh try…kot-kot ada aweq yang tercair dengan kekreativitian benda ni. hehehe. ayat terakhir ko tu memang best. ayat seorang yang berkeyakinan tinggi. wakakakaka :tongue:

    • @wazy, aku sebnarnya reserved nama Anarm.. bila dpt invite code, aku klik je die ckp ape ntah.. mcm dh ade org pkai code tu.. terus takleh pkai nama Anarm.. demm :angry:

  4. aku nak kasi link aku pun, malu. sebab background kosong. ada biography je. haha.

    btw, perkataan photogedik tu cantek bahasanya. :D

Leave a Reply