Bin-Bin Rice Crackers dan Nestle Bliss Yogurt untuk Sahur

Sahur pagi ni tiba-tiba rasa nak makan Bin-Bin Rice Crackers (emping beras jenama Bin-Bin), feveret aku masa study di Taiping dulu. Beli kat 7-Eleven tadi.

Kali pertama aku makan jajan bertulisan cina atau jepun ni (aku tak tau bahasa apa) rasa sedap pulak. Tunang aku yang bagi. Masa tu kitorang baru nak berkenal-kenalan.

Sahur Bin-Bin Rice Cracker Nestle Bliss Yogurt

Minuman untuk sahur aku beli Nestle Bliss Yogurt. Dulu sumpah aku tak suka giler yogurt. Rasa nak muntah bila masuk tekak. Tapi sekarang “I Heart Yogurt“.

Nestle Bliss ni dia jenis air, tak pekat macam yogurt dalam bekas kecik tu. Yogurt bekas kecik tu pon sedap juga.

Sebelum ni aku pernah try 2 minggu makan yogurt je, berat badan turun banyak. Takde rasa lapar, takde rasa kenyang sangat. Sesuai untuk diet. Tapi tak dapat maintain sebab godaan nasi terlalu kuat.

Akhirnya perut aku jadi boroi balik.

Berbuka dengan Minuman Yogurt Nestle Bliss
Minuman Yogurt Nestle Bliss untuk bersahur pun boleh juga

Esok aku tak tau nak makan apa untuk bersahur. Kalau hari-hari sahur makan biskut cicah air milo panas boring juga dibuatnya. Nak makan nasi, tekak ni tak berselera nak telan nasi pagi-pagi buta.

Tapi kalau duduk kat kampung boleh pulak aku telan nasi time sahur. Mungkin sebab kat kampung mak aku masak kot, jadi berselera sebab tak payah masak sendiri. Haha.

Lagipun mak aku masak sedap! Rugi kalau tak makan.

p.s. Ramadhan tahun depan sahur bersama isteri mesti best. Hehe.

14 Comments

  1. bin bin cracker tu banyak ajinomoto kan? Saya tak suka sangat biskut tu…

    Yogurt drink memang feveret saya…kekadang malas nak lunch saya minum yogurt bliss je

Leave a Reply