Hari ni kita lihat umat Islam ramai yang bergelumang dalam dosa dan terpedaya dengan nikmat dunia. Walaupun kita ni beragama Islam, tapi Islam hanya pada nama. Ajaran Islam tak banyak yang kita buat (dan ada juga yang tak pernah buat). Bila berseronok sampai kita lupa pada batas-batas dalam ajaran Islam.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a berkata:
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. – H.R al-Baihaqi
Nabi Muhammad SAW pun telah beritahu tentang perkara yang akan terjadi ke atas umat Islam. Hari ni, dah nampak perkara tersebut dah pun berlaku. Cara hidup umat Islam pada zaman ni dah sama seperti cara hidup orang kafir.
Adakah dengan cara hidup macam tu masih boleh dikatakan yang kita ni beragama Islam?
Sebagai umat Islam kita sepatutnya berpegang pada ajaran Islam. Tanamkan sifat cintakan Allah SWT dengan patuh kepada segala suruhan Allah sepertimana Allah mencintai kita dengan memuji, memberi pahala dan memberi keampunan kepada kita.
Cintakan Rasul sepertimana Rasulullah SAW mencintai kita, hingga saat akhir nyawa pun Baginda Rasulullah tinggalkan pesanan terakhir untuk umatnya kerana rasa begitu risau, bimbang kepada umatnya (iaitu kita).
Adakah wujud perasaan cinta sebegitu dalam hati kita? Tepuk dada, tanya hati.
Umat Islam sekarang dah semakin lemah. Kekuatan umat Islam boleh kita lihat pada masjid. Masjid dibina besar dan gah bagi menunjukkan betapa kuatnya umat Islam. Tapi sayang sekali masjid pada hari ni hanya dipenuhi umat Islam ketika hari Jumaat dan hari raya saja.
Pada hari-hari biasa, jarang kita lihat masjid dipenuhi umat Islam yang beribadah kepada Allah SWT.
Oleh itu, sempena hari Maulidur Rasul ni marilah sama-sama kita kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Tinggalkan segala nikmat sementara di atas dunia ni. Perbanyakkan amal ibadah di masjid secara berjemaah sebagai bekalan menuju kehidupan abadi di akhirat kelak.
Juga perbanyakkan kata-kata selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Bukan pada hari ni saja, tapi berterusan sehingga nyawa kita berpisah daripada jasad.
Semoga segala amalan yang kita lakukan itu akan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan dengan pahala yang banyak. InsyaAllah..
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.
Khiamat tidaknya dunia sebenarnya bergantung pada kita umat Islam, bila kita tetap memegang teguh agama Islam Insya Allah hingga 10.000 tahun pun bumi akan tetap aman dari khiamat
Jangan sampai Islam itu hanya sebatas sebagai identitas saja tapi juga harus bisa sebagai petunjuk hidup bagi kita di dunia fana ini
amat rugi saudara2 kita sekelian yang hanya tinggal nama nya islam tapi jiwanya tidak
terima kasih atas info
Ramai di kalangan kita sekarang sekadar “…jadi pengikut, bukan lagi penganut…”
contoh terbaik, tengok tv aje. banyak contoh.. :dizzy:
Salam maulidur rasul…ya benar….Semoga kita semua sedar akan hakikat keadaan sekarang…nama islam….cara barat…Sama-sama lah kita ingat mengingati….
salam maulidur rasul, mmg byk yg islam pada nama… moga kita semua diberi petunjuk oleh-Nya..
salam maulidur rasul,,,
ini sebab gaya agama ISLAM sendiri di Malaysia…
sekadar mengajar islam luar sahaja…
ajar zakat…ajar solat…ajar apa itu haji…
tapi mereka xmengajar mengenal ALLAH…
mengenal nabi muhammad..
mengenal MALAIKAT…
sepatutnya kerajaan kena buat sylbus ajar islam ISI…
sekadar ajar solat tapi dalam hati xteguh atau tiada akidah pada ALLAH tak guna…
sekadar sambut maulidul rasul tapi tak sayang,tak kenal rasulullah pun xguna…
sekadar kenal rasulullah dengar 2,3cerita dalam buku teks mengenai rasulullah anak2 muda xkan sayang rasulullah dihati.. sekadar dimulut je la cakap sayang
WALLAHUALAM
Salam Maulidur Rasul..semoga 2 parti politik melayu dapat bersama, baru keutuhan dan keislaman tidak akan dipolitikkan….
Salam Maulidur Rasul. Harap saya ditetapkan iman dan sentiasa mengingati Allah dan RasulNya.
salam maulidur rasul buat pemilik blog ini =)
Salam Maulidur Rasul..