AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Agama » Beradab Dalam Berdoa

Beradab Dalam Berdoa

04/09/2009 Anarm 12 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Beradab dalam berdoa

Berdoa adalah watak pembawaan manusia, yang dikembangkan oleh semua manusia, tidak memandang kelas, bahasa atau agama. Ramai orang yang mungkin telah kecewa bila doa mereka tidak mendapat hasil yang pasti.

Kemudian mereka mula merungut, mengeluh dan sebagainya sebab doa tidak mendapat balasan yang memuaskan hati.

“Berdoa adalah perilaku dari jiwa yang paling luhur dan dalam, dan akan tetap demikian selama dikehendaki Allah”.

Sebenarnya, seseorang tu perlu mempunyai ilmu bagi menyampaikan hasrat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Doa dapat memberi kekuatan, keberkatan dan keyakinan untuk mencapai apa yang kita hajati.

Doa juga dapat menghindari diri daripada sesuatu bala bencana dengan izin Allah SWT.

Namun begitu, untuk mendapat doa yang dimakbulkan oleh Tuhan, ada adab-adab yang perlu diikuti dan etika-etika yang tertentu dalam berdoa.

Adab dan Etika Dalam Berdoa

  1. Menjaga sumber rezeki seperti makanan, minuman, pakaian dan segalanya adalah halal
  2. Sentiasa dalam keadaan suci seperti berwuduk
  3. Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah SWT dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW
  4. Halakan wajah ke arah kiblat dan mengangkat kedua tangan untuk memohon doa
  5. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh serta penuh keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT dan memohon keampunan daripada-Nya
  6. Bersikap rendah hati, tulus ikhlas, rendahkan suara, khusyuk serta penuhi rasa takut, cinta dan rindu kepada Allah SWT
  7. Elakkan memohon doa perkara yang tidak munasabah atau tidak masuk akal. Antara pilihan doa yang baik untuk diamalkan sebagaimana Nabi Muhammad SAW membaca “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka“
  8. Bacalah doa dalam keadaan tenang dan nada yang rendah. Selalu ulangi doa tersebut.
  9. Pada waktu dan tempat yang mudah dimakbulkan seperti:
    • Satu pertiga malam
    • Malam lailatulqadar (sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan)
    • Hari Arafah (9 Zulhijjah)
    • Bulan Ramadhan
    • Antara azan dan iqamat.
      Ketika berhadapan dengan musuh dalam peperangan
    • Sewaktu sujud dalam sembahyang
    • Setiap waktu selepas selesai sembahyang fardhu
    • Ketika bermusafir
    • Sewaktu hujan turun
    • Ketika minum air zamzam (mengikut niat untuk meminumnya seperti untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan)
    • Ketika membaca al-Quran
    • Di tempat-tempat yang mulia seperti Masjidilharam, Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa
  10. Ketika berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa untuk berdoa untuk orang lain termasuk ibu bapa, keluarga, saudara seIslam, pemimpin dan bagi yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia
  11. Meminta orang alim atau mulia kedudukan dalam agama untuk kesejahteraan anda
  12. Jika anda mahu berdoa untuk orang bukan Islam, pohonlah agar diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Ia lebih baik daripada memohon keburukan berlaku ke atas mereka. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui
  13. Doa orang yang dizalimi dan dianiaya
  14. Banyakkan doa tatkala susah mahupun senang
  15. Mengakhiri doa dengan mengaminkannya

Janganlah selalu mengeluh, merungut dan sebagainya bila doa yang dipohon tidak mendatangkan hasil.

Segala doa semuanya akan berhasil dengan syarat anda tidak melakukan perkara-perkara yang menjadikan doa itu tidak dimakbulkan.

Perkara Yang Menjadikan Doa Tidak Makbul

Perkara-perkara inilah yang selalu menjadi punca doa tidak termakbul.

  1. Makan benda haram
  2. Tidak yakin doa dimakbulkan
  3. Mengakui keesaan Tuhan tetapi tidak menyempurnakan hak-hak sebagai hamba-Nya
  4. Baca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya
  5. Mengakui cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak mengikut sunnahnya
  6. Mahukan syurga tetapi melakukan perbuatan yang ingkar
  7. Takutkan neraka tetapi berterusan menjunamkan diri ke dalamnya
  8. Akui datangnya maut tetapi tidak pernah membuat persiapan untuk mati
  9. Asyik menyalahkan orang lain tetapi gagal melihat kelemahan sendiri
  10. Sentiasa menerima nikmat Allah SWT tetapi tidak mensyukurinya

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, dan juga di bulan Ramadhan yang teramat mulia ni, jom la kita sama-sama panjatkan doa memohon apa yang terbaik untuk diri kita dan juga untuk insan-insan lain di atas muka bumi ni.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Zakat Fitrah Satu Kewajipan

Kategori : Agama Keyword : adab, berdoa, musafir, neraka, ramadhan, sembahyang, syurga, waktu hujan

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
52 Tahun Malaysia Merdeka
Next article:
Twitter Bagi Aku Hadiah

12 Comments

  1. riska says

    25/11/2009 at 2:37 PM

    mohon doanya… agar sukses dunia akhirat… :wub:

    Reply
  2. Eriyza says

    07/09/2009 at 2:16 PM

    Allah suka pada hambanya yg meminta
    tp manusia benci pada manusia lain
    yg suka meminta. Jadi, berdoalah selalu.
    .-= Post terbaru Eriyza di blog beliau.. Laluan Pejalan Kaki Jadi Tempat Judi =-.

    Reply
    • Anarm says

      07/09/2009 at 4:55 PM

      @Eriyza: amin amin amin.. :smile:

      Reply
  3. Kill-Vearn says

    07/09/2009 at 9:11 AM

    perghhhhhhhhhhh ustaz anarm bersuara.. waakaka.. bagus2 aku respek ko tulis menda2 ilmiah mcm ni.. :heart:
    .-= Post terbaru Kill-Vearn di blog beliau.. How to Format Computer & Install Windows 7 =-.

    Reply
    • Anarm says

      07/09/2009 at 4:55 PM

      @Kill-Vearn: tulis bende ilmiah cmni terus dpt jd ustaz ek? hahaha.. aku tiru ko la ni.. ko wat pasal agama ari tu kn.. mane aci, aku nk jugak.. kehkeh :tongue:

      Reply
  4. haritz says

    04/09/2009 at 9:44 AM

    Doa yang baik dan tulus datang dari hati nurani bukan hati sanubari
    .-= Post terbaru haritz di blog beliau.. Minyak Angin Masuk Mata – Aduh!! =-.

    Reply
  5. putri says

    04/09/2009 at 8:40 AM

    amin…harap jgn alim ari jumaat je :whistle:
    .-= Post terbaru putri di blog beliau.. Calon Simpanan?? =-.

    Reply
    • Anarm says

      04/09/2009 at 8:56 AM

      @putri,
      entri yg ni bukan nk tunjuk alim ye..
      sekadar berkongsi dengan readers blog ni..
      untuk ingatan bersama :wink:

      Reply
  6. KNizam says

    04/09/2009 at 7:29 AM

    wahhhhh bagus2. pepagi dah baca pasal tazkirah
    pagi jumaat plak tuh. hehe :)
    .-= Post terbaru KNizam di blog beliau.. Daging Bakar Bazaar Ramadhan Melawati =-.

    Reply
    • Anarm says

      04/09/2009 at 8:56 AM

      @KNizam,
      hehe.. selamat membaca dan selamat beramal.. :happy:

      Reply
  7. x-po says

    04/09/2009 at 6:54 AM

    alimnya dia arini..sesuai jd calon suami ni..sape2 yg bkenan tu, cpt2 msk line, tu pun kalau brani nak face 2 face dgn awek dia.. :devil:
    .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. DASAR PENGECUT =-.

    Reply
    • Anarm says

      04/09/2009 at 7:02 AM

      @x-po,
      hahaha.. hari ni Jumaat, jd alim skit la..
      share bende2 berguna untuk peringatan sesama kita..

      kepada yg lain2, kalo ade ape2 yg salah kt yg aku tulih ni,
      sila komen dan bg pendapat ye..
      bak kata x-po ni, jgn jadi “dasar pengecut”.. heheh :tongue:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy