Beberapa hari lagi nak balik kampung isteri di Kelantan. Disebabkan nak jalan jauh, kereta kena servis dulu di bengkel kereta untuk elakkan daripada timbul sebarang masalah sepanjang dalam perjalanan nak ke destinasi.
Tayar pun nak kena tukar juga sebab aku tengok dah merekah. Tayar kereta merekah ni bila-bila masa boleh meletup atau pecah. Bahaya tu.
Biasa aku servis kereta di pusat servis Perodua. Tapi kali ni aku pergi servis di Bengkel Kereta Magnetise milik abang ipar aku yang terletak di Batu Caves.
Lepas-lepas ni akan servis kereta kat sini lagi. Daripada aku servis kat tempat lain, lebih baik aku support bisnes bengkel kereta abang ipar aku.
Tukar Tayar Kereta
Sebelum servis kereta, abang ipar aku bawa pergi kedai tayar dulu sebab nak kena tukar 2 biji tayar baru. Dia tolong dapatkan tayar kereta harga murah sikit.
Sebelum ni aku dah tukar 2 biji tayar sebab merekah teruk. Tak cukup bajet masa tu. Cuma dapat tukar 2 biji je.
Kalau ada bajet, aku dah tukar 4 biji terus.
Masa keadaan kereta tanpa tayar macam ni, abang ipar aku tolong check bahagian dalam tempat tayar tu. Katanya absorber dah bocor.
Adehh.. Nak kena tukar absorber baru pulak.
Tapi tunggu dulu lah. Minta tolong abang ipar aku carikan tempat yang harga absorber murah sikit.
Bengkel Kereta Magnetise di Batu Caves
Lepas dah siap tukar tayar baru, aku pergi semula ke bengkel kereta abang ipar untuk servis enjin pulak. Best sikit bawak kereta lepas dah tukar tayar baru.
Dah sampai bengkel, abang ipar pun terus tolong servis ganti minyak enjin dan check apa-apa yang patut.
Aku serah semua pada abang ipar aku nak buat apa dengan kereta tu. Aku tahu bawa kereta je. Pasal enjin ke apa ke, aku tak tahu langsung. Haha.
Sementara tunggu abang ipar aku siapkan kerja servis kereta, aku lepak kat ofis bengkel tu dengan kakak aku. Dia minta tolong tengok-tengokkan komputer yang asyik keluar iklan entah apa-apa kat web browser. Kena serang virus kot.
Benda senang. Sekejap je aku setelkan buang semua benda alah tu.
Lepas dah siap tengokkan komputer, aku turun bawah tengok keadaan kereta aku. Nak tahu juga benda apa yang perlu ganti baru, atau ada apa-apa masalah lain ke.
Abang ipar aku tolong check bahagian enjin kereta. Yang lain-lain ok katanya. Cuma bateri dah kurang power. Tengah ada bajet lagi ni, aku terus minta tukar bateri kereta yang baru.
Masa hantar servis di pusat servis Perodua sebelum ni memang diorang pun ada bagitau bateri kereta aku dah lemah.
Masa tu takde bajet, tak dapat la nak tukar. Nasib baik tak jadi apa-apa bawa kereta dengan keadaan bateri kereta lemah.
Dekat waktu Maghrib baru siap servis kereta aku sebab aku pergi sana pun dah waktu petang. Jumpa customer ONEXOX dulu sebelum pergi bengkel kereta.
Lepas siap servis kereta, terus aku pecut pergi stesen LRT ambil isteri aku balik kerja.
Siapa nak servis kereta boleh la pergi bengkel kereta Magnetise ni. Lokasi bengkel sederet Giant Batu Caves, dekat belakang Petronas.
Servis baik punya.. Harga pun berpatutan.
BENGKEL KERETA MAGNETISE
No. 29, Jalan Samudra Barat 3,
Samudra Industrial Park,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-6177 1273
Facebook : Bengkel Kereta Magnetise
Assalam..tahniah tuan..
Kami berdekatan dengan bengkel abang ipar tuan.
Boleh kenal2 share info. InsyaAllah..
perkembangan dunia otomotif di era seperti ini memang sudah sangat pesat, hehe
bearti bangus sangat bengkel kereta ini ya tuan?
nasib baik bro ada bengkel famili..bagus sangat tu untuk mengelakkan kena sembelih oleh mereka yang tidak bertanggungjawab
kalau balik kampung , memang kena servis keta elok2. Lagi2 perjalanan jauh ke Kelantan. Baik beringat sebelum berlaku apa2…=)
Salam ukhuwah. Safety dan security penting dalam pemanduan. Sampai masa perlu servis, kena servis.
Tang battery tu memang kena jaga la..saya dah dua kali tak leh start.. mujurlah kat rumah.. satu lagi kat petronas.. haha..
bila baca enrty baru teringat dah lama tak servis kereta. huhu, esok pula nak jalan jauh.
Dah lama menyepi bos, busy bisnes ke sekarang ni
Bestnya ada ahli keluarga yang tahu pasal repair2 kereta ni.
Selalu suami buat semua. hehe
Seronok kan ada family yang serba tahu pasal kereta ni. Nak2 ada bengkel sendiri. Memang terbaiklah. Kalau dekat dah hantar dah kereta kat sana
kt batu caves yer bengkel nih
Penjagaan kereta ni penting, bukan setakat tukar minyak enjin sahaja. Kadang-kadang kalau ada sedikit kerosakan tertentu tetapi dibiarkan, lama kelamaan akan menyebabkan kerosakan di bahagian lain pula.
Nampak bengkel ni di Batu Caves :)
Sepertinya tulisan ini sekalian review terhadap jasa bengkel yang sudah diberikan ya? Btw, salam kenal dari #BloggerKalimantan :-)
kadang tu kita tak de pilihan sebab tak tahu kedai lain, kena pandai survey juga kan.
thanks, sudah berbagi,
bisa jadi opsi nih..
dekat je dgn rumah saya
Kalau ada bengkel, memang jadi port lepak aku la.. ahaha
kereta aku pun dah nak kena servis tuh
Banyak kelebihan kalau ada anak beranak atau saudara mara punyai bengkel kereta. Sekurang2nya time breakdown boleh call dia orang tanya apa2 yang berkaitan pasal kerosakan. Takderlah kena ketuk harga
Komen pertama di sini dan salam perkenalan tuan.
kereta sangat penting tapi saya pun main bawa je. sebab tu penting ada ahli keluarga yang celik pasal kereta ni dan boleh tolong advise mana yang patut.
haa dekat je bengkel kereta ni..boleh masuk dalam list..
Support family business :D itu memang terbaik
baca entri ni baru teringat.. dulu main bawah je. last last tayar rosak merekah.. nasib baik tak ada apa apa.
sekali p servis semua skali.
biasa cek minyak hitam ngan air je. hahahaha