Hujung bulan ni InsyaAllah aku akan join satu kelas belajar grafik Photoshop iaitu “Bengkel Grafik Hero” anjuran World Designer. Nak tambah lagi ilmu Adobe Photoshop.
Walaupun aku dah tahu cara buat grafik design menggunakan Photoshop, tapi rasa macam belum cukup mahir dan belum cukup power lagi skill dan teknik yang aku ada.
Aku daftar untuk join Bengkel Grafik Hero ni sebab dahagakan ilmu reka bentuk grafik yang lebih power lagi. Aku memang minat buat grafik design dan minat semua benda yang berkaitan dengan grafik.
Kerja sekarang pun dalam bidang rekabentuk grafik.
Dah lama aku tengok hasil-hasil kerja design oleh team World Designer ni dan aku rasa kagum dengan hasil kerja diorang. Memang smart giler lah!
Bengkel Grafik Hero tahun lepas aku tak sempat nak join. Nasib baik World Designer anjurkan bengkel lagi tahun ni.
Cepat-cepat aku daftar nak join kelas. Harap dapat menimba lebih banyak ilmu dan teknik dengan mereka yang pakar menghasilkan grafik design yang “EYE-Catching” menggunakan Adobe Photoshop.
Sambil-sambil tu aku nak asah skill dan belajar untuk hasilkan grafik design yang lebih terbaik dan lebih memukau.
Bengkel Grafik Hero
Bengkel Grafik Hero akan diadakan selama 2 hari dan dapat belajar dari tahap Beginner hingga ke tahap Advance. Antara yang akan diajar ialah tools penting dalam Photoshop, teknik pemilihan warna, teknik susun imej, hasilkan kesan khas dalam grafik design, pemilihan jenis font, cara pantas hasilkan design yang terbaik, yang ‘convert‘, dan macam-macam lagi.
Pelaburan untuk ilmu tak pernah merugikan. Setinggi mana pun bayaran yang perlu dikeluarkan untuk menuntut ilmu, sebenarnya tinggi lagi nilai pulangan yang akan kita terima kelak. Jangan berkira sangat untuk menuntut ilmu.
Semoga pelaburan demi memantapkan ilmu untuk menguasai Adobe Photoshop ni dapat beri banyak manfaat dan akan bantu aku dalam setiap urusan selepas ni atau di masa-masa akan datang. InsyaAllah…
UPDATE: Bengkel Grafik Hero yang seterusnya akan diadakan pada bulan Januari 2015. Siapa tak sempat join bengkel kali ni bolehlah join bengkel yang akan datang.
Mmg show gile gmbr gmbr dia..
hebatnya designer ni, buat servis lepas tu buat seminar.
fuhh..aku hanya sijil kemahiran er dalam bidang graphic, sekarang ni rasa nak tambah ilmu lagi
wow mcm menarik je bengkel grafik ni. Dulu masa belajar mmg amik graphic design tp keje xde related pun sbnrnya. Mmg teringin sgt nk belajar photoshop nk asah skill ms study dulu. Seronok tgk design yg power ni. Skrang pun bt design yg simple2 je klu ade yg request la.
Kalau nak asah balik skill dan tambah ilmu lebih sikit, boleh join kelas Grafik Hero akan datang, Januari 2015..
Grafik cantik dan menawan serta berkualiti mampu menjana kedatangan trafik ke blog kita mencanak2 nonstop…
Berapa harga kursus per entri?
Ye berminat jugak…camane nak join sekali ye?
wah macam menarik je belajar grafik…nanti ajar le skit nakbuat design yg lawa2
Saya salah seorang peminat grafik, insyaallah kalau ada masa nanti akan join aktiviti-aktiviti pembelajaran macam ni..
ada peluang nak join juga bengkel ni…minat juga buat grafik ni tapi masih beginner lagi….huhu
Kalau minat buat grafik boleh join kelas ni. Diorang akan ajar dari tahap beginner sampai advance. Ada yang tak pernah guna Photoshop pun dah boleh buat design smart..
Bagus kalau dapat belajar Photoshop lebih tinggi lagi. Saya setakat nak buat tulisan cantik tu bolehlah, tapi kau design yg power spt di atas memang tsk reti .
Wah… Boleh la nak dapatkan servis design logo dan bisnes kad dari Anarm nanti.
InsyaAllah, boleh je buat servis design logo dan bisnes kad..
wahhhh..cantiknyer design2 tu..ada peluang kena belajar jugak ni..hehe
Bestnya Kalau boleh pegi kelas Photoshop ni..byk benda blh belajar
lawo2 design nih… boleh join nih nanti2.
Lepas nie,mesti skill tuan dalam design bertambah mantap.InsyAllah
InsyaAllah.. Harap-harap macam tu lah. Memang tujuan utama utk tambah skill buat grafik design. Sebab tu nak join kelas ni.
dah lama saya berminat untuk dapat peluang belajar daripada otai photoshop ni. Tapi peluang susah nak dapat.
Peluang memang susah nak dapat. Tapi bila dah ada kena rebut peluang tu cepat-cepat. Sesetengah peluang dia datang sekali je. Rugi kalau tak ambil peluang yang ada.
Ada peluang macam ni memang tak boleh dibiarkan je…banyak benda-benda baru untuk memantapkan skil yang sedia ada.
Betul tu. Peluang yang ada kena terus rebut, tak boleh biarkan je. Kalau tak mungkin lepas ni peluang tu tak datang dah.
ok lepas ni boleh ajar aku..yahoo….
grafik design ni aku kena tinggalkan pelan pelan..ehee..cuma nak lebih kepada fotografi je skang..tak larat nak mengadap karenah customer.:D
Karenah customer bab fotografi tu ok sikit ke daripada customer grafik design? Nak kena belajar fotografi pulak nampak gaya ni..
ye beb..fotografi lagi best dan enjoy..daripada grafik design, agak pening kepala depan pc/laptop..lau gi majlis kahwin, awek cun tu kompem la selalu ada..ngeh ngeh
Awek cun?! Macam menarik je.. Haha..
terlebih menarik bro..siyes..gua tak tipu..manja plak tuh..hnsfff
bagusnya la dapat belajar benda2 gini.semoga bertambah ilmu yang ada..:)
InsyaAllah. Terima kasih.. :D
jumpa di sana ye blogger anarm :)
Join Bengkel Grafik Hero jugak ke?
Jumpa sana nanti.. :D
Pelaburan yang berbaloi. Returnnya juga akan berbaloi. :0
Pelaburan ilmu memang menguntungkan. Itu pun kalau kita amalkan lepas belajar. InsyaAllah returnnya akan berbaloi baloi..
Best la bro.hehe. nanti aku nak baca pasal artikal ni lagi. hehe. suka design2 dari mereka ni.hehe
Aku pun suka tengok design2 diorang. Nampak je diorang buat kelas terus register. Harap2 lepas ni dapat hasilkan design yang cantik2 macam diorang buat..
Terbaik bro, lepas ni nanti ajar aku plak… nak gak tahu teknik2 power ni.
Orait.. Boleh je nak ajar kawan2..
perrghh makin mantopla pasni…pasni ajarin gue pulak ea~
Lepas habis kelas Grafik Hero nanti tunggu aku buat kelas pulak. Haha. Macam power je nak ajar orang. Kih3..
betambah power la mu lepas ni ye
Aminn. Dah power nanti senang sikit nak buat design.
aku dapat tahu yang basic-basic pun cukup la. hehe
Tahu yang basic-basic pun dah cukup sebenarnya nak buat design. Selebihnya bergantung pada idea2 yang kreatif.
ada tengok iklan bengkel ni dari IM tempatan. semoga dipermudahkan
InsyaAllah. Dah lama teringin nak tambah ilmu Photoshop. Akhinya tercapai juga hasrat. Alhamdulillah..