Hari tu aku beli perkakas dapur secara online. Sekali order terus ‘angkat’ 4 barang. Kotak besar dah pun sampai kat ofis aku baru-baru ni.
Ramai juga kawan-kawan yang cuba teka barang dalam kotak tu. Susah-susah je korang teka. Bukan dapat hadiah pun. Haha.
Beli Perkakas Dapur Secara Online
Berbaloi beli perkakas dapur secara online sebab harga lebih murah. Boleh bandingkan sendiri harga barang-barang yang dijual secara online dengan yang dijual di kedai-kedai biasa atau pasaraya.
Aku dah compare harga dulu sebelum pilih untuk beli melalui internet.
Kedai online pilihan aku — Lazada Malaysia. Sebab harga barang-barang yang dijual di Lazada sangat berpatutan.
Penghantaran pun cepat dan pantas. Barang yang diterima biasanya dalam keadaan baik kerana dibungkus dengan sempurna.
Dari segi pembayaran, boleh guna Credit Card atau Debit Card, COD atau online banking melalui Maybank2U, CIMB Clicks dan lain-lain bank.
Bayar guna PayPal pun boleh.
Abaikan gambar badan tough di atas. Sampai rumah tak sabar-sabar nak bukak kotak, terus suruh isteri aku ambil gambar dulu.
Besar kan kotak dia? Tapi ada 4 barang je dalam kotak tu.
Antara perkakas dapur yang aku beli dari Lazada Malaysia ialah Periuk Nasi dengan Pengukus.
Dah lama isteri aku minta belikan periuk nasi baru sebab periuk nasi lama dah rosak. Tiba-tiba je terbakar.
Bila aku survey harga periuk nasi di laman web Lazada, tengok harga dia memang jauh lebih murah berbanding yang dijual di kedai biasa.
Aku beli yang ada sekali dengan steamer (pengukus). Boleh wife aku guna steamer untuk buat sweet corn.
Barang kedua aku beli – “Slap Dice Mince Chop“. Kegunaan dia untuk cincang sayur-sayuran, bawang, buah-buahan, keju dan benda-benda lain yang boleh dicincang.
Dengan benda ni kerja-kerja mencincang di dapur menjadi lebih mudah.
Lagi dua barang ialah peralatan dapur Doughnut Cutter dan Acuan Kuih Bahulu. Lepas ni hari-hari boleh makan kuih bahulu dengan donut.
Jumlah harga semua barang yang aku beli lebih kurang RM100 dan penghantaran adalah PERCUMA. Tak dikenakan sebarang caj lain.
Paling best, harga jadi lebih murah bila beli menggunakan voucher diskaun.
Shopping secara online di Lazada menjimatkan masa, jimat duit minyak kereta dan tak perlu beratur panjang untuk bayar barang yang dibeli.
Memang memudahkan urusan pembelian. Hanya perlu login ke akaun, pilih barang yang nak dibeli, buat pembayaran dan tunggu barang dihantar.
Dalam tempoh 1-3 hari, barang yang dibeli tu akan sampai depan pintu rumah.
Jom shopping online di Lazada Malaysia. Jangan lupa daftar newsletter Lazada untuk dapatkan lebih banyak tawaran penjimatan.
saya cari acuan bahulu kat lazada tp xde pun.huhu
Saya nak beli online dari lazada tapi saya tak pandai……macam…mana…cara…nak….beli….
Boleh rujuk artikel ini : Cara Beli Barang Online di Lazada
patutlah ada referal dari blog abam anarm… tq bro..hehehe
salam..
http://emall.houzdepot.com/v/search-product?keyword=blender&x=0&y=0
yg ni link houz depot online, ak bru nk menjinak dlm online ni, mcm lagi murah ke kat sini ?, ade tk ko wat survey kt sini, share sikit, thanks bro.
ps:// aku tgk beze blender dye tu mcm lgi murah kt sini same brand la, n dr segi discount dye mane lgi benefit n kos penghantaran. ce cite ce cite.
Waalaikumussalam..
Setakat ni tak pernah lagi shopping online kat Houz Depot tu.. Ini pun baru tahu pasal web tu.. So tak tahu nak cite macam mana dari segi harga, diskaun, kos penghantaran dan lain2..
Tengok macam menarik je barang2 kat situ.. Boleh try shopping..
okay, terbaik…tgk ah dulu, n try beli, kut leh share lgi kt blog ni. i follow~…
berapa lama untuk barang tu samapi ke tangan kita?
2-3 hari saja barang akan sampai ke tangan..
belanja secara online sudah menjadi hal yang umum saat sekarang ini
rasanya barangan elektrik semua dah complete, tengok ler kalau ada gadjet @ apa yang berkenan boleh order di LAZADA……
Sekarang banyak orang mulai beli2 secara online, terus terang kalau beli peralatan dapur dan keperluan sehari2 belum pernah ni, Insya Allah akan coba juga…
zaman minyak tengah menaik nih, apa benda boleh beli online, gunakan je lah…jimat minyak, hati pun senang…
senang sekarang, boleh beli barang perkakas dapur secara online….
Baru lepas shoping Kualai Ajaib hari tu tak sampai 48 jam dah dapat.
ternyata beli online dari lazada lebih muda sekarang..
yang slap chop tu nmpak menarik
banyokkkk nya shopping… periuk nasi ada steamer mmg bagus. 2 dlm 1. tapi kan, pandai pulok periuk nasi tu terbakor, saje jer kan.. hahaha….
p/s : tq komen di blog jaa!
http://www.jaakechik.com
tawaran sampai 50%, dah lah murah cepat sampai pulak.
Murah tu kalau harganya RM100, silap taip ke bro…saya andaikan RM1000 untuk 3 barang. Bagus tu beli secara online…penghantaran percuma lagi. Dapat diskaun guna Shopper Voucher. Kalau guna My Lad Smarty Shopper boleh ke?
salam. 4 barang rm100 oklah tu semua benda dpt hee..jimat dan menguntungkan.saya setakat ni blum pernh beli brg2 dapur secara onlie. klu barg2 lain tu pernalah
Habis pakat purchase online semua sekarang nih…!
wahh mantop tu terus sampai 4 barang diorder :)
Lepas nei confirm jadi VIP CUSTOMER Lazada…. rajin shopping ngan diorang
Untunglah kalau dapat jadi VIP Customer. Mesti layanan baik punye. Pagi order, tengahari barang sampai. Haha..
Bro Anarm…Lazada ni dia guna syarikat kurier apa ye untuk hantar barang?
Lazada guna kurier GDex dan TA-Q-BIN.
Ok..terima kasih..saya tanya tu sebab ada sesetengah syarikat kurier yang macam sengaja malas nak hantar barang ke rumah padahal rumah saya bukan di area pendalaman pun..ada banyak kes saya ada kat rumah tapi diaorang kata ada orang dah datang nak hantar barang tapi takde orang kat rumah..lepas tu sorry note pun diaorang takde tinggal..tiba2 seminggu lepas tu call saya suruh ambik barang..siap cakap lagi kenapa tak datang ambik barang awal..sebab tu saya jenis memilih jugak syarikat kurier ni..
Thanks for the info..lepas ni boleh la try shopping di Lazada ni..
Ooo.. Pernah jugak kena macam tu. Tapi setakat ni dengan kurier GDex dan TA-Q-BIN tak pernah lagi jadi macam tu. Biasannya orang yg hantar tu akan call kalau takde orang kat rumah/pejabat.
perghhhh borong sakan!!!
Aku pun nak beli jugak la bro
Takada ni jenama dari negara mana bro? Ada disertakan sekali Warranty card tak?
Takada jenama dari Singapore. Warranty card ada. Apa2 masalah boleh berurusan dengan Lazada. Nak terus dengan pengilang pun boleh.
Bagus betul siap packing macam tu. Memang rasa selamat la kan. Nak kena usha jugak ni mana tau ada barang yang berkenan.
Selamat mengusha.. Ada barang berkenan terus beli je sebelum habis stok.
mcm2 brg ada kt lazada ni yer
Yup. Macam2 barang ada kat Lazada. Boleh la tengok2 barang mana yg berminat, pastu terus beli. Harga memang lebih murah berbanding kat kedai.
ini mmg betul2 memikat ni…(bukan gambr badan tough tu…hehehe)
dah tgk dah..mmg murah…bahaya bahaya
Badan tough tu sape2 tengok pun akan terpikat. Wahahahaha..
Memang murah barang2 kat Lazada. Sebab tu aku suka shopping situ.
em..nanti aku try tengok..external hard disk ada tak?
External hard disk ada jual jugak kat Lazada. Aku tengah tengok2 external hard disk jugak ni kat web dia.
Tengah nak tunggu barang lazada nie
Qah macam tak percaya jer semua barang tu boleh dapat pada harga RM100 sahaja.
Memang berbaloi membeli-belah di Lazada…
RM100 kalau pandai pilih barang memang berbaloi. Ingat nak beli periuk nasi yang harga RM100. Memang smart periuk nasi tu. Tapi fikir2 balik beli periuk nasi biasa jela. Lagipun jarang masak nasi.
Sebab tu dapat beli benda lain lagi dengan baki duit lepas beli periuk nasi tu..
Shopping voucher tu boleh guna dengan pembelian rm100 ke atas je ke?
Shopping voucher ada jugak untuk nilai pembelian lain. Aku beli ni guna shopping voucher + tambah duit sendiri sikit = RM100 lebih kurang..
Shopping RM100 dapat penghantaran percuma. Kalau shopping sikit biasanya kena caj untuk penghantaran.
Wah besar periuk nasi elektrik. Boleh ajak kawan-kawan datang makan. :-)
betul tu.
kena try masak nasi penuh-penuh guna periuk nasi baru tu and jemput kawan-kawan makan
ni semua komen yg best! hahaa
Berkesan tak slap chop tu erk? macam berkenan jer nak beli gak… huhuhu
Berkesan jugak untuk cincang sayur-sayur, bawang, buah-buahan. Mata pisau dia pun tajam. Guna pun senang. Main tekan-tekan je.
“Berkesan jugak untuk cincang sayur-sayur, bawang, buah-buahan. Mata pisau dia pun tajam. Guna pun senang. Main tekan-tekan je.”
ape mksud “jugak” tu bro, ade kelemahan tk….
slap chop tu dye jual harga brape, tgk kt fb , ade jual 50riggit.
Kelemahan dia cuma penat nak tekan2 je.. Hee.. Setakat ni guna memang OK.. Harga slap chop kat Lazada.com.my sekarang RM17 je..
nape tgk td 39 hinggit, leh bg tk link 17 rgt tu..tq.
Sorry.. yang RM17 kat Lazada tu dah habis stok rupanya. Tinggal yang RM39 je.. Slap Chop + Cheese Grater.. http://bit.ly/slapch0p
tak pernah lagi beli barang2x dapur secara online..tggu kahwin baru beli gaknya..haha
Orang dah kahwin kena ada set lengkap peralatan dapur. Kalau bujang lagi rasanya tak perlu kot, kecuali memang banyak habiskan masa memasak kat dapur. Alat cukup lengkap baru best sikit nak masuk dapur, memasak.