Sebelum ni barang pembelian pertama di Superbuy berjaya sampai ke tangan aku tanpa sebarang masalah. Sampai on time sepertimana yang dijanjikan. Terbaik!
Minggu lepas aku shopping online lagi dengan Superbuy. Dah macam ketagih pulak shopping online kat Superbuy ni. Hehe.
Barang yang aku beli kali ni kecik dan murah sikit berbanding barang pertama dulu.
Beli Barang dari Superbuy, Tapi Lambat Sampai
Tapi yang tak bestnya barang yang dibeli kali ni sampai lambat. Itu pun lepas aku ‘chatting’ dengan online support Superbuy semalam baru diorang hantar barang yang aku beli.
Kalau tengok pada shipping info yang ada disertakan dalam laman web Superbuy.my, barang yang aku order dalam kategori barang yang tempoh penghantarannya hanya 1-2 hari bekerja.
Tapi tak kisah lah lambat pun asalkan barangnya selamat sampai.
Barang yang dibeli dari Superbuy ni baru saja sampai ke tangan aku pagi tadi. Keadaan barang adalah sangat baik dan sempurna sifat. Good job Superbuy, walaupun lambat sikit kali ni.
Tapi takpe. Mungkin ada masalah tertentu dengan barang yang aku order yang tak dapat dielakkan sebab tu terlambat.
Dalam kepala otak aku sekarang ni ada lagi beberapa barang yang aku nak beli. Next time nak beli banyak sikit barang.
Harap-harap pembelian seterusnya dengan Superbuy takde masalah lambat lagi.
Superbuy.my adalah salah satu kedai online yang boleh dipercayai bagi korang yang nak shopping beli barang secara online.
Maaf..sekadar ingin bertanya….superbuy nie syrkt Malaysia ke??… :unsure:
@Proactol Review, Ya.. Superbuy ni syarikat yang berdaftar di Malaysia.. Office Superbuy terletak di Puchong.. Contact Superbuy..
@Anarm,terima kasih di ats respond saudara… :wink:
@Proactol Review, Sama-sama.. :happy:
Errrmmm. X pernah try lg beli ngan superbuy ni. Sblm ni beli ngan lelong jer
@sohoque, Superbuy ni dia associate with Lelong.com.my..
hang beli apa ni??
@titan, aku beli barang untuk laptop..
Banyak order kot lambat sampai. hehe =)
@Izzat Eshak, order 1 barang je setiap kali online shopping kat situ.. tak pernah lagi order banyak2..
saya mahu cuba beli dari SuperBuy lah juga, sebelum ni cuma kerap beli dari iPmart dan Lazada.
@iAwani, iPmart dan Lazada tak pernah try lagi shopping kat situ.. setakat ni hanya pernah beli online dengan Superbuy dan Lelong je..
mesti dorg pentingkan orang cina kot ..sbb nak raya cina..tu pasal lambat..haha
@syaifuddin alias, tak tau la.. tapi dia dah bagi tempoh2 penghantaran untuk setiap barang.. kita follow yang tu jela.. kalau dah lama sangat nak hantar, kena la contact diorang terus untuk tanya..
setakat ni superbuy tak menghampakan.. barang2 semua original.. terbaik!!
Shoping via online memang menyeronokan,terlepas dari beberapa kekuranganya seperti yang dialami saudara anarm keterlambatan dalam penghantaran barang,keadaan barang yang tak sama persis dengan diskripsi dan sebagainya.
@centaniaga, barang lambat hantar dan keadaan barang yang tak sama dengan apa yang dilihat tu memang salah satu risiko kalau shopping online.. tapi tak menjadi masalah sangat sebab semua tu kita boleh complain.. kalau ada kerosakan pada barang, pihak mereka boleh tukarkan dengan barang baru..
Terkadang ada beberapa hal yang bisa menyebabkan pengiriman barang yang telah kita beli bisa terlambat sampai di tangan kita para pembelinya.
@Blog Keperawatan, betul tu.. kalau pengiriman barang tu terlalu lama untuk sampai, harus contact dan tanya tentang barang tersebut..
Sibuk nak sambut cuti Tahun Baru Cina kot. :-)
@akubiomed, mungkin kot.. tapi takpe.. barang dah selamat sampai.. cuma lepas2 ni kalau terlambat lagi kena inform kat diorang.. dah tau dah trick dia..
Baru baru ini saya beli jam dari Superbuy. Mengikut website itu ada stok dan penghantaran dalam 2-5 hari. Sekarang dah masuk 2 minggu masih belum dapat barangnya. Berkali-kali contact support service. Cuma sekali dapat balasan yang mengatakan masih menantikan barang dari warehouse. Very poor support service. Sy ada komen di superbuy website tapi tidak disiarkan . Mereka cuma siarkan review yg baik saya. This is the first time and the last time i shop at Superbuy.
bahaya nih.. sume benda nk beli online.. :pinch:
@Suraya, dah ada kemudahan, guna jela.. takyah susah2 gi kedai.. kalau gi kedai nak kena cari parking lagi.. buang masa.. hehe.. :P
@Anarm, salah parking nanti kena saman pula, kan kan..
*takpe anarm aku backup kau…hehe
kena tukar nama tu siputbuy pulak hehehe
@auc, ada servis yang lagi siput kot berbanding superbuy.. hee. best shopping kat superbuy. beli barang besar sebelum ni 2 hari je dah sampai dah.. yang terbaru ni entah kenapa Superbuy terlambat hantar pulak..
Habislah anarm dah ketagih…tolong bantu dia.. *aku jeles sebenarnya*
@ejam, memang ketagih dah kot beli barang kat superbuy tu.. hahaha.. tapi kena kira2 duit jugak la kalau nak beli apa2.. kang tak cukup duit pulak nak buat belanja benda2 lain..