Alhamdulillah, bungkusan besar barang yang aku beli melalui kedai online Superbuy.my dah selamat sampai. First time aku beli barang secara online di Superbuy.
Mula-mula tu rasa takut-takut jugak. Maklum sajalah sekarang ni banyak kes penipuan jual beli dalam internet.
Bila aku baca review pengalaman rakan-rakan blogger yang pernah shopping online di Superbuy.my buat aku rasa yakin sikit.
Beli Speaker Edifier di Superbuy
Untuk cubaan kali pertama beli barang secara online di Superbuy, aku beli speaker jenama Edifier untuk laptop aku.
Beli yang harga murah je. Nak beli yang mahal takut timbul apa-apa masalah nanti rasa menyesal pula.
So, aku testing dulu beli yang murah.
Aku order speaker Edifier dan buat pembayaran pada 17/01/2013. Esoknya, 18/01/2013 pagi-pagi lagi barang tu dah dihantar sampai ke alamat ofis aku.
1 hari je menunggu. Cepat jugak Superbuy ni hantar barang. Ni yang buat aku rasa nak shopping online lagi dengan Superbuy.
Nak beli apa pulak ye?
Dah lama teringin nak beli speaker untuk laptop aku. Akhirnya berjaya juga dapatkan sebiji speaker yang besar. Baru lah sedap sikit nak buat kerja kat rumah sambil dengan lagu.
Tadi aku dah try main lagu dengan full volume. Rasa bergegar seluruh rumah aku ni. Walaupun speaker murah je tapi tak sangka sound dia sedap jugak.
Harap-harap jiran tak marah aku pasang lagu kuat-kuat tadi.
serik dgn superbuy….
x profesional…
sepatutnya mereka check dulu stock ada tak kat warehouse… bukan hantar quatation terus pada sy…. bila dah bayar bg email suruh tunggu lg 3 minggu…. mintak refund balik dh masuk 2 minggu x dapat balik
salam bro, cambest je dpt beli online dgn offer cambest. cuma sy tertanya, bagaimana dgn warrenti, adakah anda masih peroleh warrenti sama seprt jika dibeli dpd kedai. cth kad warrenti setahun dicop ke… :pinch:
@Hassan, Superbuy.my ada nyatakan yang semua barang diorang jual adalah 100% original. Dari segi warranty boleh claim dengan pengeluar produk kalau ada apa2 masalah. Kalau beli gadget ASUS contohnya boleh warranty kat mana2 Asus Centre.
Takpun boleh cuba deal dengan Superbuy sendiri untuk warranty tu sebab ada terbaca kat internet sebelum ni, Superbuy bertanggungjawab dgn produk2 yang diorang jual kalau ada kerosakan semasa guna. Cuma saya tak pasti macam mana.
Setakat ni takde pengalaman lagi claim warranty untuk barang rosak. So tak dapat nak bagi info penuh tentang isu warranty ni.
Bro masa mula2 beli dekat superbuy nie adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 he..23x tengah ada promosi time tue
Kim salam salam Maizatul.
Setakat hari ni mmg superbuy jd rujukan sblom beli brg kat kedai utk banding harga. Handphone pernah beli 2 kali dr mereka ternyata cepat dan selamat sampainya.
wahh..rajin membeli ye. hehe..
Pernah beli dgn Superbuy dlm 2-3 kali jugak kot. Superbuy ni reliable sikit psl sape2 yg nak jual kne verified akaun pakai IC. Polisi saya tak beli barang yang lebih RM 100 online. Tp pernah sekali try beli barang yg harga more than 500 kat Superbuy ni. Haha. Servis mmg superb!
Ni yg rasa nak try jugak ni…hehe
Belum punya pengalaman membeli sesuatu secara online pula.
Speaker besarnya bisa untuk menemani kegiatan di laptop pula itu
wah.. besar gila… harga 50 lebih je.. mantap..aku igtkan tab yg ko ckp nk beli tu..
@Jaws, tab tu taktau lagi nak beli ke tak.. tengah fikir2 lagi..
Belum ada pengalaman membeli SupeBuy. Kalau Lelong, Mudah memang biasa.
@akubiomed, kat Mudah pun aku pernah shopping situ jugak dulu.. tapi Lelong tak pernah lagi..
kak jie dah 4-5 kali beli dg superbuy sebab sistem di lebih dipecayai
penjual perlu hntr salinan kad pengenalan utk pengesahan
bukan tak ada kes penipuan ttp pihak superbuy telab ambil langkah pencegahan dari awal
org nak menipu ni mcm2 cara dia akan buat
@Kujie, ok la kalau macam tu sistem yang superbuy guna.. baru la rasa yakin nak shopping kat situ.. lain kali boleh beli barang lagi dengan superbuy.. best plak shopping online.. hehe..
aku belum pernah beli online lagi untuk gajet, tapi macam menarik pula pasal superbuy. semua duk cerita pasal superbuy je. hehe
@Mohd Isa, next time aku nak try beli yang mahal pulak.. setakat ni aku baca review2 blogger lain, semua cakap Superbuy boleh dipercayai.. barang pun hantar cepat dan in good condition..
@Anarm, ko nak beli apa plak yang mahal tu? hehe
@Mohd Isa, aku tengok superbuy offer galaxy tab 10.1 macam menarik je.. plus dapat 3 free gift (samsung ES90 camera + tablet holder + cyberclean cleaning compound)
@Anarm, ko nak beli tab 10.1 plak ke? aku punya dah nak jual pun. rajin hang…hehe
@Mohd Isa, planning je.. taktau lagi nak beli ke tak.. takpon tunggu offer yg lain dari superbuy..