Semalam dan hari ni berlangsung Kelas Belajar Blogging Guna WordPress anjuran Akademi Denaihati sesi September 2013.
Semalam dah selesai ‘Junior Class’ untuk mereka yang baru belajar buat blog WordPress. Hari ni pula diadakan ‘Master Class’ bagi blogger pengguna WordPress yang ingin menajamkan lagi skill dan teknik blogging menggunakan WordPress.
Belajar Blogging dengan WordPress
Untuk Junior Class, peserta diajar cara-cara memasang WordPress, setting asas bagi blog WP, cara menulis menggunakan WordPress, penggunaan media seperti gambar dan video dalam entri, pemilihan plugin dan theme, ilmu asas tentang SEO, teknik promosi blog dan cara buat duit dengan blog.
Aku rasa ramai lagi yang tak mahir perkara-perkara asas blogging dengan WordPress. Dia tengok dan tiru je apa blogger WordPress lain buat tapi tanpa ilmu yang betul dan main belasah je.
Bila buat tak jadi dan timbul masalah, mulalah rasa hilang semangat dan putus asa dengan WordPress. Akhirnya berpindah balik ke platform asal (blogger baru berpindah ke WordPress).
Kekadang kita jadi Blogger yg tak sanggup menghadapi ujian .. maksudnya bila kita bertukar platform baru tetiba ada masalah kita give up dan pindah balik platform lama. Mana ada kejayaan tanpa masalah dan setiap masalah yg dapat diselesaikan pasti ada ilmu baru. – Denaihati

Untuk Master Class, peserta Kelas WordPress anjuran Akademi Denaihati diajar oleh bro Eizil tentang proses selenggara WordPress, mengawal sekuriti blog WordPress, teknik optimasi search engine peringkat lanjutan, cara bina jenama dengan blog WordPress, dan lain-lain.
Paling best dalam Master Class ni adalah subjek SEO kerana diajar lebih lanjut tentang ilmu-ilmu SEO yang tak pernah dikongsikan oleh mana-mana pemain SEO.
Teknik hebat memang jarang sangat dikongsikan secara meluas.
Kadang-kadang kita rasa dah power dengan teknik main SEO, tapi sebenarnya ada banyak lagi cara lain yang lebih power boleh kita buat.
Dalam Master Class Akademi Denaihati akan diajar semua tu. Seronok belajar bab SEO.

Group Pelajar Akademi Denaihati
Belajar guna WordPress dengan Akademi Denaihati tak habis macam tu je. Setiap pelajar Akademi Denaihati akan dimasukkan ke dalam group tertutup di Facebook. Dalam group tu, setiap permasalah dan persoalan tentang WordPress dan blogging akan dibincangkan bersama.
Ada juga tawaran istimewa buat para pelajar.
Siapa berminat nak sertai Kelas Belajar WordPress (Junior dan Master) sesi yang seterusnya boleh daftar melalui laman web Akademi Denaihati dan pilih tarikh yang sesuai untuk hadir.
Kelas latihan WordPress ni diadakan setiap bulan di lokasi berikut:
DENAIHATI TRAINING CENTRE
No 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Akademi Denaihati — Ke Arah Industri Blog yang Lebih Baik
bagus adalah sekolah khusus blogging, siapa saja bisa belajar jadi blogger profesional ni…
kenapa ramai orang pakai wordpress daripada blogger ye? nak tau jugak apa kelebihan wordpress daripada blogger…
Blog yang pakai WordPress kita boleh buat macam2. Takde limit sebab semua bawah kawalan kita. Blogger pulak ada limit tertentu yang kita tak boleh buat sebab bukan bawah kawalan kita sepenuhnya.
ada plan nk pi dengan irwan nanti
Alhamdulillah dapat join Master Class bersama Tuan Anarm :)
P.s. – Sebagai newbie, terasa patut join Junior Class dulu. Hehe… Apapun, memang kelas Denai Hati terbaik :)
nak kongsikan artikal ni bro. hehe
Rasanya aku ni perlu start dengan junior class dulu ni. Nak setup WP pun tak pandai lagi. Main redah je semua.
Insyallah jika berpeluang nanti…
memang teringin nak join tapi ada kekangan yang tak dapat saya nak elakkan…
inshaAllah dah sihat nanti, nak gi yang master class
Semoga cepat sembuh Kak Siti. Master Class anjuran Akademi Denaihati sentiasa mengalu-alukan kehadiran Kak Siti. :)
Ramai kenalan blogger yang hadir kelas WordPress master ini.
bila la aku nak belajar WordPresssssss
ada rezeki den akan join master class pulak…
Mantap! Ada rezeki nanti boleh book tempat Master Class.
insyallah akan dtang nanti kot ada kelapangan dan duitnya..:D
terbaik..boleh kumpul bajet sikit2 ni..skang ada Blog WP berhosting…
Tengah godek2 sendiri dulu..mula2 memang susah..lama2 ok sikit
Kalau dah pandai guna WordPress, mungkin boleh join Master Class untuk belajar teknik yang lebih power. Kalau nak lebih faham dan mahirkan diri dengan asas blogging guna WordPress, dalam Junior Class akan diajar.
Boleh pilih mana-mana class yang rasa berminat nak join.
Terbaik der..aku nak sangat pergi..tggu kedatanganku..insha Allah.
wow..dpt tip SEO hebat tu
Memang banyak tips SEO hebat yang dikongsi oleh bro Eizil. Ada sesetengah tips tu memang tak pernah ditulis kat mana2 blog. Kira beruntunglah siapa yang join Master Class ni.
memang tengah kumpul modal untuk pergi ke Masterclass ni.. harapnya di permudahkan urusan..
InsyaAllah nanti akan tercapai juga hasrat untuk join Master Class. Akademi Denaihati sentiasa mengalu-alukan blogger yang nak datang belajar.