AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » WordPress » Kelas Belajar Buat Blog

Kelas Belajar Buat Blog

12/06/2013 Anarm 20 Comments

Twitter Facebook WhatsApp

Teringat masa dulu-dulu pertama kali aku buat blog menggunakan WordPress. Semua aku belajar sendiri dengan mencari sumber rujukan daripada search engine Google. Masa tu kalau tak silap aku takde lagi yang bukak kelas belajar buat blog WordPress. Sumber rujukan kat internet pun tak banyak macam sekarang. Penat jugak la nak mencari tutorial masa tu.

belajar buat blog wordpress

Aku dah tak ingat berapa banyak duit aku dah labur untuk beli ebook-ebook berkaitan dengan WordPress dan juga web hosting. Nak belajar punya pasal. Nak join kelas, tak dapat, sebab time tu mana ada lagi orang buat kelas belajar WordPress. Nasib baik ada beberapa orang IM yang menjual ebook tentang WordPress. Ada jugak yang bagi download free.

ebook wordpress
Gambar hiasan

Tapi sekarang ni dah ada banyak kelas boleh kita join untuk belajar buat blog WordPress. Nak belajar guna WordPress dah tak susah macam dulu. Komuniti pengguna WordPress pun semakin hari semakin bertambah. Ramai yang dah pandai guna WordPress sebab ada banyak kemudahan untuk belajar.

ISI KANDUNGAN hide
1 WordPress Junior & Master Class.. Anda Berminat?
1.1 WordPress Junior Class ( 22 Jun 2013, Sabtu )
1.2 WordPress Master Class ( 23 Jun 2013, Ahad )

WordPress Junior & Master Class.. Anda Berminat?

Mana-mana individu atau blogger yang berminat nak belajar blogging guna WordPress, ini ada satu info menarik untuk korang. Akademi Denaihati akan adakan Kelas Latihan WordPress pada 22 dan 23 Jun 2013, hari Sabtu dan Ahad.

Tempatnya di Denaihati Training Centre beralamat No.16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

akademi denaihati wordpress class

+ View Larger Map

Kelas Latihan WordPress ni terbahagi kepada 2 kelas di mana setiap kelas ada topik-topik yang dikhususkan mengikut tahap pemahaman setiap individu tentang WordPress.

WordPress Junior Class ( 22 Jun 2013, Sabtu )

WordPress Junior Class dibuat khusus bagi individu yang belum pernah menggunakan WordPress. Antara isi kandungan Kelas WordPress Junior ni adalah:

  • Memasang WordPress secara manual atau menggunakan One-Click Installer
  • Setting asas WordPress
  • Bagaimana untuk menulis entri menggunakan WordPress
  • Cara menggunakan media seperti gambar dan video di dalam artikel blog
  • Proses pemilihan plugin dan themes untuk blog
  • Asas Optimasi Enjin Carian (SEO)
  • Teknik promosi – Apa dan Bagaimana yang perlu dilakukan

WordPress Master Class ( 23 Jun 2013, Ahad )

WordPress Master Class pula dibuat khusus bagi individu yang sudah berpengalaman menggunakan WordPress tetapi ingin belajar lebih mendalam tentang selok-belok WordPress. Antara isi kandungan Kelas WordPress Master ni adalah:

  • Proses penyelenggaraan WordPress
  • Mengawal keselamatan blog WordPress
  • Teknik Optimasi Enjin Carian (SEO) peringkat lanjutan
  • Bagaimana membina jenama (branding) anda menggunakan WordPress
  • Perkara yang perlu dielakkan atau dilakukan sekiranya menggunakan WordPress
  • Teknik menghadapi trafik yang tinggi
  • BONUS – Teknik rahsia pengguna WordPress

Sekiranya korang berminat nak sertai mana-mana kelas belajar WordPress ni, sila ke laman web AKADEMI DENAIHATI untuk maklumat lanjut. Bayaran untuk setiap kelas adalah :

  • Junior Class – RM150 setiap seorang
  • Master Class – RM350 setiap seorang

wordpress class akademi denaihati

Ada peluang keemasan macam ni jangan ditunggu-tunggu. Daftar cepat sebelum seat habis. Kalau betul-betul berminat nak buat blog WordPress, inilah masanya untuk belajar.

Twitter Facebook WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Belajar Cara Guna WordPress dengan Akademi Denaihati
  • Pertama Kali Belajar WordPress
  • Belajar WordPress Guna WordPress Portable
  • Sentiasa Kemaskini Versi WordPress Dalam Blog
  • Arahkan Pelawat Blog Lama ke Blog Baru

Kategori : WordPress Keyword : akademi denaihati, asas seo, asas wordpress, belajar buat blog wordpress, branding blog, buat duit blog wordpress, domain web hosting, ebook wordpress, kelas latihan wordpress, pasang wordpress manual, pemilihan plugin wordpress, penjenamaan blog, seminar wordpress, teknik rahsia wordpress, theme wordpress cantik, trafik blog wordpress, wordpress junior class, wordpress master class

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Movie After Earth Cerita Bapa dan Anak
Next article:
Blogger Wajib Dedah Identiti Sebenar

20 Comments

  1. ProfHariz says

    07/07/2013 at 5:31 PM

    Semoga setiap bulan sekali akademi denaihati anjurkan kelas macam ni. Mana tahu dalam banyak2 bulan boleh duduk sekali :)

    Reply
  2. PakarNiaga.com (AMIN) says

    18/06/2013 at 9:50 PM

    Wow! Semakin rancak kini sudah ada kursus.
    Inisiatif & peluang kerjaya yang bagus..

    Mana nak tahu nanti kekurangan tenaga pengajar,
    boleh jemput kami di Pakar Niaga. :-)

    Ikhlas,

    Amin Johar

    Reply
    • ProfHariz says

      07/07/2013 at 5:32 PM

      Siap tawarkan lagi bro :)
      Secara online ada..

      Reply
  3. Hafizul says

    18/06/2013 at 4:35 PM

    Emm selamat menghadiri seminar ilmu..mesti banyak yang akan dipelajari nanti..hehe

    Reply
  4. Rina says

    17/06/2013 at 3:44 PM

    ternyata seminar buat blog-nya tinggal sebentar lagi, jangan lupa nanti share ilmunya

    Reply
  5. akubiomed says

    14/06/2013 at 7:16 PM

    Dulu saya belajar mengunakan ebook tak ada mentor.

    Reply
  6. ieta says

    13/06/2013 at 1:03 AM

    ada kelas di UTM waktu tu…. tak dpt sertai. huhu

    Reply
  7. titan says

    12/06/2013 at 10:40 PM

    sape tenaga pengajar selain eizil?

    Reply
  8. KiD says

    12/06/2013 at 10:20 PM

    jom join.. bro jadi tenaga pengajar.. :)

    Reply
  9. anip says

    12/06/2013 at 7:48 PM

    nampak menarik ni..tapi kena kumpul modal dulu sikit2..

    Reply
  10. ProfHariz says

    12/06/2013 at 5:18 PM

    Aku minat tapi sekarang ada kat kampung. Perlukan modal lebih tinggi kalau nak join. Huhuhu

    Reply
  11. hannyabdullah says

    12/06/2013 at 3:41 PM

    Eshhh…minat jugak ni. Kalau kita dah buat bayaran tapi kita tak dapat pergi atas sebab2 tertentu, macam mana ya? :ermm:

    Reply
    • Anarm says

      12/06/2013 at 4:34 PM

      Kalau dah daftar & dah bayar tapi tak dapat pergi, inform je pada penganjur cakap tak dapat pergi.. Lepas tu bayaran tu nanti boleh refund balik.. Atau boleh jugak guna untuk join next class..

      Reply
  12. hazman aka species1980 says

    12/06/2013 at 3:33 PM

    gua kena ejas timing untuk join MASTER CLASS tue…. hohoho

    Reply
  13. boni Ultra kacak says

    12/06/2013 at 3:30 PM

    bagus ni. memang wajar pergi tu

    Reply
  14. Khairul Zamri says

    12/06/2013 at 2:55 PM

    dah daftar tapi tak bayar lagi, tengah cukupkan modal huhu

    Reply
    • Anarm says

      12/06/2013 at 4:18 PM

      Cepat2 cukupkan modal.. Tinggal seminggu je lagi ni sebelum kelas bermula.. Nanti seat habis.. Hee..

      Reply
  15. papa mifz says

    12/06/2013 at 2:44 PM

    pasti mendapat sambutan kelas2 macam nih…;)

    Reply
  16. Zida says

    12/06/2013 at 2:25 PM

    Dulu masa first time buat, selalu tanya otai2 blogger macam kak kujie dan seangkatan dengannya, memang payah sebab tak tahu pun apa benda hosting la domain la, nak tukar itu ini, nak buat itu ni blablabla

    untung siapa yang pegi kelas bengkel macam ni~

    Reply
  17. auc says

    12/06/2013 at 1:16 PM

    InyaAllah kalau ada kelapangan berminat jg ni…

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Mesin Basuh Toshiba AW-A820MM Tak Berpusing, Ganti Drain Motor Rosak (DIY)
  • Patriot Burst SSD 240GB – Tingkatkan Kelajuan PC dan Laptop
  • Kaya Dunia Bahagia Akhirat
  • Fantech Hellscream GS201 Speaker Murah dan Berkualiti
  • Parasite (2019) Filem Korea Menarik Untuk Ditonton
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2019 – Anarm Network Resources

Powered by Internet Webhosting • Privacy Policy