Belajar Blogging di Nuffnang Blogopolis 2012

Seharian berada di blogger conference Nuffnang Blogopolis 2012 hari tu cukup banyak ilmu dapat dipelajari daripada perkongsian oleh speakers (blogger) yang hebat-hebat belaka. Terasa sungguh cetek ilmu aku dalam bidang blogging ni walaupun dah lebih 3 tahun berblog.

Terima kasih kepada Denaihati kerana telah sponsor tiket untuk turut serta dalam Nuffnang Blogopolis 2012 yang pertama kali diadakan di Malaysia. Tahun depan mungkin Nuffnang Malaysia akan buat lagi.

Nuffnang Blogopolis 2012 Malaysia

Ramai juga blogger yang datang pada hari tu untuk menimba ilmu blogging di Nuffnang Blogopolis 2012. Ada yang aku tak pernah kenal dan ada yang aku dah kenal melalui blog tapi bila dah jumpa depan mata rasa segan pulak nak bertegur sapa.

Sorry! Aku ni jenis pemalu, penyegan dan tak banyak cakap. Harap dimaafkan.

Blogger hebat Nuffnang Blogopolis 2012

Grand Ballroom Hotel Concorde

Perkongsian Ilmu Blogging di Nuffnang Blogopolis 2012

Speakers yang tampil di atas pentas untuk berkongsi ilmu blogging dengan rakan-rakan blogger baru dan lama memang ada banyak sangat tips dan teknik masing-masing yang dipraktikkan. Sebab tu blog diorang hebat-hebat belaka walaupun ada sesetengah blog tu aku tak pernah bukak pun, tapi nama dia memang aku selalu dengar orang sebut.

Speakers Nuffnang Blogopolis 2012

Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference

Banyak ilmu dikongsikan di Nuffnang Blogopolis 2012 antaranya setiap blogger perlu jadi diri sendiri, pemilihan nama dan tagline blog yang menggambarkan keunikan blog kita, pemilihan design blog yang memikat hati pelawat dari segi pemilihan layout, warna dan font yang sesuai, cara membuat entri yang menghiburkan pembaca, menentukan tajuk entri yang dapat menjadi tarikan kepada pembaca, teknik susun gambar dengan cara menarik, dan macam-macam lagi.

Penaja Nuffnang Blogopolis 2012

Setiap speakers pada hari tu turut diberi hadiah penghargaan daripada pihak penaja Nuffnang Blogopolis 2012. Penaja juga menawarkan hadiah kepada blogger-blogger yang hadir dengan menganjurkan contest mudah melalui Twitter dan Facebook.

Contest senang giler tapi susah jugak nak menang. Hadiahnya pun sangat lumayan! Tahniah kepada blogger-blogger yang dah berjaya menang hadiah contest pada hari tu.

Pemberian hadiah di Nuffnang Blogopolis 2012

Tak sia-sia pergi Nuffnang Blogopolis 2012. Walaupun badan rasa penat tapi berbaloi dengan ilmu yang telah diterima dan juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Kalau ada lagi acara macam ni lain kali blogger-blogger memang kena pergi sebab bukan senang nak dapat ilmu perkongsian daripada blogger-blogger ternama. Rasanya sesetengah ilmu tu takde lagi dikongsi dalam mana-mana entri blog yang wujud dalam dunia blogging di Malaysia ni. Bagi yang dah dapat ilmu tu bolehlah cuba di blog masing-masing dan lihat hasilnya.

p/s: 2 hari tak sempat nak bukak laptop. Malam tadi baru dapat tulis entri Nuffnang Blogopolis 2012 ni. Nak buat live blogging pun tak selesa sangat guna smartphone. Lebih selesa update blog guna laptop.

27 Comments

  1. memang penat giler..bila dah sampai umah fuhh lemah lonlai badan..tapi masa kat sana saya tak terasa sgt penatnya..excited kot

  2. aduyai.. ruginya tak dapat nak join bebaru ni. lama lg tu nak tunggu tahun depan…!
    btw, ada tak otai-otai nak buat kels blogging? kalau ada bgtau aku. aku nak join!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *