Beg Sandang Oren.MY Sangat Comel

Beg sandang hadiah dari Oren.MY dah selamat sampai ke tangan aku. Dihantar oleh brader PosLaju pagi tadi.

Comel je beg dia. Saiz beg ni kecil sikit daripada saiz laptop aku. Kalau saiz dia besar sikit memang aku dah guna untuk sumbat laptop je.

Beg sandang Oren.MY

Oleh sebab beg ni bersaiz comel, kena la bagi pada orang yang comel jugak. Baru sesuai.

Aku nak bagi pada isteri tercinta sebab dia kan comel. Hehe. Boleh dia guna untuk isi kain sembahyang atau alat-alat mekap dia.

Ikut suka dia lah nak sumbat apa dalam tu.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Oren.MY atas hadiah giveaway ni. Semoga Oren.MY terus sukses. Aminn..

10 Comments

  1. beg comel macam nie serupa masa aku dapat keje kilang dulu hadiah anniversarry daripada company..jadi committee banyak beg serupa macam nie aku dapat…ha ha ha..

  2. Anarm kat superbuy ada jual tablet..apa kata kau beli dan letak dlm beg comel tu barulah bg pd orang tersayang yg comel tu…mesti dpt upah best nnt…hehe

    • @ejam, Haha.. Tak sanggup lagi nak membeli di Superbuy dengan harga lebih dari RM200.. KihKihKih.. Dah bagi kat wife aku dah.. Dia suka.. Takde tablet pun upah best tetap dapat.. Hehe..

Leave a Reply