Bulan Januari lalu kereta aku kena saman dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebab tak pamer kupon parking.
Aku rasa macam menyusahkan je guna kupon untuk letak kereta. Dah la sekeping kupon tu untuk 1 jam je. Aku dok kat office dari pagi sampai ke petang. Berderet kupon parking nak kena pamer.
Bulan Mac 2014 aku dapat tahu MBSA ada bagi diskaun untuk saman parking. Semalam hari terakhir untuk bayar saman dengan harga diskaun 80%.
Kelam-kabut aku cari surat saman dari MBSA yang entah kat mana aku letak. Nasib baik jumpa.
Sebelum keluar pergi bayar saman, aku try check dulu status saman aku di laman web MBSA. Rupanya ada cara bayar saman parking secara online. Macam mana boleh tak perasan terpapar kat dalam laman web tu.
Elok sangatlah ada pilihan bayar saman online. Senang sikit urusan orang yang kena saman.
Buat penat je aku cari surat saman tu. Bukan guna pun sebab aku bayar saman secara online, guna nombor plet kereta je.
Cara Bayar Saman Parking MBSA Secara Online
Untuk bayar saman parking MBSA secara online, mula-mula kena pergi ke halaman “iBAYARAN” di laman web MBSA.
Kalau belum register, kenalah register dulu.
Lepas dah login ke dalam akaun, klik pada tab Kompaun untuk tengok senarai kompaun.
Kalau nampak tertulis ‘Tiada rekod‘ sila guna fungsi ‘Carian’ yang disediakan dan cari menggunakan No. Kompaun atau No. Kenderaan atau No. Kad Pengenalan.
Bila dah dapat status saman, boleh teruskan ke langkah untuk buat bayaran kompaun.
Ada pilihan sama ada nak bayar menggunakan Credit Card (Master / VISA) atau dengan online banking biasa menggunakan Financial Process Exchange (FPX).
Semasa buat bayaran tu, ikut je arahan yang diberikan. Bila semuanya dah siap bayar, resit bayaran boleh dicetak melalui akaun kita di laman web MBSA untuk disimpan sebagai rujukan.
Aku print PDF je simpan dalam Dropbox.
Rasa lega sikit hati ni bila dah bayar saman. Semua urusan jadi lebih mudah dengan cara online.
Sekarang ni aku dah tak guna kupon parking harian dah. Guna kupon parking bulanan lagi senang. Dah tak perlu buang masa untuk gores kupon.
Kadang-kadang tersalah gores, rugi 40 sen untuk setiap keping kupon. 40 sen pun duit juga. Jangan membazir duit, dan juga kertas.
saya orang subang jaya , tp kena saman dgn mbsa sbb x ltak kupon parking . so saya kne byr ke ?
Ya.. Kena bayar kat MBSA sebab buat kesalahan tak letak kupon parking.. Walaupun kita bukan tinggal situ..
cmne nk beli kupon bulanan tu?
Canggih lah mbsa ni. Parking pun boleh bayar secara online. Kat tempat lain xde rasanya.
Kawasan macam tue perlu ada parking khas yang tak menyusahkan macam nie…
Memang lubuk buat duit dorang nie
Mungkin kena bagitau MBSA tentang kempen “save the trees”..macam bazir sangat je kertas parking banyak2 macam tu. leceh pun satu hal.
Dengan adanya teknologi memang memudahkan semua urusan..sampai nak bayar saman pun dh boleh online..senang zaman sekarang nie..
Ada kemudahan membayar online. Memudahkan kerja.
SERIUSLY xreti guna kupon tu.hehe
Awal2 guna kupon dulu tak reti jugak.. Buat muka selamba tanya ejen jual kupon tu macam mana nak gores..
Nasib baik ada online payment…. kalau kena pegi kaunter leceh skit la kan…..
MBSA ada drive-thru untuk bayar saman.. Cuma nak ke sana tu malas.. Haha.. Nasib baik boleh bayar online..
kat sini sticker sebulan RM83.00…hoho..nasib la aku dapat parking dalam bangunan..RM53.00 je..
Kat Shah Alam ni RM60 sebulan.. Parking bawah matahari..
aku punya saman ada satu tak terbayar lagi….
Aku punya saman parking dah setel.. Tup tup dapat 3 saman lagi.. Saman polis pulak.. Adehhh..
Kalau dah selalu guna baik ambil bulanan.
dan semestinya tukang saman adalah wanita.. hehehee
lepas ni guna lah kupon bulanan tu bro.. selesai masalah…
Kupon bulanan dah nak dekat tarikh tamat dah.. Nak kena renew..
pembayaran saman secara online dan diskaun yang diberikan oleh MBSA ini amat memudahkan.. seperti saya yang baru kena saman.. hehehe
memang kena guna maybank2u, bankmuamalat dan bank rakyat je ea? Kawan call, pastu dia cakap macam tu.. cimbclicks xbleh ke??