Kereta aku tiba-tiba tak boleh start pulak baru-baru ni. Rasanya sebab bateri kereta dah kong.
Masa nak hidupkan enjin kereta, ada bunyi yang tak berapa sedap didengar dan gagal hidupkan enjin. Meter minyak pun dah jadi gila, termasuk jam dan radio reset dengan sendiri.
Sehari sebelum kejadian dah muncul tanda-tanda bateri kereta bermasalah. Rasa macam susah je nak hidupkan enjin.
Nasib baik malam tu sempat balik rumah. Ingatkan pagi esoknya nak bawa kereta pergi bengkel, tapi kereta tak boleh start dah.
Aku cuba minta bantuan orang yang ada kat situ tolong jump start bateri kereta aku untuk hidupkan enjin. Tapi, dah jump beberapa kali pun enjin tetap tak boleh start juga.
Terima kasih banyak kepada brader yang sudi bantu jump kereta aku hari tu.
Bateriku.com Penyelesai Masalah Bateri Kong
Stress fikirkan macam mana nak selesaikan masalah kereta tak boleh start.
Tiba-tiba teringat kawan di Facebook ada kongsi info tentang Bateriku.com, syarikat yang menyediakan servis penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan bateri kereta di lokasi.
Baca testimoni dan review ramai cakap servis dia bagus.
Aku buka laman web Bateriku.com dapatkan nombor telefon untuk dihubungi. Boleh hubungi Bateriku.com melalui nombor 01116006008.
Whatsapp ke nombor 01116006008 pun boleh juga.
Aku contact guna whatsapp je.
Pengalaman Pertama Kali Guna Servis Bateriku.com
Pertama kali guna servis Bateriku.com ni. Sebelum booking aku tanya dulu berapa harga bateri kereta Perodua Alza, kot-kot memang kena tukar bateri. Nasib baik cukup bajet untuk beli bateri baru.
Mereka bagi pilihan nak bateri jenama CENTURY atau AMARON. Kedua-dua bateri harga sama RM190 termasuk trade in bateri lama.
Aku pilih bateri Amaron dengan warranty selama 18 bulan.
Bila dah setuju untuk gunakan servis mereka, buat pengesahan booking dengan bagi maklumat Nama, No. Phone, Alamat / Lokasi dan Nombor Plat kereta.
Tak sampai 1 minit lepas tu aku terima panggilan daripada En. Syukri, runner Bateriku yang akan datang periksa bateri kereta aku.
Lebih kurang 30 minit dia sampai ke lokasi. Rasa lega betul bila dari jauh nampak van warna hijau masuk kawasan tempat aku parking kereta.
Memang terbaik servis Bateriku.com ni sebab Runner atau Troopers Bateriku akan terus ke lokasi kita untuk buat pemeriksaan bateri. Kita cuma tunggu je dia datang.
Sekiranya terpaksa tukar bateri baru, boleh terus tukar. Bayar harga bateri sahaja. Khidmat hantar, periksa dan pasang bateri kereta adalah PERCUMA!
Bateri Kereta Murah
Bateriku.com menawarkan bateri harga murah (bawah harga pasaran) tetapi masih mengekalkan kualiti, ketahanan dan aspek kesesuaian mengikut model kereta.
Kalau bateri masih elok dan boleh guna lagi, tak perlu beli bateri baru dan tak dikenakan sebarang caj. Siap dapat khidmat nasihat dan tips penjagaan kereta.
Masa En. Syukri periksa bateri kereta aku guna alat khas, dia ada tunjuk bacaan pada alat tu dan bagi penerangan serba sikit. Dari situ dapat tahu bateri memang kena ganti baru sebab dah kong.
Alternator pun dia periksa juga. Masih berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.
Bateri kereta jenama Amaron. Warna hijau macam ONEXOX pulak. Bateri Amaron ni jenis bateri kering (maintenance free). Dah tak perlu periksa air bateri macam guna bateri basah sebelum ni.
Hari tu pengalaman pertama aku dengan Bateriku.com. Servis memang terbaik! Cepat, cekap dan pantas. Runner pun peramah dan banyak bagi tips serta nasihat berguna. Tak kedekut ilmu. Sambil tukar bateri, sambil bagi tips.
Terima kasih, En. Syukri.
Lain kali boleh guna lagi servis Bateriku. Sangat puas hati. Lepas ni dah tak perlu risau kalau tiba-tiba kereta tak boleh start walaupun waktu tengah malam kerana Bateriku.com beroperasi setiap hari dari jam 7:00 AM sehingga 1:00 AM.
Hanya perlu call atau whatsapp je. Trooper Bateriku akan segera datang ke lokasi.
Laman web : www.bateriku.com
Facebook : facebook.com/bateriku
Instagram : @baterikudotcom
No. Telefon : 01116006008 / 1300-22-2324 (Toll Free)
Whatsapp : 01116006008
Simpan nombor telefon Bateriku.com dalam phone anda. Mana lah tau tiba-tiba bateri kereta buat hal, boleh call atau whatsapp Bateriku untuk minta bantuan.
semoga bermanfaat.. terima kasih.
terima kasih dan sangat membantu
Start kereta sebab nak pergi hospital checkup anak. Krik.. Krik.. Krik.. Bateri habis. Call bateriku.com, sejam lepas tu sampai.. Setel masalah.. Terbaik servis diorang
baru try minggu lepas.
servis memang laju.
Terima kaseh berkongsi maklumat,terutama tentang akaun paypal,yg banyak perkara yg saya belum tahu,terutama dlm urusan jual beli coin lama,,
Senang lah lepas ni. Direct datang tempat kita je.
Terbaiklah.. mekasih bro ats maklumat perkongsian
mudahnya kini adanya bateriku.com nie…
banyak juga review terbaik dari Bateriku ni,apa-apa pun save dulu no tu, senang kalau apa-apa berlaku nanti kan
Kat JB, dorang tak buat ke? Beruntunglah orang-orang kl dengan selangor.
Kat JB pun ada Bateriku ni. Servis Bateriku.com dah ada kat Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis.
Setakat ni alhamdulillah, bateri kereta saya tukar sendiri.
Ok la tu pandai tukar sendiri bateri kereta. Tapi kalau tiba-tiba jadi kes emergency mungkin boleh cuba servis Bateriku.com ni.
Ilmu dikongsi tuan..jadi terima sahaja lah dengan hati terbuka….pandai tukar sendiri simpan ja bila keadaan memerlukan….buka mata hati..terima perkongsian..terima kasih atas perkongsian…baru semalam terima bantuan Bateriku.com…servis yang bagus dan memuaskan
best kalau ada runner yg cekap macam ni
Betul tu.. Senang urusan kita ada runner cekap buat kerja..