AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Balik Kampung Raya bersama Keluarga

Balik Kampung Raya bersama Keluarga

06/08/2013 Anarm 11 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Hari ni hari terakhir masuk ofis sebelum bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Tinggal sehari saja lagi kita akan berpuasa. Sekejap je bulan Ramadhan dah sampai ke penghujung, kan? Jalan raya sekarang ni mesti tengah jem teruk sebab ramai yang dah bertolak pulang ke kampung masing-masing untuk sambut Hari Raya Aidilfitri 2013.

Balik Kampung Hari Raya Aidilfitri 2013

Insha Allah hari ni aku dan isteri tercinta akan bertolak balik kampung selepas solat Asar. Raya tahun ni dah buat undian akan beraya dulu di Teluk Intan, Perak (kampung aku). Raya ketiga baru balik beraya di Kelantan (kampung wife aku). Jauh jugak tu perjalanan dari Perak nak ke Kelantan. Harap semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah.

Sebelum balik kampung kena pastikan :

  • Maklumkan kepada jiran / polis,
  • Semua pintu dan tingkap telah dikunci rapi,
  • Serahkan kunci pendua kepada orang yang boleh dipercayai,
  • Matikan semua suis lampu, kipas dan lain-lain, serta tutup gas,
  • Jangan pasang lampu luar rumah (pencuri senang tahu rumah tiada orang),
  • Berdoa kepada Allah SWT mohon diberi keselamatan dan kesejahteraan.

Kepada rakan blogger, rakan Facebook dan rakan Twitter, yang mana nak balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya. Jangan lupa check kenderaan sebelum bertolak pulang ke kampung. Dalam perjalanan tu kalau rasa mengantuk, singgah berehat sekejap di R&R. Jangan terus je. Bahaya! Bukan setakat bahayakan diri sendiri, malah bahayakan orang lain jugak.

kawasan rehat balik beraya kampung

Boleh juga sediakan kain atau tuala kecil, basahkan dengan air dan gunakannya untuk sapu ke muka bila rasa mengantuk. Kalau balik kampung dengan isteri boleh suruh dia tolong urut tengkuk. Itupun kalau berteman. Kalau drive sorang-sorang kenalah guna cara lain. Mungkin dalam kereta time tu boleh pasang lagu raya kuat-kuat dan nyanyi sekali, atau mainkan CD ceramah agama yang bagus-bagus.

Tapi kalau rasa mengantuk tu dah tak tahan sangat, kena berhenti jugak la untuk berehat atau tidur sekejap sebelum teruskan perjalanan balik kampung. Demi keselamatan. Lambat sampai takpe, asalkan semuanya selamat. Kat kampung sana tu ada insan tersayang sedang menanti kepulangan kita untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Balik Kampung! Berhati-hatilah ketika memandu.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Anarm mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
  • Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
  • Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina
  • Kemalangan Jalan Raya Balik Kampung Raya Cina
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Kategori : Santai Keyword : balik kampung, hari raya aidilfitri, hati-hati memandu, hentian rawat rehat, isteri urut tengkuk, kain basah sapu muka, kampung kelantan, raya bersama keluarga, raya dengan insan tersayang, sebelum balik kampung, teluk intan perak, tips balik kampung, tips elak mengantuk ketika memandu, trafik lebuhraya

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Zakat Fitrah Satu Kewajipan
Next article:
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

11 Comments

  1. sukma says

    17/08/2013 at 7:28 PM

    berhati-hati di jalan raya…….salam lebaran….

    Reply
  2. fahmimustakim says

    09/08/2013 at 8:36 PM

    selamat bercuti bro..

    Reply
  3. Bang Iwan says

    08/08/2013 at 11:17 AM

    Gema Takbir Menyapa Semesta,
    Membesarkan dan Mengagungkan Yang Maha Esa nan Maha Suci,
    Bersihkan Hati Kembali Fitri di Hari Kemenangan,
    Terkadang Mata Salah Melihat dan Mulut Salah Berucap,
    Hati kadang salah menduga serta Sikap Khilaf dalam Berprilaku,
    Bila Ada Salah Kata, Khilaf Perbuatan dan Sikap,
    Bila Ada Salah Baca dan Salah Komentar,
    Mohon Dimaafkan Lahir dan Batin,
    Selamat Merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1434 H

    Salam hormat saya sekeluarga
    Bang Iwan

    Reply
  4. sensasi2020 says

    07/08/2013 at 11:52 PM

    Assalamualaikum….

    Selamat pulang beraya di Pasir Mas……..bro.

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, Dalam gurau dan senda ada khalif dan dosa. MOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALANYA. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir dan batin. Daripada Kamil [email protected]

    Reply
  5. boni kacak says

    06/08/2013 at 8:02 PM

    minum redbull pun boleh hilangkan mengantuk. tapi kena sentiasa ada kat tangan. bila mengantuk je, minum sikit..

    Reply
  6. akubiomed says

    06/08/2013 at 4:02 PM

    Selamat balik kampung. Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. :-)

    Reply
  7. titan says

    06/08/2013 at 3:42 PM

    biasa aku pasang radio kuat-kuat aje. haha..

    Reply
  8. Anuar says

    06/08/2013 at 2:46 PM

    Bro anarm ni orang Teluk Intan ker?… Sekampung dengan Abang Ensem lah ni… Kecik betul dunia ni… hehehe

    Selamat Hari Raya Bro.. Maaf Zahir dan Batin….

    Reply
  9. JMR says

    06/08/2013 at 2:39 PM

    selamat hari raya bro! drive mmolek..

    Reply
  10. zool says

    06/08/2013 at 2:18 PM

    wah seronok beraya..

    Reply
  11. Aiman Aziz says

    06/08/2013 at 2:07 PM

    Selamat Balik Kampung . Berhati hat di jalan raya . :cheerful:

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy