AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina

Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina

21/01/2012 Anarm 9 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Cuti Tahun Baru Cina dah bermula. Bila dah cuti, balik kampung la kan jumpa mak abah.

Member serumah aku semalam dah gerak balik Kelantan. Aku pulak balik kampung hari ni. Balik Teluk Intan. Bas pukul 3 petang. Kain baju belum sumbat masuk beg lagi ni. Malas betul rasanya nak buat kerja-kerja mengemas kain baju.

Tapi kena buat jugak. Nanti takde baju pulak nak pakai kat kampung.

Hari Cuti Balik Kampung

Aku ni jarang balik kampung. Mungkin sebab malas naik bas. Dulu pernah beberapa kali balik kampung naik motor. Sampai kebas punggung sebab lama sangat duduk atas motor.

Sekarang motor kesayangan (beli cash guna duit hasil titik peluh) dah macam tak berapa sihat. Dah tak boleh bawa jalan jauh-jauh. Tambah pulak sikap aku yang malas nak jaga dia, bertambah tak sihat la jadinya.

Maafkan aku, motor. Nanti ada duit lebih aku hantar kau masuk bengkel, bikin jadi macam motor baru keluar kilang ye. Lepas tu kita boleh balik kampung sama-sama lagi macam dulu.

Minggu depan aku akan ke Kelantan atas sedikit urusan. Dah lama tak jejakkan kaki kat Kelantan, tempat kelahiran aku. Masa tengah belajar di kolej dulu jarang balik Kelantan. Cuti semester je baru balik. Sampai la abah aku pencen kerja polis dan pulang ke kampung halaman di Teluk Intan.

Jadi, kampung aku dah bertukar ke Teluk Intan pulak. Tak sempat nak jumpa kawan-kawan lama di Kelantan.

Lepas habis belajar, terus keluar dari kampung datang bekerja di Kajang. Hampir 6 tahun kot aku merantau datang kerja kat tempat orang ni. Alhamdulillah, dah dapat kerja yang sesuai.

Duit poket pon dah semakin kukuh dan stabil. Balik kampung ni boleh la belanja mak abah makan sedap-sedap. Takpon belikan barang dapur, lauk-pauk, sayur-sayur yang menyelerakan ke. Tapi.. Aku tak suka sayur!

Ehh.. Korang balik mana? Balik kampung tu hati-hati ye. Sebelum balik kampung, check dulu kenderaan tu pastikan betul-betul selamat. Naik motor jangan nak merempit sangat. Jangan cilok mencilok. Bawak kereta pandu elok-elok. Patuhi undang-undang jalan raya.

Sambil memandu tu jangan ingat orang tersayang nanti korang mengelamun, terbayang pergi dating kat taman bunga, tengok wayang berdua-duaan, nanti tak pasal-pasal eksiden pulak. Hehe.. Semoga semuanya tiba di kampung halaman dengan selamat. InsyaAllah..

Oh ya.. Sebelum pulang ke kampung, pastikan juga rumah semua dah kunci. Pintu, tingkap, semua dah tutup rapat-rapat. Maklum sajalah, musim cuti macam ni pencuri ramai yang rajin buat OT.

Kalau ada jiran-jiran yang tak balik kampung, mintak diorang tengok-tengokkan rumah. Nanti bagi angpau RM2,000 ke baru diorang rajin tolong tengokkan rumah tu.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Anarm mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
  • Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
  • Balik Kampung Raya bersama Keluarga
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H
  • Salam Aidiladha 2019

Kategori : Santai Keyword : balik kampung, cuti tahun baru cina, jangan cilok mencilok acha septriasa, patuhi undang-undang jalanraya, rindu mak abah di kampung, urusan rasmi

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Ingat Allah Setiap Masa
Next article:
Sikap Pemandu Salahguna Lorong Kecemasan

9 Comments

  1. titan says

    29/01/2012 at 2:43 AM

    aku tak gi mana. dok rumah aje. layan drama korea. haha.. :blush:

    Reply
  2. Maxloon120 says

    24/01/2012 at 5:54 AM

    Semua orang, haruslah berhati2 ketika di jalan raya..

    Reply
  3. paihujey says

    23/01/2012 at 4:15 AM

    wah3,nok mari klate ko..hehe..bestnya cuti balik kampung..

    Reply
  4. Juan says

    22/01/2012 at 7:45 AM

    aku x balik, aku beraya dengan adik aku jer kat utara tanah air :w00t:

    Reply
  5. akubiomed says

    22/01/2012 at 1:17 AM

    Cuti panjang saya dan famili pun balik kampug. Dulu saya duduk di Sungai Besar selalu juga turun ke Teluk Intan.

    Reply
  6. tuan tanah says

    21/01/2012 at 5:29 PM

    musim cuti kembali……
    telok intan dekat jer…:)

    slmt bercuti bro…;)

    Reply
    • Anarm says

      22/01/2012 at 3:25 AM

      @tuan tanah, teluk intan memang dekat.. tapi aku balik semalam amik masa 8 jam jugak sebab jalan jem teruk..

      Reply
      • Tuan Tanah says

        25/01/2012 at 3:19 PM

        @Anarm, perghhh 8 jam….kena rancang perjalanan next time..:)

        Reply
  7. saya_aRief says

    21/01/2012 at 2:49 PM

    selamat pulang ke kampung boh.
    :)

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy