Pembentangan Bajet 2014 dah pun berlalu tapi masih terasa bahangnya. Bajet yang penuh dengan kejutan.
Nak bercerita tentang bajet negara rasanya terlalu besar dan berat bagi aku. Jadi, aku kecilkan sedikit skop dia lebih kepada bajet terbaik untuk diri dan keluarga yang tak kurang juga pentingnya bagi kita semua.
Apa guna kerajaan bagi bantuan sara hidup, duit bonus, bantuan persekolahan dan sebagainya tapi kita tak uruskan kewangan dengan bijak.
Ditambah dengan subsidi gula yang dimansuhkan, pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan lain-lain menyebabkan perlu dibuat pengurusan kewangan peribadi yang terbaik untuk diri dan keluarga.
Berapa ramai antara kita yang berjaya merancang bajet peribadi terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga? Rasanya tak ramai. Lebih ramai yang kecundang bila masuk bab pengurusan kewangan.
Tengah bulan duit gaji tak cukup, dalam bank dah tinggal sikit atau pun habis licin. Duit dalam kocek apatah lagi. Betul tak?
Rancang Bajet Terbaik dengan Bijak
Pengurusan kewangan yang kucar-kacir di kalangan kita sebenarnya akibat suka berbelanja lebih daripada kemampuan.
Lagi satu adalah sebab kehendak yang melebihi keperluan. Contohnya beli smartphone terkini yang harga mahal (lebih dari kemampuan), tapi cuma guna untuk SMS, call dan update status di Facebook je.
Perlu ke beli smartphone mahal hanya untuk SMS, call dan main Facebook?
Sekadar contoh je tu..
Bila dah berlaku macam tu, perancangan bajet yang kita buat memang akan gagal. Bila dah gagal merancang kewangan menyebabkan berlaku lebihan perbelanjaan.
Terbeban Dengan Hutang
Bagi yang ada masalah hutang akan rasa lebih terbeban kerana tak mampu untuk bayar balik hutang pinjaman seperti hutang PTPTN.
Ada tak rakan blogger rasa terbeban dengan hutang PTPTN?
Dengan perancangan kewangan peribadi yang bijak dan betul, kita akan nampak setiap aliran perbelanjaan yang digunakan dari sumber kewangan yang kita ada.
Dari situ mudah untuk kita buat pecahan belanjawan kepada beberapa bahagian peruntukan untuk bayar kereta, bayar bil air dan elektrik, bayar hutang, duit untuk simpanan, beli rumah, beli barangan keperluan, belanja kahwin, pendidikan anak-anak dan sebagainya.
Lima (5) Langkah Merancang Kewangan
- Buat penilaian kedudukan kewangan sekarang
- Tetapkan sasaran atau matlamat kewangan (jangka masa pendek / sederhana / panjang)
- Buat atau sediakan pelan kewangan
- Laksanakan pelan kewangan yang telah dibuat
- Pantau dan teruskan membuat penilaian
Perancangan kewangan adalah perkara yang berkaitan dengan masa depan kita, impian dan matlamat yang kita inginkan dalam kehidupan. Jadi, waktu sekarang ini lah paling sesuai kita merancang kewangan peribadi untuk tahun depan.
Bila dah nak masuk awal tahun 2014 nanti, kita dah siap sedia dengan Bajet Terbaik 2014 untuk diri dan keluarga kita.
Sama-sama kita renungkan kehidupan kita daripada lahir hingga dikebumikan. Semuanya perlukan duit. Oleh sebab tu, penting untuk kita membuat perancangan kewangan yang baik dan berbelanja dengan bijak pada setiap saat dalam hidup kita.
‘Duit bukanlah segalanya‘ tapi ‘Segalanya perlukan duit‘. Rancanglah kewangan mulai sekarang untuk bajet terbaik 2014.
Ternyata ranjangan badget 2014 sudah diumumkan ya ..
semoga semuanya dapat dijalankan sesuai rencana dan selalu lancar
Terasa ngeri bila dah start kira duit keluar masuk. Tak sangka banyaknya duit yang keluar..
Nyatanya, walau secekap mana pengurusan kewangannya, zaman ini tetap kita perlukan peruntukan tambahan daripada kerja-kerja side income. Jika tidak, memang banyak yang perlu kita potong dalam perbelanjaan untuk mengelak berlaku defisit dalam belanja harian kita.
selalunya yang pakar, perempuan ..hehe..lelaki goyang-2 kaki je
Salam ziarah dan salam perkenalan buat saudara Anarm,
Amat tertarik dengan tajuk yang diutarakan. Walaubagaimanapun, bagi saya bajet 2014 ni begitu membebankan bagi sesetengah pihak yang berpendapatan rendah. Nak bajet tang mana lagi kalau gaji pun ciput je. Nak tak nak kena juga usaha cari duit lebih memandangkan keputusan muktamad bajet 2014. Masa ngan keluarga plak jadi terhad.
Salam Maal Hijrah buat Anarm…Bajet…. oh….bajet!!! diri ini sampat kaget. Susah nak buat perencangan bilamana gaji tak cukup nak tampung pembelanjaan. Kena hijrah nampaknya….berhijrah dgn berpindaj ke Kuala Lumpur atau berhijarh dgn bertukar bidang pekerjaan? Apapun selamat berbelanja…
Secara keseluruhannya Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
setuju! ‘Duit bukanlah segalanya‘ tapi ‘Segalanya perlukan duit‘ selangkah je keluar rumah ish dah perlu pakai $. ya lah kita kena pandai merancang & menguruskan kewangan keluarga for emergency time. conclusion i kena cut down my shopping LOL :P
mmg ssh nk asingkan yg perlu dan kehendak..huhu
Biasanya kalau dah dekat nak Bajet, saya akan buat bajet mini dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan perbelanjaan terganggu dek kenaikan harga yang berlaku selepas Bajet.
aku selalunya buat bajet tuk barang2 penting serta target nak beli apa..tapi tak ada laj secara terperinci
Kalau dapat buat bajet secara terperinci lebih bagus. 10sen pun kena rekodkan.
sjk zmn blaja lgi aku da praktikkn..klu bajet lari, mmg meroyan..ahaha
Merancang tu bagus. Tapi kena ikutlah apa yang dirancang tu. Bagi yang sudah berkahwin ( seperti saya ), kebiasaannya, lelaki hanya merancang, tapi bini pula yang beri kelulusan. Dah jadi menteri kewangan….
Orang perempuan memang lebih pakar mengurus kewangan. Tapi jangan bagi kuasa penuh takut dia guna duit pergi shopping.. Hehe..
Bila dah berkeluarga , kemahiran mengurus kewangan semakin diperlukan..silap belanja boleh merana
Betul tu.. Dah berkeluarga memang kena urus kewangan betul2..
bila buat bajet ni, kadang tak seperti yang drancang, mesti ada je yang lari..
Setuju. Hehe.. Macam mana bajet pun memang akan lari jugak.
Tak sempat hendak buat bajet 2014 sebab sibuk berkira-kira untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. Kenaikan harga bukan sempat tunggu tahun depan. Selepas umum sahaja bajet memang akan ada kenaikan.
Elok syorkan kepada kerajaan supaya keperluan anak sekolah sebagai harga kawalan.
satu artikel yang menarik.. aku makin bersemangat untuk buat bajet tahun depan bagi diri dan keluarga..
apsal semua dok cite pasal bajet ni. hehe..