Baiki Tombol Pintu Rosak

Pagi tadi nak keluar hantar isteri aku pergi kerja, tiba-tiba pintu rumah tak boleh kunci pulak. Selak tombol pintu (door knob latch) tersekat kat dalam. Nak tutup pintu rapat pun tak boleh.

Latch tu sepatutnya ikut bergerak keluar dan masuk bila pulas tombol pintu, tapi dah jem.

Nasib baik latch tak tersekat dalam lubang bingkai pintu. Kalau tersekat dalam bingkai tu, tak boleh keluar rumah la pintu tak dapat buka. Kena tendang pintu kot..

tendang pintu

Terpaksa tinggalkan sekejap pintu rumah tak berkunci sebab dah lewat nak hantar isteri pergi kerja. Aku sendal je bawah pintu tu dengan selipar tak nak bagi pintu terbuka sendiri.

Dah balik rumah, aku terus cabut tombol pintu yang jem tu nak tengok punca latch tersekat. Kena baiki segera sebab pintu utama, takkan nak biarkan je tak berkunci.

Tombol pintu rumah rosak

Aku ingat tombol pintu dah rosak. Lepas check rupanya latch dia je yang bermasalah. Ada besi patah dan tersangkut kat bahagian dalam. Latch jadi tak boleh bergerak keluar sebab tersekat pada besi yang patah tu.

So, kena tukar latch baru jela. Tombol tak perlu tukar sebab masih elok. Jimat sikit daripada beli set tombol baru.

Selak tombol pintu rumah
Tombol pintu (kiri) dan latch yang dah rosak (kanan)

Tukar Latch / Selak Tombol Pintu

Harga latch tombol pintu murah je. Tak sampai RM5 pun..

Tapi aku tak sempat nak pergi beli latch baru. Kedai hardware pun agak jauh. Beli online jela kot.. Haha.. Semua benda nak beli online.

Untuk selesaikan segera masalah tombol pintu tu, aku ambil latch pintu bilik tukarkan dengan latch kat pintu utama yang dah rosak. Setel masalah..

Pintu bilik aku jarang tutup dan tak pernah kunci. Takda latch pun takpe sementara nak beli latch yang baru nanti.

Latch selak tombol pintu

Ilmu Pertukangan dan Kemahiran Asas

Sebagai seorang lelaki, ilmu pertukangan dan kemahiran asas macam ni memang wajib ada. Kena berani, kreatif, dan kena timba kemahiran.

Belajarlah buat sendiri yang mana boleh buat seperti baiki tombol pintu, baiki paip, tukar suis rosak, mengecat, baiki mesin basuh, dan lain-lain. InsyaAllah orang perempuan (isteri) amat hargai lelaki (suami) yang boleh buat kerja-kerja macam ni.

Selain tu boleh jimat duit juga daripada upah orang lain buatkan. Bayaran upah ni kadang-kadang mahal. Kalau tak boleh buat sendiri, baru panggil tukang yang lebih mahir dan bayar upah dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *