Bagaimana Anarm.Net dapat Google Sitelinks

cara dapatkan google sitelinks untuk blog

Jika korang cari nama blog ‘Anarm’ ataupun ‘Anarm.Net’, korang akan nampak blog ni berada di bahagian paling atas dengan beberapa link / pautan kecil terdapat di situ (lihat gambar).

Pautan-pautan kecil tu dipanggil sebagai ‘Google Sitelinks‘.

Bagaimana Anarm.Net dapat Google Sitelinks?“.. Pertanyaan ni aku rasa mungkin susah nak dijawab oleh sesiapa pun, termasuk aku sendiri.

Google Rahsiakan Cara Untuk Dapat Sitelinks

Seperti yang kita sedia maklum, sesetengah perkara yang dilakukan oleh Google dirahsiakan dari pengetahuan umum. Termasuklah bagaimana cara untuk dapatkan Google Sitelinks.

Jika perkara seperti ini didedahkan, mungkin ada di antara kita yang memanipulasikannya untuk ranking blog atau laman web masing-masing (menyalahgunakannya).

Daripada kita membuat kerja-kerja keji macam tu, ada baiknya jika kita luangkan masa untuk lihat dan kaji bagaimana sesebuah blog atau laman web itu berpotensi memiliki Google Sitelinks.

Daripada hasil kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang blogger, pakar SEO, webmaster dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa Google memberi Sitelinks secara automatik kepada mana-mana blog atau laman web berpandukan faktor-faktor berikut:

  • Blog berada di tangga pertama untuk keyword yang menghasilkan Sitelinks
  • Struktur navigasi laman web yang teratur dan kemas
  • Jumlah klik pada link yang ada di enjin carian
  • Kadar trafik yang datang dari search engine (enjin carian)
  • Backlink (outbound / inbound / internal / external) yang berguna
  • Usia laman web atau blog yang matang (1 tahun, 2 tahun atau lebih)
     

Faktor-faktor yang disenaraikan di atas mungkin berguna bagi mendapatkan Google Sitelinks untuk blog.

Walau bagaimanapun, jika ianya tidak memberi Sitelinks sekalipun, kita boleh jadikan faktor-faktor tersebut sebagai panduan bagi membantu kita menghasilkan sebuah laman blog yang sentiasa efektif dalam apa jua keadaan.

Tips Untuk Dapatkan Google Sitelinks

Tadi kita dah tengok faktor-faktor yang diperlukan untuk dapat Google Sitelinks. Sekarang ni, jom kita tengok tips atau cara-cara macam mana nak dapat Google Sitelinks pula.

Walaupun Google merahsiakan cara bagaimana nak dapatkan Google Sitelinks, tetapi masih ada tips-tips yang boleh kita praktikkan dan berkemungkinan akan memberi peluang blog kita untuk dapat Google Sitelinks. Di bawah ni ada beberapa tips hasil perkongsian daripada beberapa buah blog.

Antara tips tersebut:

1. Nama domain atau nama blog yang unik

Jika kita gunakan nama domain atau nama blog yang terlalu umum, mungkin akan ada site lain menggunakan nama yang sama dan Click Through Rates (CTR) di carian Google jadi tak berapa bagus. Ini kerana pengguna Google (pelawat) mempunyai lebih banyak pilihan dan blog kita akan ketinggalan sekiranya ada blog lain dengan nama yang sama berada di ranking yang lebih tinggi dalam Search Engine Results Pages (SERPs).

2. Menu navigasi yang kemas dan minimum

Elakkan letak menu yang terlalu banyak di laman blog. Sekiranya perlu, gunakan fungsi Multi Level Menu atau Drop Down Menu yang hanya akan memaparkan menu-menu selebihnya bila pelawat meletakkan cursor di atas mana-mana menu yang ada. Ini dikatakan bagi memudahkan ‘spider’ enjin carian dan pelawat menjelajah dalam blog kita.

3. Content yang unik dan original (bukan copy-paste)

Kenapa kita dilarang copy-paste entri blog lain? Kerja-kerja copy-paste bukan saja boleh mendatangkan kemarahan tuan blog tersebut, malah akan memberi kesan yang tak berapa molek kepada nilai blog kita di SERP – hasil carian Google. Kalau kita tulis entri yang unik dan original, Google akan kesan blog kita sebagai blog yang bermutu dan memberi manfaat kepada pelawat.

4. Sediakan info selengkapnya untuk pembaca / pelawat

Sekiranya info tentang sesuatu topik yang kita ceritakan tu ada di blog lain, berikan backlink ke blog tersebut. Backlink ke blog lain akan meningkatkan reputasi blog kita dan akan memudahkan pelawat untuk mencari info. Google sendiri menyatakan bahawa blog yang memberi backlink ke blog lain adalah blog yang berguna bagi pelawat.

Boleh juga linkkan entri blog kita dengan entri-entri lain yang pernah kita tulis sebelum ni (internal link).

5. Bina ‘sitemap’ dan submit ke Google Search Engine

Sitemap berfungsi untuk memberitahu Google setiap kali kita update blog. Kemaskini entri terbaru akan segera dihantar ke Google dan ‘spider’ akan mula bekerja mengumpul data bagi entri tersebut. Bagi pengguna WordPress.org, korang boleh gunakan plugin Google XML Sitemaps bagi lebih memudahkan kerja.

6. Guna keyword yang akan dicari oleh pengguna internet

Penggunaan keyword yang betul dan berkesan akan menerima carian dan klik yang banyak daripada pengguna enjin carian. Sitelinks adalah berdasarkan jumlah carian dan bilangan klik dari enjin carian yang point ke laman blog kita. Jumlah carian dan klik yang tidak mencukupi syarat yang ditetapkan oleh Google tidak akan disenaraikan sebagai Sitelinks. Oleh itu, sekiranya ranking keyword yang digunakan di blog kita berada di posisi tertinggi, peluang untuk mendapat Google Sitelinks akan lebih cerah.

Penting ke Google Sitelinks?

Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog.
 
Oklah.. Aku dah nak muntah mengkaji Google Sitelinks ni. Apa yang aku kongsikan di sini mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang tak berapa nak betul. Jangan serius sangat. Walau bagaimanapun, seperti apa yang kita sudah sedia maklum, penggunaan keyword yang berkesan dijamin akan memberi blog kita pulangan trafik yang hebat dari enjin carian. Setuju atau tak setuju? Sila kongsi pendapatan korang. Terima kasih.

Sumber rujukan Google Sitelinks

84 Comments

  1. Alhamdulillah, sampai juga ke blog ni pasal keyword cara nak dapat sitelink.

    InsyaAllah dengan panduan saudara Anarm ni saya dpaat belajar dan akhirnya
    dapat anugerah dari google.

    Teringin nak tengok blog kita dapat sitelinks. ;)

  2. Dilihat dari manfaat yang bisa diperoleh dari sebuah blog yang mendapatkan sitelink tentunya bila kita memperoleh sitelink google, apa2 yang kita posting akan lebih mudah masuk halaman SERP google. Sekiranya ini benar atau tidak ya..
    Terima kasih telah menuliskan useful post yang bisa menambah pengetahuan saya.

  3. ooo…baru aku faham lebih sikit pasal sitelinks ni…

    check2 tgk, blog aku mcam ada, tp kontot2 jer…semua sitelink yg bahagian atas….ke bukan sitelinks? hahhaa

    btw, terimakasih anarm sbb berkongsi tips ni…terbaik!

  4. Lepas baca kat amanz, aku terus check, tetiba ja blog aku ada sitelink.. dulu x pernah ada pun.. ada 10 plak tu…

  5. info yang amat power..hehe…bukan sng nak dpt sitelink…susah2…huhuhuhu..kena matang dulu la jwnya…lau ada pakai blogspot leh dpt sitelink ke

  6. tahniah bro.. tapi hati-hati bila dah dapat sitelink tu.. jangan tukar template.. karang hilang pulak sitelink tu..

    dulu pun aq pernah dpt sitelink. tpi gara2 gatal sgt nk p tukar template. smpai hilang sitelink ;p

  7. sesetengah blog aku dapat sitelinks. Kalau dapat, memang best gila la. Banyak trafik tu.. :wink:

    • @zuls, memang cool.. tapi nak dapat tu macam susah skit.. aku rasa, better blogging je macam biasa.. nanti tiba2 dapat la sitelinks tu.. :tongue:

  8. aku sebelum ni pun masih tak paham sangat pasal google sitelink ni.. bagus juga ada info yang dah dikumpul maam ni.. bolehlah juga tambah sikit pengetahuan..

    • @kulanz, yup.. sekurang2 nya ada la paham sikit2, walaupun tak banyak.. dapat gak la belajar sikit sebanyak.. aku pn ade banyak lagi yang tak paham ni.. pening kepala nak pikir.. hehe..

  9. ada dapat.. kejap2 hilang.. kejap ada balik.. kadang2 dia tukar link baru.. entahla … hari tuh ada tukar2 , edit2 sikit.. hilang balik.. pastu lama sikit datang balik.. datang dan pergi lah pulak..

  10. aku still takde sitelink ar..maybe conflict dengan blogspot aku yang dulu kot..kalau search fitrihadi, yang paling atas adalah fitrihadi.blogspot.com… ermm takkan nak padam blogspot tu.. sayang kot..
    .

  11. alahai aku baru 4 kot, tapi kira ok dah tu, alhamdulillah.hehe
    point menarik, tapi discuss pasal nak dapat pr pasni pulak ye..lalala :whistle:

  12. mula2 kurang faham apa benda sitelink…bila tgk kat atas tue baru nampak…
    hurm kalo menu berserabut,…mmg sukar nak dapat lah…

    • @Sir Marcello, ha ah.. menu nk kene kemas.. kalau rasa byk sangat tu, buat drop down menu, letak dlm 1 menu besar.. mcm kategori menu gitu.. tu tips dari org yg dh buat kajian.. keberkesanan die 50-50 kot.. x pasti sbb google rahsiakan.. tp kita bleh cuba try test..

  13. Tahniah.. bukannya senang nak dpt sitelink walaupun ada yg kata senang.. :)
    Kalau senang takdelah sampai org buat kajian mcmana nak dptkan sitelink ni..
    Dr apa yg saya tahu, tips yg tertulis di atas tu adalah cara yg betul bagaimana utk dptkan sitelink.

    Dan dr apa yg saya baca, sitelink takkan hilang kalau kita tukar theme, tp kita tak ubah struktur seo ,navi menu dan sitemap.

    Terima kasih sudi berkongsi ilmu..

    • @fikryn, ade jugak yg dah try kaji dengan cara tukar theme.. memang sitelinks hilang.. tapi tak pasti sgt sebab tak pernah try sendiri.. nk tukar theme pon malas.. theme ni je dok guna dari dulu smpai sekarang.. huhu

      • @Anarm, Oh ye ke.. ada maklumat yg kurang tepat lah ye.. nak kena cari lg ni..

        Theme ni dah ok dah.. tak payah tukar pun tak ada masalah rasanya.

        Thanks bro.. :)

  14. Tak sangka blog yang mempunyai sitelink sebenarnya mendapat penarafan dari Google. Blog saya sudah dapat sitelink walaupun tidak sampai setahun. Satu pencapaian yang tidak sangka. Penerangan bro membuat saya lebih menghargai anugerah sitelink walaupun belum dapat PR lagi

    • @akubiomed, tahniah! dapat sitelinks lagi best kot drpd PR apa sume tu.. hehe.. tapi PR memang takde kaitan langsung dengan sitelinks.. ade blog yg PR tinggi tp takde sitelinks.. blog yg PR0 pon ade yg dah dapat sitelinks..

  15. Blog aku nak dapat site link?? jauh panggang dari api la kalau dilihat pada ciri2 atau kriteria untuk mendapatkan sitelink tu. SEO out. huhu

    • @Amry, SEO ni kadang2 kita tak perasan kita ada guna kat blog.. lagi elok macam tu.. kalau asyik pikir SEO je nanti jadi takleh nak pikir ‘luar kotak’ pulak..

    • @nizam, kritik tu mcm kejam sgt.. komen.. komen.. huhu.. aku pn baru belajar gak bab ni.. buat research berapa hari ntah semata2 nk buat entri ni.. haha..

  16. sekarang lagi senang dapat sitelinks. Asalkan blog popular, optimized dan struktur dia kemas, memang senang dapat.

    link yang keluar adalah link yang popular kat blog tu. Target adalah 8. Blog yang dapat 8 link dalam sitelinks tu berbeza dengan blog/site lain yang xdapat penuh 8 link.

  17. terkejut jugak saya dapat sitelink walaupon entri saya tak seberapa, alhamdulillah.. :)

  18. Aku tertarik pada point no 4 dan 6
    memang seronok kalau kita dapat feedback dari pelawat jika semua info lengkap di dalam satu entri ,manakala keywords kita kena juga pandai olah dari tajuk yang berkaitan
    kalau rujuk kat google ni memang banyak tips yang bagus
    cuma kita kena pandai pilih je la

    • @wandisini, bagus.. tapi aku tak puas hati sebab time tulis entri ni aku macam blur2 je.. memang ada buat research sikit2 tentang sitelinks ni.. tapi banyak lagi yang aku tak berapa faham.. ada jugak yang aku dah faham, tapi aku tak reti macam mana nak tulis bagi orang lain faham.. kalau ade ayat yang nampak macam lintang pukang berbelit belit tu, minta maaf la ye..

  19. Bila baca ni, baru terfikir nak check keyword nickname sendiri… :D rupanya dah ada sitelinks dah skang ni… huhuhu…

    apa yang menentukan jumlah links yang terpapar tuh erk? sbb tgk ada yang 5,6,7,8 berbeza-beza ikut web erk?

    • @Eizil, wahh.. ade sitelinks jugak.. hebat!! sitelinks blog memang berbeza2.. maximum die 8 link.. jumlah link tu maybe die bergantung pada keyword apa yang orang banyak cari kat Google.. keyword yang ada dalam blog kita.. pastu kalau ada link dengan keyword blog kita yang tersenarai dalam search engine, yang mana banyak orang klik, yang tu la jadi sitelinks blog kita..

      lebih kepada populariti jugak la ni.. tapi populariti dalam search engine, bukan popular dengan blogger2 lain..

      • @Anarm, baru perasan lepas baca artikel ko ni bro… owhh okay, bergantung kepada keyword erk… worait… kiranya kalau 8 links… lagi power aa keywords yang dioptimized erk… :D

  20. Alhamdulillah Sitelink kekal, dah takde main tarik tali dengan pakgoogle, even tukar themes pun Sitelink masih lagi ada :biggrin:

    • @yanmie, mintak2 blog ni tak hilang sitelinks.. ade sitelinks nampak smart skit kt web google.. hehe..

      blog ni setahun lebih dah kot tak tukar2 theme.. malas.. huhu.. :tongue:

    • @undi.me, tu la.. memang susah.. tak tau macam mana boleh dapat sitelinks untuk blog ni.. try google blog sendiri hari tu, tengok2 ade sitelinks.. rasa nk lompat2 je seronok.. hehe

  21. dulu topotato.com ada sitelink. sekrang dah takde dah :pouty: haha aku selalu buang sitelink tak elok kat cisdel.com :)

  22. haritu tetiba sitelink “shoutbox” muncul, padahal aku letak kat sidebar dan buat rel = “nofollow”

    last2 pergi webmaster tools, block “shoutbox” hehe

  23. Ingat nak ajak dia p Mekdi …usah muntah², tak jadilah
    rugi je…nanti..hahaha

    sitelinks blog kak jie tak tetap, selalu berubah²
    mungkin sebab kerap sangat tukar theme..hiks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *