Tengahari tadi pergi makan di Radix Fried Chicken (RFC) Bandar Baru Bangi. First time makan kat situ. Ayam goreng dia aku rasa sedap juga. Kalau compare dengan ayam goreng KFC aku rasa lagi sedap ayam goreng RFC ni.
Ayam goreng KFC sekarang aku rasa macam kering je dan sedikit keras. Kalau dulu makan-makan di KFC memang jadi kegemaran aku. Dinner plate yang ada 3 ketul ayam tu rilek je aku makan sampai habis. Tapi sekarang dah tak berapa menyelerakan. Makan mesti tak habis. Membazir je. Sebab tu dah jarang pergi makan kat KFC.
Ayam goreng RFC ni bagi aku rasa dia boleh tahan sedap. Kat luar garing, dalam dia lembut je. Macam ayam KFC dulu-dulu. Rugi pulak tak order banyak tadi. Lagipun bukan aku yang bayar, boss bayar. Tapi segan lah nak order melampau. Hehe..
Takpe la. Lain kali boleh pergi makan-makan lagi kat Radix Fried Chicken ni dengan cik tunang. Nanti nak try makan menu RFC yang lain pulak.
Siapa nak try rasa ayam goreng Radix Fried Chicken boleh la pergi.
RFC cawangan Bandar Baru Bangi terletak di Jalan Medan Pusat Bandar 5, Paragon Point @ BICC Seksyen 9. Area belakang Hospital Pakar An Nur, depan Restoren Amir, sebelah Restoren Ayam Penyet-AP. Kat tempat-tempat lain pun ada juga seperti di Shah Alam, Kluang, Kangar, Ipoh, Kuala Terengganu, Alor Setar, Jitra, Kubang Kerian dan banyak lagilah cawangan RFC ni.
Ingat Ayam Ingat Radix Fried Chicken
Pernah lalu kawasan nie. Tapi tak perasanlah pulok… minggu depan nak try sat lah b4 puasa. hihi
pergh..meleeh air liur ni…bru sempat rasa sekali je
Alhamdulillah, moga ada usaha murni seperti ini lagi dalam mempromosikan produk Muslim.
tak pernah lagi cuba. rasanya lain macam mana ye?? :blink:
Wahh bestnya ayam ni….mana sedap ngn ayam KFC?
kalau kat kluang sebelum ni ada RFC mee bandung, memang sedap lah
@Juan, wahh.. mee bandung.. lama jugak tak makan mee bandung..
first time dengar radix f.c nih..kalau ke bangi boleh cari kedai nih.
Salam. Terima kasih atas sokongan anda.
RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD
A-02-G Jalan Medan Pusat Bandar 5
Paragon Point @ BICC Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Buat pengetahuan, Jalan Medan Pusat Bandar 2D adalah lokasi asal tetapi telah berpindah ke lokasi sekarang.
Terima kasih!
@Radix Fried Chicken, ok, dah perbetulkan maklumat lokasi RFC Bandar Baru Bangi.. terima kasih kerana membantu.. :wink:
hemm..aku tak pernah makan lagi. sedihnya.. :blush:
@titan, ko makan cendol jelah.. cendol confirm lagi sedap.. tiada tandingannya.. hehe..
Tempoh hari cari juga cari restoran ini di Bangi tetapi tidak tahu dimana. Terima kasih bro kerana beritahu lokasinya tidak jauh dari rumah orang tua.
@akubiomed, ok la tu kalau tak jauh.. boleh bawa orang tua sekali pergi makan situ ramai2.. mesti seronok..
boleh cuba ni bawak anak2 :smile:
ayam goreng ni sedap time panas2..pnah gak keje kfc dulu..hehe
Sedap jugak, dulu masa diorang bukak selalu beli, ada satu lagi Anarm, satay diorang buat leh tahan, tapi besar giler hehe
@Nine, RFC ada jual satay jugak? tak perasan pulak tengok menu dia tadi..
tadi jaws cakap ada awek lawa. mana?
@ariff, terlupa pulak nak amik gambar awek lawa.. nanti lain kali kalau pergi lagi aku amik gambar awek lawa tu.. haha..
Makin berkembang cawangan RFC ni. So, lepas senang la pi beli.
Nampak sedap! Sayangnya belum sampai selatan. Teringin mahu cuba!
@anif, RFC cawangan selatan dah ada rasanya..