Astro Tawarkan Saluran Filem Percuma Dari 18 – 31 Mac 2020

Berita baik untuk semua pelanggan Astro!

Memandangkan bermula esok ramai yang akan berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, pihak Astro menawarkan akses saluran filem percuma mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 untuk hiburan para pelanggannya.

Saluran filem percuma Astro

Akses saluran filem percuma ini dibuka bermula jam 6 pagi, 18 Mac 2020.

Saluran Filem Percuma Astro

Antara saluran filem yang ditawarkan oleh Astro secara percuma untuk semua pelanggannya:

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Peminat filem boleh menikmati musim baharu siri ‘Westworld‘ di HBO, filem-filem blockbuster di Fox Movies, filem terbaik Anugerah Academy 2020, ‘Parasite‘ di tvN Movies, dan pelbagai lagi.

Para pelanggan Astro boleh menikmati tontonan percuma semua saluran filem di platform Astro dan juga menerusi aplikasi Astro GO.

Bagi pelanggan NJOI pula, pihak Astro tawarkan akses percuma kepada 2 saluran tambahan, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

Selamat menonton!

2 Comments

  1. Dapat layan HBO dan on-demand. Movie 800++ boleh download tapi masih yang kekurangan sebab tak dapat tengok dunia.

  2. Time-time macam ni semua bagi free aje siaran. Walaupun free tapi tetap tak dapat nak menikmati sebab resahnya hati dek wabak ni

Leave a Reply