AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Hiburan » Astro Tawarkan Saluran Filem Percuma Dari 18 – 31 Mac 2020

Astro Tawarkan Saluran Filem Percuma Dari 18 – 31 Mac 2020

17/03/2020 Anarm 2 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Berita baik untuk semua pelanggan Astro!

Memandangkan bermula esok ramai yang akan berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, pihak Astro menawarkan akses saluran filem percuma mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 untuk hiburan para pelanggannya.

Saluran filem percuma Astro

Akses saluran filem percuma ini dibuka bermula jam 6 pagi, 18 Mac 2020.

Saluran Filem Percuma Astro

Antara saluran filem yang ditawarkan oleh Astro secara percuma untuk semua pelanggannya:

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Peminat filem boleh menikmati musim baharu siri ‘Westworld‘ di HBO, filem-filem blockbuster di Fox Movies, filem terbaik Anugerah Academy 2020, ‘Parasite‘ di tvN Movies, dan pelbagai lagi.

Para pelanggan Astro boleh menikmati tontonan percuma semua saluran filem di platform Astro dan juga menerusi aplikasi Astro GO.

Bagi pelanggan NJOI pula, pihak Astro tawarkan akses percuma kepada 2 saluran tambahan, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

Selamat menonton!

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Hiburan Keyword : astro, perintah kawalan pergerakan, saluran filem percuma

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
COVID-19 | Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Hingga 31 Mac 2020
Next article:
Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan

2 Comments

  1. Zaini says

    19/04/2020 at 6:40 PM

    Dapat layan HBO dan on-demand. Movie 800++ boleh download tapi masih yang kekurangan sebab tak dapat tengok dunia.

    Reply
  2. Duan Deris says

    24/03/2020 at 11:03 PM

    Time-time macam ni semua bagi free aje siaran. Walaupun free tapi tetap tak dapat nak menikmati sebab resahnya hati dek wabak ni

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy