Astro Channel Percuma 15 hingga 17 September 2013

Malam tadi balik daripada makan Maggi Kari Ketam di Bucida Court aku terbaca status kat Facebook tentang Siaran Astro Percuma semua channel. Katanya sempena Hari Malaysia. Tak pasti. Malam tadi tak sempat nak tengok betul ke tidak. Tadi baru aku cuba memang percuma boleh tengok channel yang tiada dalam langganan.

astro full channel percuma

Aku cuba tengok kat Facebook Page Astro kot-kot ada dibuat pengumuman tentang Tarikh Siaran Percuma Astro ni, tapi takde. Bila aku godek-godek page tu dan terbaca status seorang bernama ‘Viknesh Vicky’ baru nampak reply daripada pihak Astro berkenaan siaran percuma ni.

astro facebook status full channel percuma

Hi Viknesh Vicky, Astro is providing all Astro customers complimentary access to all channels from 12 a.m. 15 Sept to 12 a.m. 17 Sept. Thank you for your continued support. ^sarah

Betullah Astro bagi semua channel percuma bermula dari 15 hingga 17 September 2013. Siapa yang tak tahu tentang hal ni mungkin terlepas peluang untuk berehat di hujung minggu sambil tengok channel-channel Astro yang diberi percuma.

Kenapa Astro tak umumkan tentang siaran channel percuma ni? Sepatutnya pihak Astro update la status di Facebook Page atau laman web mereka beritahu tarikh dan masa siaran percuma. Barulah semua pelanggan Astro tahu dan dapat lepak bersama keluarga tengok movie yang Astro tayangkan.

Kepada pelanggan Astro, selamat menonton siaran percuma dan Selamat Hari Malaysia.

20 Comments

  1. abis la adek aku bermaharja lela kat rumah…huhu

  2. depa bagi free..layan ajelah. bukan selalu. haha

  3. astro aku dah kena potong, 2 bulan tak bayar, malas nak bayar, boleh tengok free 2 hari tak….? Tapi astro tak der buat sms announcement free ini, tapi kalau bil tertunggak cepat jer sms…kusut jer Astro….bagi free tapi lepas ini dengar bil akan naik lagi…

  4. Ruginya tak ambik astro aritu..hehe

  5. Ini peluang terbaik untuk menonton siaran Astro Percuma. . Jangan lepaskan peluang keemasan ini. .

  6. bro kalu tak de astro nak pasang 2hari to sahaja boleh ka hehe

  7. Alahai untuk yang pakai Njoi macam x der jer…huhuhu..

  8. Untunglah ada astro. Kawe ade internet je. :-(

    • Tak untung pun ada astro ni sebab bil bertambah. Tapi kena jugak pasang astro kat rumah kalau tak tv memang tak boleh tengok sebab tak clear. Jiran2 semua pakai astro sampai ganggu signal tv. Pasang astro baru ok..

  9. Mesti ramai yang tak tahu ni. Bagi semua channel free, tapi tak maklumkan kepada pelanggan.

    • Ramai kot yang tak tahu. Nasib baik semalam aku terbaca status orang kat Facebook bagitau pasal benda ni. Kalau tak memang tak tahu langsung. Pelik jugak kenapa diorang tak umumkan kat pelanggan2.

  10. tak pe laa kasi percuma pun ada kt kg xleh tengok gak tunggu balik umah sewa huhu

  11. betul ke tak perasan la plak..jap nk try buka astro..ha3

  12. walaupun cuma 3 hari,,, berbaloi la jugakkkk

  13. aku tahu pun sebab ko bagi tahu…. thankss

  14. Njoi xda free pun…. ; (

  15. Yeayy… Thanks bro sebab bagitahu

Leave a Comment