Apa itu #FollowFriday (Twitter)

FollowFriday

Bagaimana jika korang tak tahu siapa yang korang perlu ‘follow’ di Twitter? Adakah korang akan ‘follow’ sesiapa sahaja secara rawak? Adakah korang akan ‘follow’ orang yang diberitahu oleh rakan-rakan di Twitter?

Kemungkinan besar korang akan minta rakan-rakan korang untuk cadangkan rakan-rakan mereka kerana korang percaya bahawa rakan-rakan tu boleh sarankan orang-orang yang layak untuk di-‘follow’.

Kebanyakan ‘tweeps’ yang baru berjinak dengan Twitter aku tengok gemar menggunakan khidmat ‘auto-follower‘ (Robot) yang seperti kita sedia maklum membolehkan kita mengumpul follower yang banyak secara rawak.

Aku rasa ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Khidmat ‘robot follower’ secara tidak langsung akan mendedahkan diri korang dengan para ‘spammer’ yang sentiasa mencari peluang macam ni.

Oleh itu, aku sarankan korang turut serta dalam permainan #FollowFriday di Twitter yang berlangsung pada setiap hari Jumaat.

Ini bagi membolehkan korang tahu siapa yang korang follow; orang yang mempunyai minat yang sama dengan korang, hobi yang sama, gaya pemikiran yang sama, atau sebagainya.

Pendek kata, rakan-rakan yang korang follow akan mempunyai kualitinya yang tersendiri. Kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Kuantiti rakan Twitter yang ramai tidak memberi apa-apa manfaat jika ianya hanya terdiri daripada individu-individu yang hanya tahu menyepam di timeline.

Akaun Twitter aku yang pertama (@anarm) — suspended selepas aku menggunakan khidmat mencari auto-follower!

Sejarah #FollowFriday

Sejarah bermulanya #FollowFriday ni adalah pada 16 Januari 2009, bermula dengan satu tweet daripada Micah Baldwin (@micah).

followmicah

Beberapa minit kemudian, Mykl Roventine (@myklroventine) menyarankan Micah menggunakan hashtag #followfridays.

hashtag friday
 

Fenomena #FollowFriday

Kini #FollowFriday menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi bagi para pengguna Twitter. #FollowFriday juga merupakan salah satu hashtag yang popular di Twitter.

Setiap hari Jumaat, kita dapat lihat pengguna-pengguna Twitter akan tweet menggunakan hashtag #FollowFriday atau #FF beserta beberapa nama yang mereka sarankan untuk di-follow oleh pengguna Twitter yang lain.

Korang boleh gunakan Twitter Search untuk lihat ‘twitterer’ yang disarankan oleh ‘twitterer’ yang lain.

Harap korang dapat faham penerangan aku tentang “Apa itu #FollowFriday“.

anarm12ff

Saje nak tayang screenshot ni. Hehe.. #FollowFriday juga sediakan statistik bagi twitterer yang bergiat aktif (by country). Ini link untuk penggiat #FollowFriday di Malaysia — http://www.followfriday.com.

Ada banyak lagi laman web yang dibina khas sempena #FollowFriday ni. Nanti ada masa aku share kat Twitter. Jangan lupa follow @anarmnet di Twitter ye..

Selamat bertweet!

65 Comments

  1. patut la sibuk je selalu hari jumaat duk #FF ngan #followfridays tapi selalu tak amik kisah sebab tak tau.. sekarang dah tau nak join aa jumaat nih..

  2. oo.. rupanya follow friday ni tujuan dia nak berkongsi rakan twitter masing-masing? kongsi dengan follower2 yang lain? makin lama network makin membesar la kan? :pouty:

  3. lepas baca n3 ni baru aku tahu apa tujuan hashtag followfriday tu.. selama ni ingat utk suka2 je sbb hari jumaat.. rupanya bersebab.. kui3.. anyway, nice sharing bro..

  4. mula-mula nak cuba tapi masa tu takut kena ban..
    banyak yang spam..
    kalau camtu aku cuba la nanti

    • @Syafrizal, aku pon sama jugak dulu.. takut kene spam.. tapi bila dah try #FF ni, banyak plak dapat follower.. yg bestnye, kita dapat control org yg kita nk follow balik.. kebanyakannya diorang yg akan follow kita dulu, dan kita pon tengok2 la sama ada diorang tu berbaloi ke tak utk difollow balik.. kalo rasa tak berbaloi, timeline pon penuh dgn link ntah ape2, promote bende yg bukan2, so kita abaikan je orang tu.. takyah follow balik.. kena pandai bezakan akaun ‘manusia’ dengan akaun ‘robot’..

      fokus pada kualiti followers, bukan kuantiti followers.. semoga memberi manfaat.. :wink:

  5. dulu guna auto follower dan akhirnya kena spam – password kena cuti….email kena hacked

    nasih baik cepat bertindak…. sejak tu stg hati2 nak integrater apa2 apps

    skrg ni nak follower back pun pilih..jgn salah faham – pilih yg betul2 add kita sebab nak jadi kawan..nak berkomunikasi bukan add utk ‘tujuan tersembunyi’

    kalau akaun tu diam 3-4 bulan – akan diunfollow
    bkn angka bilangan followers yg di cari

    tapi #FF ni tak sempat nak join, jarang ada byk masa dgn twitter – on off
    kejap ada tinggal…keluar—buat keje lain …kemudian on balik

    • @Kujie, akaun saya kene spam.. pastu kene suspend ngan twitter sebab die ckp akaun tu akaun spammer.. dah submit ticket mintak balik id @anarm tu tapi smpai sekarang tak dapat2 respon dr twitter.. sedih sgt.. T___T

      saya pon sama jugak bila nak follow balik, check dulu akaun org tu, buat kaji selidik sikit.. kalo nampak twitterer tu takde ‘tujuan tersembunyi’, baru la teruskan follow balik.. bagi yang akaun private, yang tu memang takkan follow.. dia nak privacy, so kita bagi die privacy..

      angka bilangan follower tak penting, kan? kan? :happy:

  6. anarm follower ramai..suggest aku kt follower ko..anarm kan hensem..kacak bergaya..haha…awal2 aku pon x taw apa benda #FF ni..rupanya suggest je..

    • @rina, twitter ni kena ada skill sikit kalo nak bersosial kat situ.. kene luangkan masa lebih sikit la lepak kat twitter.. kat situ ada macam2 tips yang akan dikongsi oleh pengguna2 twitter.. semuanya berkait dengan dunia twitter, blogging, facebooking, SEO, traffik blog, google tips, info2 semasa, macam2 lagilah.. twitter users tak kedekut ilmu.. :happy:

  7. cara macam ni baru betul :)
    aku punya follower pun rasanya ramai gak spammer.
    naik rimas gak kadang2.
    kul 12 nanti bolehlah try. thanks boh!

  8. aku tak pernah follow org bila tgk follow friday ni. lepas ni boleh la rajin sikit follow lepas nmpak hashtag tu..

    tak sangka ada sejarah. :D

    • @x-po, guna hashtag ni la senang skit cari follower.. semua jenis manusia, bkn jenis baka robot.. follow robot dio tak bg gapo2 faedoh ko kito.. :biggrin:

  9. wah not bad la entry ni. amat ringkas tapi padat. aku tak layan sangat #FF nih. tapi ok la kalau nak suggest kawan2

    • @luth textile, itulah tujuan dia.. suggest kawan2 kita kpd kawan2 yg lain.. sambil2 tu boleh la pilih kawan2 yg disuggest kpd kita.. tambah follower.. bagus utk sape2 yg buat duit dengan twitter.. tambah2 lagi churp2.. kan? huhu

  10. lagi satu aku akan ambik point dalam post ni kedalam post aku pasal follower nanti, dah cakap pasal followfriday dalam draft tapi belum mantap lagi. Kena link ke sini baru cukup rasa.

  11. terbaik bro! kaedah follow friday ni kaedah yang paling banyak aku dapat follower, sebab memang aku tak main sistem.

    Jangan lupa masukkan daku dalam followfridaymu jua.

  12. Assalamualaikum Anarm yg hensem… LOL!

    Dah lama aku tunggu blogger terangkan secara terperinci Follow Friday ni… Dah setahun setengah aku guna twitter, tak tau pun menatang apa Follow Friday tu… huhu… Btw, Terima kasih banyak²!

    Ingat Hijau Ingat Daus

    • @Dauspozi, followfriday simple je.. follower ko yg ko rasa best follow die, ko rekemen la kat follower2 yg lain.. mungkin ada yg diorang dh follow, mungkin ada yg diorang blom follower.. so, ko dah jadi mcm ejen pencari jodoh la kot.. LOL

      aku memang hensem pon.. LOL lagi sekali.. :lol:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *